Monday, 18 May 2015

SAYA PUN BOLEH JADI PM 22 TAHUN-NAJIB.

Saya Juga Boleh Pimpin Negara 22 Tahun


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sambil menegaskan beliau adalah Presiden Umno pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.

“Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.


Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?,” 


Hampir tertawa kami mendengarnya. Bukan kerana memikirkan bahawa mungkin Najib terlihat begitu terdesak, tapi kerana beliau lagi sekali tidak tahu apa yang diperkatakan oleh para pengkritiknya.

Rakyat mendesak supaya beliau meletak jawatan Perdana Menteri, bukannya jawatan Presiden Umno. Akan tetapi beliau memilih untuk memperkatakan mengenai jawatan Presiden parti kerana itu sajalah modal beliau untuk membidas Tun Dr Mahathir.

Dari pandangan kami golongan rakyat jelata, keinginan Najib untuk menjadi Presiden Umno selama 22 tahun mungkin boleh tercapai. Tetapi untuk menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sambil memenangi 5 pilihanraya umum berturut turut dengan undi melebihi 2/3 amatlah diluar kemampuan tuan punya diri.

Tidak usahlah Perdana Menteri yang sekarang ini membandingkan diri dengan Tun Mahathir, kerana ianya seperti langit dan bumi. Tun Mahathir cuma menghadapi masalah kepimpinan di dalam parti di dalam tahun 1986 – 1988. Dari tahap nasional, Tun Mahathir sepanjang pemerintahannya telah mendapat kepercayaan dan mandat yang kuat dari rakyat dan ini terbukti di dalam setiap pilihanraya, bukan sahaja beliau sering mendapat undi 2/3 di parlimen, beliau juga mendapat undi popular melebihi 50% (ada yang setinggi 65%!).

Lagi pula, Tun Mahathir adalah satu satunya Presiden Umno sejak tahun 1981 yang telah dicabar hingga ke peringkat undian Presiden. Usahlah Najib ingin mendabik dada kerana jawatan Presiden parti Umno pun sebenarnya telah diserahkan kepada beliau secara skim pindah milik dan bukannya secara demokratik.

Dan sekarang beliau bukan sahaja tidak mempunyai mandat yang besar dari rakyat sebagai Perdana Menteri, malah menghadapi krisis kepimpinan yang teruk di kalangan rakyat.

Tolong hentikan dari membuat perbandingan yang hanya akan ditertawakan orang. Kerana jika hendak berkokok berdegar-degar, ekor seharusnya bersih dahulu. Dan buat masa ini, ekor tersebut sedang bergelumang dengan tahi.

Orang ramai pun tahu ini hanyalah taktik Perdana Menteri untuk mewajarkan agar dirinya tidak perlu meletak jawatan. Jika begitulah hendaknya, maka cita cita beliau untuk menjadi Presiden Umno untuk 22 tahun mungkin akan menjadi kenyataan.

Yang bezanya, selepas tahun 2018, beliau cuma Presiden untuk parti Umno yang mungkin sudah jadi parti pembangkang ketika itu.

.......................................

Baca sepenuhnya artikel dari blogger otai Jebatmustdie - KLiK. Adalah suatu yang menggembirakan saya bila blogger JMD yang satu ketika dulu amat disegani kerana penulisan beliau yang mantap, begitu aktif ketika zaman Paklah tapi menyepi 2-3 tahun ini, telah kembali aktif. 

Welcome back bro JMD !  Perjuangan kita belum selesai ...

No comments:

Post a Comment