Monday, 18 May 2015

LAIN DISOAL LAIN DIJAWAB, NAJIB TAK RETI BAHASA MELAYU???

Jawapan Najib - Lain Kita Cakap Lain Najib Jawab !

Monday, May 18, 20150 comments

Sebab dah dibangkitkan isu Speaker oleh pengomen di artikel sebelum ini, maka saya mulakan dengan benda ni. Ini jawapan susulan Tun kepada penafian Speaker terhadap dakwaan asal Tun yang mengatakan beliau mahu meletak jawatan Speaker -

Tun Dr Mahathir Mohamad bertegas bahawa speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memang menyatakan hasratnya untuk berundur ketika mereka berdua bertemu.

“Beliau mengaku (ketika) dia jumpa saya. Saya tak suruh. Dia jumpa saya dia kata tak puas hati dengan kerajaan.

“Dia kata nanti nak bersidang dia akan beritahu PM nak letak jawatan,” katanya.

Justeru, kata Mahthir, penafian Pandikar kemudiannya tentang perkara itu telah memalukan dirinya kerana beliau seolah-olah berbohong.

"Dia memalukan saya dengan kata dia tak letak jawatan. Sedangkan dia jumpa saya. Saya tak suruh dia datang jumpa pun.

"Dia kata dah bagi surat pada Najib. Saya cuma ulang apa dia kata. Dia kata saya ni macam bohong. Malulah saya,"
Mkini.


Bagi saya isu speaker ini asasnya adalah - Siapa yang anda lebih percaya - Tun Mahathir atau Pandikar Amin ?

Sebab yang berbincang cuma mereka berdua saja. Hanya mereka dan Allah saja yang tahu. Tun ada sebut yang Pandikar MUNGKIN berubah pendirian setelah pejabatnya dibuat ubahsuai seperti kehendaknya. (Themalaymailonline ) Sebelum anda perlekehkan alasan ini, adalah lebih baik anda tanya dulu berapa RM ubahsuai itu ..... sebab ada yang akan buat andaian ubahsuai itu macam rakyat biasa buat renovation !

Lagipun dalam keadaan sekarang, cuba nyatakan siapa yang sedang dalam jawatan yang berani menyatakan pandangan terbuka menyokong Tun Mahathir ? Dari KP Cawangan hinggalah Timbalan Presiden semua pun goyang .... apa bezanya Speaker !

Sebab tidak ada bukti selain dari pengakuan, maka buang masa nak terus bincang isu Speaker ini..... BERBEZA dengan isu Najib dan 1MDB. Jadi adalah lebih baik kita tumpu pada isu itu yanglebih menarik untuk didebat.


Mkini

Tidak ada siapapun yang terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir di atas. Gempak awal seperti yang dihebahkan oleh blogger Najib konon Najib dah jawab segala persoalan menerusi artikel blognya ternyata dah semakin dingin. 

Semakin kita kaji jawapan2 Najib semakin nampak akan keBLURan beliau. Takut nanti rakyat akan mula bertanya samada Najib ni faham atau tidak apa masalah yang rakyat duk bising ?  Macam budak sekolah yang tak faham soalan peperiksaan.... bukan tidak pandai tapi BLUR.


"Najib (kanan) tak jawab apa-apa pun. Saya buat sekarang ini sebab saya tahu dia akan kalah pada pilihan raya,"


Ayat di atas buat saya teringat salah satu jawapan yang kononnya ditulis oleh Najib dalam blognya -



Najib dakwa prestasinya sebagai Presiden Umno adalah LEBIH BAIK berbanding Paklah. Alasan yang sering digunakan oleh penyokong Najib - Umno menang lebih banyak kerusi PRU13 berbanding PRU12.

YA, memang BETUL apa yang Najib cakap. Buktinya jelas dan nyata. Tidak ada siapa yang boleh pertikaikan bukti pilihan rakyat itu. Hentikan fitnah itu !

Hmmm ..... tapi masalahnya kita tak tanya pun prestasi Najib sebagai Presiden Umno tapi kita pertikaikan prestasi Najib sebagai Presiden BN. Kita tak tanya prestasi Umno semasa PRU13 tapi kita persoalkan prestasi BN !

Yang kita risaukan adalah jika Umno BN akan tewas PRU13 jika Najib terus jadi PM. Maknakata, kita persoalkan peluang Umno BN untuk terus jadi kerajaan.

Najib menang 133 kerusi berbanding 140 di bawah  Paklah yang tidur. Dan buat pertamakalinya BN jadi kerajaan yang kalah undi majoriti.

Itu prestasi Najib tanpa banyak isu besar. Apakah anda yakin Najib boleh kekalkan kemenangan PRU14 dengan adanya isu2 besar seperti 1MDB dan GST ?

PRU14 bukan lagi Tsunami Cina tapi Tsunami Rakyat ! Kemarahan rakyat semakin makan dalam terhadap kepimpinan Najib. Dan orang Melayu yang sebelum ini mengundi BN kerana takutkan Dap sudah mula merasakan tidak ada bezanya Umno pun.... antara mati cepat dengan mati lambat jer.

Ramai pengundi Melayu memilih untuk beri peluang kepada Najib untuk membuktikan kepimpinannya. Tapi setelah apa yang berlaku pasca PRU13, saya percaya ramai yang kecewa.

Sila KLiK untuk baca surat terbuka saya kepada Najib sebaik saja usai PRU13. ( ia juga membuktikan bahawa saya konsisten dalam pendirian saya, bukan sekadar terikut buta menyokong Tun Mahathir )

Pastinya sekali lagi penyokong Najib akan tanya siapa pengganti yang lebih baik, seperti yang saya selalu tulis - Jalan yang kabur adalah lebih baik dari jalan yang pasti menuju kehancuran. 

PS - Oya, PRU13 Najib berjaya menangi semula Kedah ya ..... Tahniah Najib, kredit tetap diberikan. Hmmmm .... siapa Ketua Umno Selangor , ek ?

Baca juga JMD - The Prime Minister Answered A Question Nobody Asked

No comments:

Post a Comment