Saturday, 4 July 2015

Kes Najib Billion2 - Satu Dunia Perhati .... Nowhere2Hide !

Kes Najib Billion2 - Satu Dunia Perhati .... Nowhere2Hide !

Saturday, July 4, 20150 comments





Kenyataan Najib - 

In recent months, various allegations – all unsubstantiated, and many simply outrageous – have been directed against me and my family.

These attacks began when I refused to implement Tun Mahathir’s personal demands. I refused, because I do not believe it is right for Malaysia to be ruled by proxy.

Tun then created a crisis when he recklessly claimed that RM42 billion was missing from 1MDB, when in fact these are audited debts backed by RM51 billion audited assets.

The latest allegation is that I have taken state-linked funds for personal gain. I believe Tun, working hand in glove with foreign nationals, including the now discredited political attack blog Sarawak Report, is behind this latest lie.

Let me be very clear: I have never taken funds for personal gain as alleged by my political opponents – whether from 1MDB, SRC International or other entities, as these companies have confirmed.

It is now clear that false allegations such as these are part of a concerted campaign of political sabotage to topple a democratically elected Prime Minister.

At no point have those making these allegations offered any evidence. All we have heard is that these allegations are based on leaked documents and unnamed investigators. Not once has the source of these documents ever been shown, neither have the documents themselves been provided for verification by lawful authorities.

As we now know, a number of the documents on which recent allegations have been based were reportedly doctored. The person who was leaking these documents is under investigation by authorities overseas for attempting to extort and blackmail his former employer. This says a lot about the reliability of the documents, and those who are using them to damage our government and our country. 

Those who continue to mount these attacks should be prepared to face the consequences of their actions. These gutter tactics - in some cases criminal tactics - to overthrow the government will fail. Where appropriate, they will be met with the full force of the law.

It’s a shame that these false attacks motivated by self interest come at a time of unique opportunity for Malaysia – with our Chairmanship of ASEAN this year, and the prize of developed nation status around the corner. I will stay focused on the work of nation building for the people.
.
                                  ***********************
 
Ken Brown Ketua biro WSJ Hong Kong - Kami amat berhati-hati dan kami percaya siasatan dan dokumen yang kami perolehi adalah benar dan datang dari siasatan yang boleh dipercayai dan bukan siasatan politik.Mkini.

                                                  *************************

Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, laporan tersebut disifatkan sebagai satu fitnah jenayah.


“Laporan itu sungguh berniat jahat dan tidak berasas dengan sumber yang lemah dan meragukan.

“Kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang,” 
katanya kepadaSinar Harian, semalam.


                                                **************************
Kenyataan Media
YAB Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri

Saya berasa amat bimbang dengan pendedahan terkini Wall Street Journal mengenai beberapa akaun peribadi milik YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak yang didakwa telah menerima sejumlah wang daripada beberapa buah entiti yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1MDB.

Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan. Isu ini juga telah menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam.

Oleh itu, saya berpendirian bahawa pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Dato' Seri Najib. Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran.

Oleh kerana tuduhan ini adalah bersifat peribadi, maka adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk memberikan penjelasan yang meyakinkan atau membuat penafian. Sehubungan itu, saya menyambut baik kenyataan Dato' Seri Najib yang telah menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap beliau. Sekiranya beliau yakin semua tuduhan itu adalah tidak benar dan fitnah semata-mata, maka adalah wajar beliau mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat tuduhan demi membersihkan nama beliau dan mengembalikan kredibiliti kerajaan.

Sementara siasatan terperinci dijalankan, saya menyeru semua pihak supaya bertenang. Saya pasti kebenaran akan muncul hasil siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Saya berdoa mudah-mudahan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Allah s.w.t akan memberikan kita segala tawfiq dan hidayah untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku dan mengurniakan kesejahteraan yang berkekalan kepada rakyat dan negara kita.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia



                                                   *****************************

Semakin menarik perkembangan isu Najib RM Billion2! walaupun hari Sabtu tapi ramai yang beri komen. 

Yang paling menarik pastinya kenyataan Najib yang tanpa berselindung lagi, menuduh Tun Mahathir sebagai dalang episod terbaru ini. 

Perlu di ingat sekarang kes Najib ni sudah menjadi perhatian dunia ! Apa juga kenyataan dari Najib akan dibaca oleh DUNIA. Najib tak boleh main U-Turn lagi dah macam kes Tunai-Aset-Unit, ikut suka dia jer nak pinda kenyataan Parlimen.

Dalam kenyataannya, Najib turut merujuk kepada kes penahanan Justo dan menjadikan Andaian Logik @ Ubah suai emel @ Sarawak Report sebagai menyokong kes beliau. 

Kat sini saya nampak dah yang Najib tengah gelabah ...... Bukan ke dakwaan itu sekadar satu Andaian Logik saja ? Sekarang Najib dah sebarkan satu dunia !

TheMalaymailonline ada melaporkan yang PGI ( syarikat penyiasat siber dari UK yang menjadi sumber maklumat utama Najib, kerajaan dan 1MDB dalam mendakwa SR ) tidak mahu mengesahkan dakwaan 'ubahsuai emel' itu walaupun ditanya sebanyak 3 kali.



Malay Mail Online, citing questions in Malaysia over the credibility of the “tampered emails” claim purportedly made by the PGI expert, has written in three times to the firm to appeal for answers.

PGI has rejected all three requests.

“Thank you for your continued interest. However, our position remains the same as previously stated. Should that change we will notify you accordingly,” the firm said in its latest email on Tuesday evening.

In its previous emails, PGI told Malay Mail Online that it cannot issue a response because “we take client confidentiality very seriously and do not reveal any details about the work we do for any client, without their agreement”. -KLiK.

.

                                          *************************************

Ya, Najib makin terdesak ! 

Peluang banyak dipersiakan sedari awal kes 1MDB jadi hangat dulu lagi.... MENGELAK dan terus mengelak dari berdepan dengan persoalan rakyat, Bukan saja dalam media, malah di dunia nyata juga Najib mengelak berdepan dengan persoalan rakyat semasa Nothing2Hide.

Najib ingat dengan menangguhkan Pemilihan Umno tahun depan bakal memberi beliau nyawa, ternyata Allah punya perancangan yang lebih besar - sekarang kes 1MDB dan Najib sudah menjadi perhatian SATU DUNIA !

Najib sudah tidak boleh mengelak lagi ...... 

Berdepanlah dengan masalah, jangan nak lari lagi atau berselindung disebalik pihak lain, Jadilah seorang pemimpin yang BERANI bertanggungjawab. 

PS - Kepada Muhyiddin, sekiranya pihak berkuasa ADA kes untuk siasatan lanjut, bersiap sedialah untuk memangku jawatan PM. Sewajarnya Najib berhenti buat sementara semua jawatan yang disandangnya supaya siasatan dapat dijalankan dengan sempurna dan telus.

Perlu di ingat, sekarang DUNIA sedang memerhati dan begitulah SOP peringkat dunia. Jika tidak, sia2 jer siasat jika akhirnya keseluruhan siasatan jadi bahan ketawa dan diperlekehkan.

Kepada semua pihak, mohon jangan keliru dengan kes yang ditimbulkan ..... adakah ia Kes PERIBADI NAJIB, atau Kes Umno, atau Kes 1MDB, atau Kes Kerajaan ?

No comments:

Post a Comment