Saturday, 4 July 2015

NAJIB ADALAH LIABILITI NEGARA, SEDANG DIUGUT KUASA NWO



NAJIB ADALAH LIABILITI NEGARA, SEDANG DIUGUT KUASA NWO
Saya sokong Najib saman Sarawak Post dan WSJ atas artikel yang mendedahkan "bisnes sulitnya" berkait aliran wang berbilion Ringgit ke dalam akaun banknya. Saya juga sokong jika Najib berani saman juga Tun M yang dituduh menyebarkan pembohongan ke atas diri dan keluarganya. Tetapi sebelum itu saya mahu kongsi:
TEORI (bukan fitnah yer, dah nama pun teori) KENAPA NAJIB BANYAK KANTOI
1) Kerana Najib memang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan "bisnes" 1MDB yang ada menggunakan dana negara atas alasan pelaburan. Ini kerana Najib selaku Menteri Kewangan mempunyai kepentingan yang khusus dalam syarikat 1MDB, di mana syarikat itu mempunyai perkataan "trademark" kerajaan Najib iaitu 1 Malaysia.
2) Pihak yang mengawal urusan sebahagian besar sistem perbankan dunia iaitu YAHUDI dan KAFIR BARAT lainnya tahu kelemahan Najib ini. Mereka juga mengawal laporan-laporan media antarabangsa seperti WSJ dan Sarawak Post (berpangkalan di luar negara) yang berupaya membuat serangan persepsi ke atas sesiapa yang diinginkan.
3) Jadi sekarang, oleh kerana Najib ini ada skandal, pro Barat, hipokrit, liberal dan tidak pernah atau rela hidup susah sedikit sejak kecil, maka pihak New World Order senang untuk mengugutnya agar menuruti kehendak mereka. Siapa suruh gatal main bisnes guna duit negara sampai rugi kan?
4) Najib sekarang sedang diugut atas kelemahannya sendiri oleh pihak luar terutamanya KUASA BESAR DUNIA yang mahu Kerajaan Najib tidak berlengah lagi menandatangani TPPA dan lantang menyalahkan Russia dalam Tragedi MH17. Itu antara hajat KUASA BESAR DUNIA terhadap Malaysia.
5) Sebarang kelewatan atau kedegilan kerajaan Najib untuk menuruti kehendak pihak New World Order tersebut mengakibatkan rahsia skandal kewangan yang melibatkan Najib, keluarganya, kroninya serta kerajaan pimpinannya akan terus dibongkar satu persatu oleh media-media yang berpangkalan di luar negara.
6) Imej dan reputasi Najib dipersada antarabangsa boleh dirosakkan teruk jika Najib gagal menggadaikan sesuatu kepentingan melibatkan negara ini kepada pihak New World Order tersebut. Sebarang peminjaman hutang oleh Kerajaan Najib untuk menyelamatkan bisnes 1MDB nya pun turut melibatkan proses penggadaian (pemajakkan) aset negara kepada pihak yang memberi hutang tersebut.
7) Pendek kata sekarang Najib lebih rela berbuat apa saja asalkan kepentingan kewangan dan kuasa politik peribadinya selamat. Oleh itu Najib giat menggunakan apa saja kaedah untuk menghentam tokoh penting yang telah hidu kelemahannya tersebut iaitu Tun M.
8) Kenapa Tun M diserang teruk oleh proksi-proksi Najib seperti TV3 dan individu-individu tertentu? Kerana Najib amat risau jika Tun M berjaya hidu dengan terperinci kegiatan penggadaian aset negara oleh pentadbirannya demi untuk membayar hutang skandal 1MDB nya tersebut.
9) Najib tidak risau sangat dengan pihak pembangkang atau laporan-laporan media luar berbanding SUARA KRITIKAN dari Tun M. Kerana Najib sedia maklum, jauh di sudut hatinya, bahawa pengaruh Tun M terhadap persepsi rakyat Malaysia kepada dirinya adalah cukup signifikan dan lebih realistik.
10) Oleh itu sebarang kebocoran maklumat mengenai skandal 1MDB haruslah diputar-belitkan oleh puak Najib seolah-olah ianya maklumat palsu atau fitnah yang kononnya diterima dan disebarkan oleh Tun M. Walhal Tun M hanya bertanya pada asalnya. Namun Najib tidak menjawab terperinci segala persoalan tersebut malah pernah berbohong mengenainya.
11) Keakraban Najib dengan pihak Barat serta skandal 1MDB nya, membuatkan KUASA BESAR DUNIA tidak memerlukan lagi proksi-proksi lain di luar kerajaan Pusat Malaysia seperti Anwar Ibrahim untuk menjayakan agenda New World Order mereka ke atas negara ini. Mereka hanya perlu "picit" Najib untuk membuatkannya terus patuh kepada arahan mereka. Perasan tak? USA tidak se-agresif dahulu dalam mempertahankan Anwar dari hukuman penjaranya.
12) Itu menerangkan kenapa Presiden USA mahu turun lagi sekali bertemu Najib di negara ini. Sesuatu yang tidak pernah terjadi di zaman pentadbiran Tun M yang terkenal digeruni Barat dahulu. Maka adalah jelas Najib dan pentadbiran lemahnya merupakan liabiliti Kerajaan Pusat Negara ini. Oleh itu adalah rasional untuk mendesak agar Najib melepaskan jawatan PM nya serta disiasat secara bebas oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja.

No comments:

Post a Comment