Friday, 10 July 2015

MUSA HITAM CADANGKAN 3 PILIHAN UNTUK NAJIB.

3 pilihan buat Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menangkis semua tuduhan berkaitan 1MDB, itu antara suara bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang dipetik dalam themalaysianinsider.

Antara 3 pilihan tersebut adalah:

1. Berusaha menentang semua pertuduhan

2. Meletak jawatan sebagai Perdana Menteri

3. Bercuti sementara hasil siasatan audit daripada badan khas.

Namun, pada pandangan Tun Musa, cadangan ketiga iaitu cuti sementara merupakan cadangan peribadi untuk Perdana Menteri tersebut.

Musa Hitam juga menerangkan mengapa pilihan ketiga merupakan antara pilihannya adalah untuk memberi ruang kepada "penyiasat khas menjarakkan dari segi psikologi, secara politik dan secara sah untuk mereka mencari perkara sebenar".

Selain itu Musa juga berpendapat, pilihan terbaik buat Najib kini adalah dengan meletakkan jawatan dan memberi peluang pada muka baru dalam Umno.

"Pada saya, dengan pilihan ini (cuti sementara), ia merupakan pilihan terbaik yang akan memancarkan kepimpinan, karektor dan juga personaliti pemimpin yang selari dengan prinsip yang diamalkan demokrasi berparlimen," tambah Musa.

Selain tu, Musa, 81, juga memberi komen terhadap UMNO dimana keadaan parti itu didalam penafian berhubung masalah kepimpinan dalam parti tersebut.

"Ini merupakan masalah besar dalam Umno yang memberi kesan kepada rakyat kerana Najib dilantik secara sah mengikut perlembagaan.

Sebelum itu:

Jumaat lepas,sejumlah RM2.6 billion (US$681 juta) wang dari British Virgin Island dideposit ke akaun peribadi Najib dalam 2 transaksi pada 21 dan 25 Mac 2013 seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal (WSJ). - CARI Infonet.

No comments:

Post a Comment