ANTI PEMIMPIN PENDUSTA DAN ZALIM.


AHMAD BAHAROM CREATION.


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dunia yang sementara,dalam menegakkan kebenaran untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkekalan"


Lawati page dan group ABC di Facebook.

1. Ahmad Baharom Commantary https://www.facebook.com/ahmad.baharom.9
2. Ahmad Baharom Collections https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation/
3. Anti Pemimpin Pendusta, Mungkar dan Zalim https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation2/
4. ABC Conflicts News https://www.facebook.com/AhmadBaharomCreation3/
5. Agama Bangsa Cemerlang https://www.facebook.com/groups/ahmadbaharom62/

Dan beberapa group yang boleh dikenali dengan ABC.

BLOG INI ADALAH BERKAITAN AGAMA DAN POLITIK.
Tulis Carian Anda didalam line putih dibawah


1AQIDAH: ALLAH DIDAHULUKAN, RASULULLAH DIUTAMAKAN..... "Terimalah sedikit kesusahan dun

Wednesday 4 April 2012

TUAN AKU MENGHINA AKU SERTA SEMUA BURUNG KAKAK TUA.

Disuatu pagi, setelah pulang menoreh getah dan menukar baju kerja,tuan aku tu duduk dikerusi tidak jauh dari aku sambil membaca surat khabar.Tidak lama lepas itu kedengaran suara sahabat tuan aku, Karim memberi salam dan secara sepontan aku menjawab"waalaikum musallam".Lepas itu barulah tuan aku menjawabnya.Aku amat kenal suara Karim tu sebab dia boleh dikatakan sebagai teman tuan aku yang paling rapat serta amat kerap melepak bersama tuan aku dirumah ini.Boleh dikatakan tiap-tiap hari dia berada dirumah tuan aku ini sebab selain berborak dia suka main game dan melayari Facebook.

Karim terus masuk dan duduk disofa yang bertentangan dengan tuan aku.Karim terus bertanya kepada tuan aku, apa berita menarik hari ni?. Tuan aku masih menatap surat khabar dan tiba-tiba menjawab, celaka betul dia orang ni,macam burung kakak tua,bercakap ikut suka hati aje tapi tak tahu apa yang dicakapkan itu betul atau salah.

Aku yang sedang menggigit biji kuaci, tak sedar bahawa biji kuaci yang berada diparuhku ter jatuh kerana paruhku terbuka luas kerana terperanjat mendengar kata-kata tuan aku itu.Hati aku amat pedih serta perasaan benci kepadanya amat meluap-luap.Aku kembangkan bulu serta mengeleng-gelengkan kepalaku dan mengeluarkan suara..What?.Tuan aku langsung tak pedulikan aku sambil terus menatap surat khabarnya.Aku betul-betul marah dan aku mengibas-ndibaskan kepak sambil berbunyi..what?..what? tapi tuan aku masih tak beri perhatian langsung.

Karim bertanya kepada tuan aku..Siapa yang kau maksudkan tu?.Tuan aku terus menjawab...Alahai, budak-budak pelajar universiti yang berlagak tunjuk pandai ni....Mereka dah pandai buat tunjuk perasaan serta buat keritikan yang melampau.Mereka ini tak ubah seperti burung kakak tua, tahu cakap aje tapi tak tahu ujung pangkal.Menjawab soalan peperiksaan pun belum tentu lulus...dah nak tunjuk pandai dan buat kenyataan yang melampau.Anak siapa kah mereka ini?.Mak bapak dia orang tak ambil tahu ke apa yang anak mereka buat, atau mak bapak mereka pun sama seperti itu?.Betul-betul macam burung kakak tua.

Aku betul-betul marah bila mendengar kata-kata tuan aku itu.Aku hirup air minuman aku sampai kering untuk sejukkan hati aku ini.Kalaulah aku boleh terbang..aku akan bertenggek atas kepala dia dan patuk biji matanya serta carik-carikkan bibirnya.Geram betul aku.

Karim yang dari tadi asyik membelik talipon bimbitnya bersuara..Woit, enkau tu sedap je bercakap, nasib baiklah burung kakak tua yang dibelakang kau tu tak faham apa kau katakan...kalau dia faham,..dah tentu dia kecil hati.Tuan aku ketawa kecil sambil menjawab..dia tu lain sikit. Dia aku rasa lebih cerdik dari kakak tua yang ada kat universiti tu.Siapa yang mengajar dia...kan aku, katanya seperti agak megah.Aku pun rasa kembang juga bulu apabila mendengar kata-katanya.Perasaan marah dan benci aku tadi tiba-tiba saja hilang dan timbul pula perasaan sayang pada dia.

Aku tiba-tiba terfikir kenapa tuan aku menyatakan aku lebih cerdik dari sebahagian pelajar universiti yang dimaksudkannya tu?.

ABC.
Ahmad Baharom Creation.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...