Wednesday, 3 June 2015

Penjelasan Arul Tentang RM42 Bil Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan Tambahan

Penjelasan Arul Tentang RM42 Bil Lebih Banyak Menimbulkan Persoalan Tambahan

Thursday, June 4, 20154comments


TheStar

Semalam ada dua perkembangan besar dalam isu 1MDB bila Arul mendedahkan ke mana perginya RM42 bil hutang 1MDB dan kedua bila Husni muncul di TV1 bagi menjawab isu 1MDB - Di Mana Wangnya ?

Nampak berkaitan keduanya, makanya saya yakin esok Najib juga akan menjawab dengan LEBIH TERPERINCI mengenai isu sama dalam majlis Nothing To Hide. Yes ! Steady Najib ....

Saya tidak berkesempatan menonton semalam, jadi saya ambil info dari beberapa sumber untuk dikomen. Pertamanya yang paling penting mungkin adalah kenyataan daru Husni seperti laporan The Star di atas bahawa -Sebarang urusniaga 1MDB perlu mendapatkan persetujuan Najib.

“1MDB is government owned. So, in this context, it means that the Prime Minister represents the government. That’s the concept,”  


“1MDB is under the purview of the Finance Ministry. So the ministry must be responsible. That responsibility is then brought to the Cabinet to get their endorsement to what 1MDB is doing. The issue of bullying does not arise, 


1MDB adalah milik penuh kerajaan dan PM ( Najib ) mewakili kerajaan. 1MDB adalah di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab Kementerian Kewangan. Menterinya adalah Najib juga. Jadi Menteri Kewangan iaitu Najib akan bawa isu 1MDB kepada kabinet yang di kepalai oleh Najib juga untuk mendapatkan pengesahan.

Jadi tidak timbul sebarang konflik di situ !

Pendek kata - Jika ada orang yang perlu memikul tanggungjawab dan akauntabiliti sepenuhnya dalam isu 1MDB, orangnya adalah Najib. 

                                                     *******************************

Jom perhati apa yang Arul berikan semalam mengenai perbelanjaan RM42 bil 1MDB -



Saya tertarik kepada komen JMD, kenyataan Arul itu tidak menjawab antara lain persoalan -

1 - Apa yang berlaku kepada billion2 yang dilaburkan melalui Brazen Sky, syarikat yang punya kaitan rapat dengan Jho Low ? Pihak Delloitte sendiri tidak punya maklumat lengkap mengenai pelaburan itu.

Based on 1MDB’s latest financial documents for the year ended March 31, 2013, its auditors were unable to determine details on the US$2.3billion (RM8.05 billion) investment.- Thestar.

.
2 - Kenapa upah yang begitu tinggi dibayar kepada Goldman Sachs ? Goldman Sachs di bayar RM1.54 bil untuk mendapatkan RM15 bil dari jualan bon (10%) berbanding hanya RM400k yang dibayar oleh Prasarana untuk mendapatkan RM2 bil dari jualan bon (0.02%) ?!

3 - Siapa Jho Low dan kenapa beliau begitu berpengaruh dalam 1MDB ?

                                          ****************************

Apa itu Cost of Finance dan Working Capital sebanyak RM4.5 billion ?

Apa itu Inherited Debt yang dikaitkan dengan IPP sebanyak RM6 billion ? Kenapa di asingkan daripada nilai kos IPP ? 

Satu lagi, kesemua IPP itu sedang beroperasi semasa dibeli, berapakah jumlah pendapatan operasinya ? Kenapa pendapatan itu tidak dapat menampung hutang pembelian ? 

Secara logiknya, jika nak beli sesuatu perniagaan secara hutang, kita kena pastikan paling tidak, keuntungan dari perniagaan itu mampu bayar hutang itu. Ini tidak ! Terpaksa merayu2 nak pinjam lagi duit sebab nak bayar hutang itu ..... Kenapa beli ?

Apa itu kos Foreign Exchange  sebanyak RM0.9 Billion ?

Apakah pelaburan sebanyak RM6.1 billion yang masih berada di Brazen Sky ?

Kenapa begitu tinggi sekali deposit yang dipegang oleh Aabar sebanyak RM4.2 billion ? 

Apakebendanya pelaburan RM5.1 billion GIL Fund ?


Jika dicampur kesemua nilai yang dihitam gariskan, ianya berjumlah - RM26.8 billion

Memang itulah baki yang dipersoalkan oleh rakyat malangnya penjelasan Arul tentang baki itu tidak lengkap. Malah ia hanya menambahkan lagi persoalan dari rakyat !

Melainkan anda merupakan GOLONGAN ISTIMEWA yang mampu terima bulat2 apa saja alasan yang diberikan oleh Najib dan 1MDB walaupun alasan2 itu dianggap merepek oleh rakyat yang berfikiran waras. 

Mungkin kenyataan Arul itu merupakan mukadimah kepada penjelasan lebih lengkap dari Najib esok ..... Steady Najib !

Yalah, cakap2 Arul payah nak dipegang .... bila2 saja boleh ditukar. Seperti contoh kenyataan Arul yang menegaskan dana dari Cayman yang disimpan di BSI Singapura adalah dalam bentuk wang tunai dan beliau sudah melihat penyatanya. Ada Arul beri sebarang penjelasan kenapa kenyataan itu bercanggah dengan apa yang disahkan oleh Kementerian Kewangan sebagai Unit  saja ?


KLiK

Bersambung dengan ulasan Husni pula ....

No comments:

Post a Comment