Monday, 18 May 2015
SURAT TERBUKA KEPADA PM
Surat Terbuka Dinturtle Buat PM Najib - Kenang Budi Orang Melayu
Tuesday, May 7, 2013138comments
Assalamualaikum wrt,
Kehadapan yang saya hormati Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak , semoga Datuk Seri berada didalam keadaan sihat walafiat sentiasa... amiiiinnnn ...
Terlebih dahulu saya minta maaf sekiranya cara penulisan saya ini tidak mengikut tatacara protokol bagaimana seharusnya sepucuk surat Resmi kepada PM berbunyi sebab saya memang tidak pandai tulis surat resmi.
Tapi hati saya meronta-ronta ingin tulis juga, ingin meluahkan pandangan saya sebagai seorang rakyat Malaysia berbangsa Melayu, sebagai seorang pengundi yang telah memangkah lambang dacing semasa PRU13 semalam. Apa yang penting Datuk Seri dapat faham mesej yang cuba saya sampaikan... kan ?
OK, mula-mula saya nak beritahu Datuk Seri yang saya dari awal Datuk Seri menjadi PM lagi saya dah tak suka kepada cara pendekatan Datuk Seri memerintah negara kita ini. Ingat lagi waktu Datuk Seri memperkenalkan MBE bagi menggantikan DEB, mahu perkenalkan Meritokrasi, waktu Datuk Seri melepaskan dana biasiswa yang direzabkan kepada pelajar2 Melayu supaya dapat diberikan kepada pelajar cina yang sememangnya ibubapa mampu membiayai pengajian anak2 mereka, slogan 1Malaysia yang entah apa-apa, waktu bla bla bla ....
Saya juga tak suka dengan cara Datuk Seri berucap yang bunyi macam 'menyenyeh', macam berlakon , dibuat2 .... menyampah bila Datuk Seri meninggikan suara sebab nadanya macam mengada-ngada.
Saya mengaku saya banyak mengkritik Datuk Seri dulu dan juga Datin Seri .... TAPI perlu saya tegaskan disini yang saya tetap menyokong Umno dan BN !
Oya, cara kritikan saya tidaklah macam cara pembangkang. Saya hanya kritik kenyataan2 Datuk Seri dan saya jelaskan kenapa-kenapa ... maksud saya bukanlah kritik bodoh jer.
Prioriti saya adalah bangsa Melayu. Tak perlu saya jelaskan panjang lebar sebab Datuk Seri lebih tahu maksud saya.
Jadi saya tidak boleh terima sebarang dasar2 yang Datuk Seri perkenalkan jika saya lihat ia memberi kesan negatif kepada Hak orang Melayu atau mengambil hak orang Melayu untuk diberikan kepada bangsa lain. Bukanlah nak bersikap assobiyah tapi hak yang ada pun cuma berbaki tidak sampai 30%, jadi apalah salahnya jika kita pertahankan ? kan ?
Malah saya melihat tindakan mereka yang cuba melepaskan baki2 keIstimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu itulah yang sebenarnya kejam atau bersikap Assobiyah. Kerana niat dan tindakan mereka itu akhirnya akan membangsatkan bangsa Melayu ... tidakkah itu kejam namanya ?
Bla bla bla ... pendek kata, saya memang tak sokong cara Datuk Seri selaku PM yang terlalu banyak berlembut dan beransur dengan kaum cina. Saya tidak pernah lihat Datuk Seri bertolak dengan orang cina, Datuk Seri hanya beransur saja. Jadi ungkapan bertolak ansur itu tidak sesuai untuk Datuk Seri.
Saya juga terima hujah yang mengatakan Datuk Seri tertekan dengan permainan kotor Anwar yang sanggup menjual bangsanya sendiri demi mendapatkan kuasa, makanya Datuk Seri terpaksa turut sama beransur dengan orang cina bagi mengimbangi janji2 Anwar.
Makanya semakin hampir tarikh PRU13, saya pun akur dan berhenti dari mengkritik Datuk Seri demi memberi sokongan dan membantu Umno BN berdepan dengan pilihanraya. Oklah, sekali dua tu ada jugak saya kritik tapi benda yang saya kritik tu memang patut dikritik pun. Lagipun ia bukanlah seolah saya membuka rahsia Datuk Seri, cuma saya mengkritik kenyataan terbuka Datuk Seri yang jelas2 menghina pemikiran rakyat ketahap jika saya sokong juga bermakna saya hanya memperbodohkan diri sendiri.
Satu lagi, perkara yang saya kritik itu juga merupakan luahan kritikan yang sama saya dengar dari orang sekeliling saya, jadi kira bagus jugalah kalau Datuk Seri ada mendengarnya ...anggaplah sebagai luahan rakyat.
Jadi saya pun sokong dan turut membantu kempen BN dalam PRU13 sekadar kudrat yang saya mampu. Sebab saya nak Umno BN menang. Saya tetap tak suka Datuk Seri tapi saya lebih sayangkan Umno.
Alhamdulillah Umno BN dah menang PRU13, TAHNIAH ! Dan Datuk Seri juga sudah angkat sumpah sebagai PM bagi penggal yang baru.
Datuk Seri sekarang punya 5 tahun lagi sebagai PM. Panjang masa tuh.... Jadi saya tidak boleh lagi terima alasan ' Nak bodek demi undi'.
Saya sokong juga Umno BN sebab saya nak Umno BN menjaga orang Melayu ! Saya bukan sokong Umno BN supaya Datuk Seri boleh menjual hak orang Melayu kepada kaum lain. Saya mahu Datuk Seri tambah memperkukuhkan bangsa Melayu.
Saya sokong Umno BN BUKAN kerana saya sokong cara Datuk Seri menjaga Sekolah Cina macam menatang minyak yang penuh.
Tolong jangan salah faham undi saya tu ! Jangan anggap undi orang macam saya itu umpama mandat supaya Datuk Seri terus melayan sekolah cina seperti sebelumnya. TIDAK !
Datuk Seri mungkin BANGGA dengan status Malaysia sebagai satu2nya negara didunia yang punya sekolah cina walaupun bahasa cina bukan bahasa resmi negara. Itu Datuk Seri.... BUKAN saya ! Saya sikit pun tak bangga malah saya MELUAT !
Jadi saya harap Datuk Seri jangan salah anggap kemenangan Umno BN baru ni seperti majoriti rakyat menyokong cara Datuk Seri itu. Saya dan saya percaya ramai lagi hanya menyokong Umno BN bukannya cara Datuk Seri.
Semasa berkempen baru ni pun Datuk Seri tidak ada menyatakan - ' Jika anda sokong cara saya, maka undilah saya @ BN, Jika anda tidak sokong cara saya, undilah PR ', kan ? Sebab jika Datuk Seri cakap begitu, saya akan buat undi rosak sebagai protes sebab untuk undi PR jauh sekali. Datuk Seri cuma jadikan isu survival bangsa Melayu sebagai salah satu modal kempen, dan atas dasar itulah saya sokong BN.
Jadi saya harap Datuk Seri tidak perasan kemenangan BN baru ni sebagai sokongan kepada cara Datuk Seri sebelum ni. TAK SAMA tau .....
Hehehe, maaflah saya duk ulang2 ayat yang sama.Nak buat macamana, memang itu point utama surat saya ini iaitu supaya Datuk Seri tidak salah anggap atau perasan dengan kemenangan Umno BN.
Sekarang ni saya sebagai rakyat akan beri peluang untuk Datuk Seri buktikan ketokohan Datuk Seri sebagai seorang pemimpin yang berjiwa bangsa. Saya buka buku baru untuk Datuk Seri.
Orang cina tak sokong Umno BN baru ni, Umno BN menang sebab sokongan orang Melayu. Jadi saya harap Datuk Seri agak-agaklah sebelum buat apa-apa yang boleh mengguris perasaan orang Melayu yang telah berikan sokongan sehingga kerajaan Umno BN masih berdiri megah.
Jika Datuk Seri masih ingin terus melebihkan perhatian kepada orang cina yang berniat menjatuhkan Umno BN semasa pilihanraya baru ni ..... well ..... bagi saya, Datuk Seri TIDAK LAYAK sebagai pemimpin tertinggi Melayu, tidak layak sebagai PM.
Untuk memperingatkan Datuk Seri kepada kata-kata yang banyak pemimpin2 Umno laung2kan sejak akhir ini iaitu supaya rakyat KENANG BUDI, sayugia saya tujukan ayat yang sama kepada Datuk Seri - KENANG BUDI ORANG MELAYU YANG TERUS MEMENANGKAN UMNO BN SEBAGAI KERAJAAN.
Jangan hanya pandai tujukan pada orang lain, sesekali tujukan pada diri sendiri juga.
Jika Datuk Seri rasa tidak mampu laksanakan tanggungjawab kepada bangsa sendiri, kerana diri sendiri tidak percaya kepada perjuangan bangsa, maka saya harap Datuk Seri lepaskanlah jawatan yang ada tu, berikanlah kepada orang yang lebih layak.
Sebenarnya banyak lagi yang saya mahu luahkan tapi saya kira cukuplah untuk Datuk Seri memahami mesej yang cuba saya sampaikan. Nothing personal ok, cuma demi agama, bangsa dan negara....itu saja.
Maaf sekali lagi jika saya terkasar bahasa. Saya rasa saya berhak menyuarakan ini cuma saya tidak tahu cara mana lagi untuk sampaikan kepada Datuk Seri selain dari melalui blog saya ini. harap2 Datuk Seri baca lah .........
Semoga mendapat perhatian sewajarnya dari pihak Datuk Seri dan saya dahului dengan ucapan ribuan terimakasih diatas pertimbangan yang Datuk Seri berikan.
Sekian, TerimaKasih.
Yang benar,
Dinturtle.
No comments:
Post a Comment