Monday, 18 May 2015

MENGAPA TUN RAZAK MENERIMA DR MAHATHIR KEMBALI DALAM UMNO?-YAHYA ISMAIL



MENGAPA TUN RAZAK MENERIMA DR MAHATHIR
KEMBALI DALAM UMNO?

Bagi mereka yang buta sejarah, termasuk Najib dan bininya yang super rakus bernama Rosmah Mansor, perlu tahu mengapa Tun Razak menerima kembali Dr Mahathir dalam UMNO.

Bila berlaku peristiwa berdarah 13 Mei, 1969 Dr Mahathir salah seorang pemimpin yang berani mengkritik Tunku Abdul Rahman. Mahathir mengatakan dalam suratnya kepada Tunku bahawa sikap liberalisme Tunku itulah yang menyebabkan bukan Melayu naik tocang dan menggugat kuasa politik Melayu.

Akibatnya dia dipecat dari UMNO bersama Musa Hitam. Dr Mahathir dianggap sebagai wira oleh orang Melayu. Beliau dijemput memberi ceramah di berbagai tempat untuk mempertahankan kuasa politik Melayu Islam.

Bila Tun Razak memimpin Mageran (waktu itu Parlimen digantung dan Tun Razak menjadi pengarah Mageran) maka Tun mengujudkan ITM, dasar ekonomi baru, Bank Bumiputra dan lain-lain untuk memperkukuhkan kedudukan ekonomi, pendidikan dan politik orang Melayu.

Tun Razak yang berpandangan jauh dan berjiwa nasionalis menjemput Dr Mahathir masuk UMNO semula. Beliau tahu kemampuan intelek, jiwa Melayu dan pengalaman Mahathir yang boleh dimanfaatkan dalam perjuangan UMNO.

Tun Razak tahu menilai dan memilih pemimpin untuk membantunya. Dr Mahathir ditonjolkan sebagai bakal PM melalui berbagai jawatan dan kedudukannya dalam parti serta kerajaan.

Akhirnya, berkat kepimpinan Tun Razak yang baik, Dr M menjadi PM. Akhirnya Dr M berjaya memimpin kerajaan dan parti selama 22 tahun, suatu rekod kecermelangan yang tak dapat ditandingi oleh mana-mana PM sekali pun.

Malangnya Najib tidak mempunyai kewibawaan dan kebijaksanaan seperti bapanya. Dia tidak dapat menilai antara pemimpin rasuah yang menjadi pengkhianat bangsa, ugama dan negara dengan seorang patriot terulung.

Najib menganggap kuasa sebagai PM mutlak untunya melakukan apa saja. Inilah kebodohan pimpinan Najib yang beraja di hati, dikuasai isteri, budak kampung yg super rakus.Allah telah memberi amaran pada Najib dalam PRU 13 memperlihatkan sokongan 47% saja dari berjuta pengundi.

Dia tak muasabah. Dia rakus. Dia dikhayalkan oleh kuasa yg dipinjam Allah. Nah, pada hari ini Tun M, yang terhutang budi kepada bapa Najib, terpaksa masuk gelanggang menentang kemungkaran Najib. Walaupun berusia lanjut, 89 tahun, namun Tun M tetap bertanggngjawab mempertahankan hak Melayu, Islam dan negara selagi nyawa dikandung badan.

Dengan tegas dia berkata NAJIB MESTI MELETAKKAN JAWATAN.SEGERA.

No comments:

Post a Comment