ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Sunday, 14 August 2016

AMALAN DAN FAHAMAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM BERPOLITIK ATAU MENYOKONG PARTI DAN PEMIMPIN MEREKA.


AMALAN DAN FAHAMAN MASYARAKAT MELAYU ISLAM BERPOLITIK ATAU MENYOKONG PARTI DAN PEMIMPIN MEREKA.
AMALAN INI AKAN MENJERUMUSKAN KITA KEARAH KEKUFURAN ATAU KAFIR.
Anti Pemimpin Dusta Mungkar Dan Zalim. in Cimanglid, Indonesia.
9 hrs
MASAALAH UTAMA PEMAHAMAN MELAYU ISLAM DIMALAYSIA BERKAITAN BERPOLITIK.
3,001 people reached
Di Malaysia ini kita berhadapan dengan majoriti rakyatnya berminda sekular digunakan dalam hal politik. Maksud berminda sekular ialah mereka yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur'an atau berfikiran bahawa apa yang dilakukan untuk berpolitik tidak bersangkutan sangat dengan Ajaran Islam.
Mereka berfahaman bahawa Politik mesti ikut cara berpolitik dan dibolehkan mempolitikkan semua perkara dan politik itu penuh Tipu Helah yang boleh dilakukan walaupun bercanggah dengan ajaran Islam.
Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
[Tafsir PIMPINAN AR-RAHMAN kepada Pengertian Al-Qur’an, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, 1995, Cetakan ke-6, hal. 1307-1308].
Mereka yang berminda sekular itu amat sukar untuk menerima hujah-hujah dari perspektif Islam kerana syaitan yang sudah menjadi teman yang tidak renggang dengan diri mereka itu menghasut mereka supaya jangan menerima hujah-hujah dari perspektif Islam, malah sampai ke tahap syaitan berjaya menghasut supaya mereka menerima prinsip bahawa politik suku agama suku dan jelas ditunjukan dengan menggunakan Ayat percakapan dan Perbuatan yang menyalahi Ajaran Agama.
Golongan inilah yang bila diberikan hujah-hujah yang disertakan nas dan dalil dari Al-Qur'an dan hadis dengan mudah saja membalas dengan mengatakan "jangan menjual agama", "jangan mempolitikkan agama untuk kepentingan diri"; yang maksud mudahnya ialah jangan gunakan agama bila berpolitik.
Pada halnya di dalam Al-Qur'an, dan juga ada banyak hadis yang berkaitan dengan politik yang memberi panduan dan pengajaran berpolitik kepada umat Islam. Tiada satu pun dalam segala pekerjaan atau usaha dalam kehidupan yang membolehkan kita menolak atau mmengasingkan nya dengan panduan dan amaran yang disyariatkan oleh Islam.
Paling malang sekali, golongan Pemimpin sekarang amat jelas menyalahi cara berpolitik mengikut ajaran Agama dan mengajak masyarakat menyokong dan ini jelas mereka mengajak masyarakat melakukan dan mengikhtiraf MAKSIAT yang mereka lakukan. Selain dilihat sebagai Munafik, mereka juga bertindak dengan memesungkan ajaran Islam dalam usaha mereka untuk mendapat kuasa dan kekayaan.Malangnya masyarakat yang dhoif Ilmu yang terseret bersama dalam kesesatan yang mereka lakukan.
Tetapi oleh kerana mereka itu berminda sekular dan bertemankan syaitan mereka tidak dapat menerima parti politik yang hukum tertingginya ialah Kitabullah, Sunnah Rasul, Ijmak Ulamak, dan Qias yang terang dan nyata; kerana syaitan yang menjadi teman kepada mereka itu sakit hati jika mereka itu menyokong parti politik Islam itu.
Dalam mencari dan menilai manakah parti politik Islam, ternyata masyarakat sekali lagi tersalah tafsir dan membayangkan PAS adalah parti yang dimaksudkan itu walaupun ternyata parti PAS ternyata sebuah parti yang amat menyesatkan ummah. Mereka hanya kagum dan taksub kepada Imej dan slogan berunsurkan Islam yang dilaungkan oleh pemimpin PAS dan terus percaya..tetapi tidak dapat meneliti atau menyelidik samaada ianya mengikut Ajaran Islam atau bukan.
Justeru syaitan hasut hati dan minda mereka itu supaya mereka menggunakan acuan sekular untuk berpolitik dan untuk menyokong atau menentang dalam politik di Malaysia waktu ini.
KEPADA ORANG MELAYU JANGAN MENJADI AHLI PARTI POLITIK SEKULAR DAN MENYOKONG PARTI POLITIK SEKULAR...
PARTI POLITIK SEKULAR ADALAH MEMUSUHI ORANG MELAYU DAN ISLAM.
BACA DAN HAFALLAH Firman Allah Ayat 36 dalam Surah Al-Zukhruf dan jadikan ia sebagai nilaitara untuk mengenali dan menilai parti politik. Dengan itu barulah boleh diketahui parti politik yang mana satu yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an dan parti politik yang mana satu pula yang mengendahkan pengajaran Al-Qur’an.
Adalah tidak wajar menjadi ahli atau menyokong parti politik yang tidak mengendahkan pengajaran Al-Qur’an kerana Allah SWT. Berfirman:
(وَمَن يَعۡشُ عَن ذِكۡرِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ نُقَيِّضۡ لَهُ ۥ شَيۡطَـٰنً۬ا فَهُوَ لَهُ ۥ قَرِينٌ۬ (٣٦
Yang maksudnya:
“Dan sesiapa yang tidak mengendahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya." [Surah Al-Zukhruf : 36.]
Pendustaan dan Kezaliman semakin menjadi-jadi dilakukan oleh Ahli Politik dinegara kita serta telah amat terang dengan pembuktian nyata dan amat sukar disanggah lagi.
Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) meletakkan permasalahan berkenaan pemimpin ini dalam bab akidah melambangkan betapa pentingnya isu kepimpinan ini sekaligus menafikan dakwaan bahawa Islam adalah agama sekular yang mengasingkan agama daripada politik. Fahaman sekular amat menyeleweng daripada akidah Islam kerana Islam melihat politik sebagai masalah akidah yang perlu dipelihara.
Pemahaman politik yang terkeluar daripada manhaj ASWJ akan melahirkan kesesatan dalam perkara akidah.Mereka secara tidak sedar atau kerana degil terperangkap dalam hal yang bukan sekadar sesat bahkan kafir adalah berpunca daripada pergolakan politik yang sedang berlaku sekarang ini.
Lindungilah semua umat Islam dari Syaitan yang Direjam.
HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI SEGALA RAHSIA ALAM.
Hamba Allah.
ABC.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...