Wednesday, 3 June 2015

TOK GURU HADI PERLU KAFIRKAN ANWARINAS UNTUK BERSIHKAN PAS


TOK GURU HADI PERLU KAFIRKAN ANWARINAS UNTUK BERSIHKAN PAS

Sewajarnya Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang mengkafirkan musuh dalam selimut bagi membersihkan Pas dari kecemaran imej dan maruah akibat penyusupan anasir -anasir- asing sehingga berjaya menyelewengkan prinsip perjuangan Negara Islam Pas kepada Negara Kebajikan.

Ini adalah penting kepada Haji Hadi untuk menjadikannya sebagai ucapan dasar perasmian Muktamar Pas ke -56 bagi mengembalikan ketokohan dan auranya k sebagai tokoh besar ulama Pas yang terbina dan terbilang diatas keberanian dan keceluparannya mengkafirkan orang Islam yang tidak sejalan dengan doktrin Islam Pas.

Sekadar menunjukan hasrat untuk kembali kepada Negara Islam dengan hukum hudud belum cukup untuk memulihkan maruah kepimpinan ulama tanpa kesanggupan mencantas Anwarinas dari Pas dengan memisahkan mereka sebagai gulongan taghut, murtad dan kafir.

Ini sewajarnya dilakukan oleh kerana mereka mempunyai fikiran secular,profesional dan realis yang liberalisme mereka lebih hebat jika dibandingkan dengan kepimpinan UMNO dari sejak Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman sehingga sekarang.

Jika kerana nafsu merampas kuasa Haji Hadi sanggup dipergunakan oleh gulongan Anwarinas untuk menyingkirkan gulongan ulama progresif dan dinamik dari Pas maka sekaranglah masanya untuk beliau menunjukan kepada seluruh ahli Pas kesungguhan dan keikhlasan membersihkan semula imej Pas dengan pengkafiran mereka ini.

Hadi mesti meyakinkan seluruh umat Islam khususnya pengikut Pas dan juga bukan Islam bahawa hanya kepimpinannya sahaja yang boleh menegakan hudud di negara ini.
Masalah besar yang dihadapi oleh Pas sekarang bukanlah lagi ancaman dan halangan dari UMNO tetapi dari musuh dalamannya yang telah mendedahkan dirinya mereka sebagai modenis Islam yang sehaluan dengan pemikiran sekular DAP dan PKR.

Haji Hadi sewajarnya mengkafirkan mereka kerana berkongsi dengan keyakinan UMNO bahawa untuk berkuasa di negara ini mestilah berkawan dengan orang kafir.
Cuma bezanya kafir yang di kawani oleh UMNO adalah kafir yang lebih jinak dan lebih beradab sopan dan faham tentang adat istiadat Melayu dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Peperangan terbuka diantara pimpinan ulama dengan Islamis sekular dalam Pas ini telah mendedahkan dari dekat kepada rakyat Malaysia bahawa tidak ada ke Islaman dalam perebutan kuasa dunia. Apabila agama menjadi landasan politik maka agama tidak lagi menggambarkan persaudaraan antara manusia tetapi perseteruan, kebencian dan puncaknya adalah pembunuhan kejam seagama dan sebangsa.

Kebangkitan anasir IS( Islamic State) di Malaysia adalah hasil dari benih kebencian sesama Islam yang telah di tanam oleh Haji Hadi dengan doktrin pengkafiran sejak Kepimpinan Ulama merampas kuasa dari kepimpinan nasionalis Melayu Islam Pas diatas penghayatan dan semangat revolusi Iran.

Jika UMNO mengharapkan bahawa dengan penerusan kepimpinan Haji Abdul Hadi maka UMNO akan boleh berkonspirasi dengan Pas maka ini adalah sentimen yang tidak dikongsi diakar umbi Pas kerana kebencian mereka kepada orang UMNO yang di tanam oleh pemimpin mereka telah menjadi darah daging dari kejiranan, hingga ke surau dan masjid sehingga mereka menghijaukan tempat ibadat untuk memperkenalkan kelainan Islam mereka.

Prasangka buruk orang Pas terhadap orang UMNO hanya akan dapat dihapuskan dengan Haji Hadis membatalkan fatwa lamanya dan mengeluarkan fatwa baru bahawa UMNO tidak lagi kafir dan yang kafir hanyalah Anwarinas dalam Pas.

Mungkin orang UMNO dan orang Melayu sendiri ingin mendengar suara persahabatan dan persaudaraan dari Datuk Seri Haji Hadi.Apakah terlalu berat bagi Haji Hadi untuk mengesahkan pransangka buruk Lim Kit Siang (DAP) dalam memileh jalan baru kearah kuasa?

Dengan itu adalah baik sekiranya Hj Hadi dan ahli PAS yang menyokong beliau mula mengenakan semua perkara yang sepatutnya dituduh dan dihukum seperti yang pernah dikenakan kepada Umno dahulu mengikut AMANAT HJ HADI.

Dalam perkara ini, bila disebut Anwarinas (PASMA), maka tidaklah dapat kita lari dengan menyatakan bahawa PASMA dan PKR adalah satu perkara yang sama dan nampaknya suara dan asas perjuangan mereka juga sama.Dengan itu Fatwa dibawah ini patut dikenakan juga kepada mereka.

1. percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang PASMA dan PKR

2. percaya bahawa haram makan sembelihan orang PASMA dan PKR,

3. percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik oleh PASMA dan PKR dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4. percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong PASMA dan PKR

5. percaya bahawa jenazah orang PASMA dan PKR tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6. percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang PASMA dan PKR melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

7. percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang PASMA dan PKR di tanah perkuburan Islam

8. percaya bahawa ibadah orang PASMA dan PKR tidak diterima Allah SWT.

Jika tidak dilakukan semua itu ternyatalah Hj Hadi tidak boleh berlaku adil dan memang amat-amat mempermainkan Hukum Allah kerana tidak menegakkannya kepada semua yang melanggar Hukum Islam PAS.

2 comments:

  1. Libralisme - Kesamarataan I'ttiqad & Tauhid memang Kapir - Non Muslim sama dengan "alYahud, anNasyoro, alMusyrik & alMajusa (alQuran).

    ReplyDelete
  2. Yuupp, benar sehingga mereka benar-benar bertaubat.

    ReplyDelete