Jejak Jho Low berkaitan RM1.9b lagi
Pihak berkuasa Malaysia telah dimaklumkan mengenai AS$500 juta (RM1.89 bilion) yang didepositkan ke dalam akaun peribadi jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low sebagai sebahagian daripada siasatan mereka terhadap dakwaan penyelewengan dana 1MDB, demikian menurut The Wall Street Journal (WSJ) .
Jho Low, atau nama sebenarnya Low Taek Jho, adalah kawan rapat keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.
Ini berikutan laporan minggu lepas bahawa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana negara didakwa didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib di AmBank berdasarkan kertas siasatan kerajaan yang bocor.
Laman pemberi maklumat Sarawak Report semalam juga mendakwa bahawa RM2 juta dalam bentuk wang tunai telahdidepositkan ke dalam akaun bank isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di AffinBank dan ini juga merupakan subjek siasatan.
Ia juga menyiarkan apa yang ia katakan adalah nombor akaun bank Rosmah, yang mana Malaysiakini menentusahkan sebagai kepunyaan seorang bernama "Rosmah binti Mansor".
Dalam laporan terbaru, WSJ mendakwa polis Singapura menulis surat bertarikh 19 Mac kepada bank pusat Malaysia mengenai AS$529 juta (RM2 bilion) deposit antara 2011 dan 2013 ke dalam akaun bank Singapura yang dikawal oleh Jho Low.
WSJ, yang berkata telah melihat surat itu, mendakwa ia adalah sebagai responsnya kepada pihak berkuasa Malaysia yang meminta Singapura membantu siasatannya ke atas 1MDB.
Wang dipindah ke akaun BSI S'pura
Pihak berkuasa Singapura berkata, wang itu berasal dari akaun bank Good Star Limited di Switzerland tetapi perniagaan itu telah ditutup pada bulan Februari 2014 dan tidak dapat lagi dikesan.
"Jika hasil jenayah telah dipindahkan ke Singapura, kami ingin mempertimbangkan sama ada suatu kesalahan telah dilakukan di Singapura," WSJ memetik surat yang ditandatangani oleh Chua Jia Leng, ketua Pejabat Laporan Transaksi Mencurigakan Polis Singapura kepada Bank Negara Malaysia.

WSJ mendakwa bahawa surat pihak polis itu mendedahkan wang itu telah dipindahkan ke dalam akaun Jho Low di BSI Singapore.
Laporan itu juga menunjukkan 1MDB juga mendakwa memegang AS$1.1 bilion (RM4.2 bilion) dalam "unit" dalam sebuah akaun BSI Singapore, yang statusnya tidak dapat dipastikan.
"Ia tidak jelas sama ada terdapat hubungan antara kedua-dua akaun itu. Jurucakap BSI enggan mengulas," laporkan WSJ.
Laporan itu WSJ mengesahkan laporan yang sama oleh laman pemberi maklumat Sarawak Report pada hari Selasa.
[Baca berita penuh/asal]

No comments:
Post a Comment