Monday, 22 June 2015

Perjanjian JV 1MDB-PetroSaudi DiDedah ! PELIKnya Dealing ni ....

Perjanjian JV 1MDB-PetroSaudi DiDedah ! PELIKnya Dealing ni ....

Tuesday, June 23, 20150 comments


PetroSaudi ..... peeergh! Memang gah namanya.... Anda boleh google namanya dan baca maklumat yang ada bagi membuktikan betapa besar danloaded syarikat minyak itu. Rakyat Malaysia sememangnya bangga satu ketika dulu bila Najib umumkan 1MDB akan buat usahasama dengan PetroSaudi. Terbaik .....

Tapi sejak isu 1MDB meletup, ramai yang dah mula mempertikaikan usahasama ( JV ) itu. Pulak dah ...... apahal ? Syarikat minyak sebesar itu .... apa barang setakat beberapa billion ringgit ... 

Cuba tengok imej yang saya copy dari laman Petrosaudi -


Syarikat minyak antarabangsa tuh ..... tapi mungkin Petronas hebat lagi kot... takperlah, pokoknya ia syarikat minyak. Dan kita seharusnya bangga bila 1MDB dikaitkan dengan pak Arab saudagar minyak. 

Tapi .... mana projek Petrosaudi di Malaysia , ek ?  Kat Indonesia ada tapi kat Malaysia takde pun ?

Laaa..... kan dah cancell syarikat JV 1MDBPetrosaudi tu.... dalam artikel 1MDB menjawap chedet pun ada disebut secara ringkas sejarah JV itu.


Menarik sekali isu JV 1MDB-Petrosaudi ni... serius ! Heran juga kan kenapa 1MDB batalkan JV itu selepas 5 bulan sain kontrek ? Ada masalah ke ? Persoalan itu tidak dijawab oleh 1MDB. Kenapa ek ? 

Kalau bagus projek JV dengan Petrosaudi itu, kenapa batalkan dalam keadaan dakwat sain belum kering lagi ? Tak sempat nak buat apa2 projek pun dah cancell ? Heran ..... why ? why ?

Masa sain kontrek JV bukan main lagi keluar paper. KLiK untuk ke laman 1MDB kalau nak baca Joint Statement  JV antara 1MDB-Petrosaudi bernilai US$2.5 billion. Tapi masa 1MDB keluar dari JV itu selepas 5 bulan kemudian kenapa senyap je ?

Blogger JMD ada menulis di SINI semasa mengulas jawapan 1MDB di atas tadi mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa Petrosaudi sebenarnya tidak bayar satu sen pun dalam syarikat JV itu.  

Bersandarkan apa yang ditulis oleh 1MDB sendiri, JMD mengulas isu pembayaran US$700 juta kepada PetroSaudi dua hari selepas sain perjanjian JV, diikuti keputusan 1MDB keluar dari JV dan dana 1 billion US itu ditukar kepada pinjaman Murabaha kepada Petrosaudi disusuli tambahan dua kali lagi pinjaman kepada Petrosaudi dibawah Murabaha sebanyak US$500 juta dan US$330 juta. Kemudian kesemuanya dikembalikan bersama untung dalam bentuk UNIT dengan syarikat yang berdaftar di Cayman. 

Pelik kan ..... mesti ada masalah yang menyebabkan 1MDB keluar dari syarikat JV itu dalam masa 5 bulan jer.  Kenapa tidak minta Petrosaudi bayar jer dalam bentuk tunai ? Mungkin sebab Petrosaudi takde duit ? Kalau benar ada masalah dengan JV itu, kenapa ditambah lagi 2 kali pinjaman kepada Petrosaudi ? Gila talak ke apa ?

Artikel terbaru JMD ( KLiK ) pula mempertikaikan apakah benar Petrosaudi ada masukkan aset bernilai US$2.7 billion ke dalam syarikat JV itu sebagai modal bahagian dia.... 1MDB masuk US$1 billion dan diberikan 40% pegangan saham dalam JV itu.

Disebut oleh 1MDB bahagian Petrosaudi itu berupa -  PetroSaudi, via a subsidiary company, owned assets, comprising rights to oil fields in Turkmenistan and Argentina, worth approximately USD2.7 billion. dan semakan mendapati TIDAK ADA / TIDAK WUJUD sebarang projek minyak milik Petrosaudi di Turkmenistan maupun Argentina !

Kalau rujuk pada peta dunia Petrosaudi di atas, memang takde pun. 


                                        *************************************

Untuk artikel ini saya bukan nak ulas semua tu sebab penjelasan yang diberikan sudah cukup mantap. Saya harap ada sesiapa yang boleh terjemahkan artikel2 itu supaya dapat dikongsikan dengan lebih meluas lagi. 


Saya nak tulis mengenai beberapa fakta ketika penubuhan syarikat JV 1MDBPetrosaudi Limited itu sendiri yang saya percaya ramai tidak tahu. Di bawah saya percaya adalah bahagian awal Perjanjian JV itu -



Nampak tak satu perkara yang ramai tak perasan pun atau ramai yang ambil mudah ( take for granted ) ......

Dari nama 3 syarikat yang disebut terlibat dalam Perjanjian JV itu, TIDAK ADA nama Petro Saudi International Limited iaitu yang biasa kita sebut sebagai Petro Saudi saja seperti yang ada dalam laman web di atas.  Yang ada cuma PetroSaudi Holdings (Cayman) Limited iaitu anak syarikat Petro Saudi. TAK SAMA beb !

Tapi kalau anda baca KESEMUA artikel dalam laman 1MDB atau dalam paper atau siapa sajalah yang merujuk kepada JV itu, yang disebut adalah PETRO SAUDI dan saya percaya semua orang anggap ia adalah syarikat minyak dari Arab seperti yang ada laman web di atas.... kan ?

Saya sendiri fikir begitu sebelum ini. Rupa2nya LAIN ! 

Yang sain perjanjian usahasama dengan 1MDB itu adalah Petrosaudi Cayman. ( saya rujuk sebagai PSCayman ) bukannya Petro Saudi International ( saya rujuk sebagai PS Arab ).

Anda dimaafkan kalau keliru sebab ia memang di olah untuk mengelirukan rakyat Malaysia ! Nama PSCayman seterusnya akan dirujuk sebagai PSI dalam kontrek. PS Arab pun dirujuk sebagai PSI .... nah, siapa yang tak keliru ? !

So ..... PS Cayman ni ada duit tak macam PS Arab ? ADA ...... itulah US$2.7 aset yang JMD sudah kantoikan sebagai tidak wujud !

1MDB bawa masuk US$1 billion dan dapat 40%, PS Cayman bawa masuk airliur dan dapat 60% ?!


Syarikat JV itu - 1MDB Petrosaudi Limited  .....  ( tak disebut pun Cayman !! ) telah didaftarkan di Cayman pada 18 September 2009 .......hmmmm .... Perjanjian JV dengan 1MDB disain pada 28 September 2009 ????

Senang2 PS Arab gunakan sama 1MDB untuk tubuhkan syarikat tanpa persetujuan tuanpunya nama ?

Ada disebut oleh 1MDB dalam artikel menjawab chedet di atas -

These assets were sold by PetroSaudi to another subsidiary, “JV Co”, which at the time of the asset sale, was a company formed by and initially 100% owned by PetroSaudi for the purposes of a proposed joint venture with 1MDB.

OK lah, katanya syarikat JV itu ditubuhkan lebih awal sebagai persediaan awal untuk JV itu. 

Kemudian disebut dalam kontrek PSCayman telah berikan wang pendahuluan sebanyak US$700 juta kepada syarikat JV ( sebelum 1MDB join sama ). Advances = Pendahuluan = Pinjaman ?

PSI is the legal and beneficial shareholder of one billion five hundred million (1,500,000,000) Shares (as defined below) and has provided the Company with advances amounting to seven hundred million US Dollars USD700,000,000)

Apa kata 1MDB mengenai US$700 juta itu ?  -

In return for the USD2.7 billion asset transfer, JV Co had to pay PetroSaudi USD700 million. This indebtedness resulted from the asset transfer. Accordingly, there was no loan made or “to settle”.

Entahlah ...... belit sekali penerangan yang diberi.  Dalam kontrek JV itu ada juga disebut -


Juga ini -

Pinjaman diberi pada 25 September, sain kontrek pada 28 September, 30 September dah kena bayar balik semua ? 

Takkan US$700 juta itu boleh habis dalam masa 5 hari ? Belanja apa ? Siapa yang sain cek ? Kalau masih ada dalam akaun, kenapa tidak keluarkan balik semuanya dan kembalikan saja kepada PSCayman ? Kenapa perlu 1MDB pula yang kena bayar ?  Melainkan duit itu dah tidak ada dalam akaun !

Masuk duit 25hb, 3 hari kemudian buat kontrek suruh bayar balik dalam masa 2 hari lepas sain kontrek ?

Oya, dikatakan ada satu surat tuntutan pada 29 September 2009 ( satu hari lepas sain kontrek ! ) supaya pinjaman itu dibayar keesokan harinya.

Tak ke PELIK semua yang berlaku dalam masa 12 hari antara 18 September - 30 September 2009 itu ?

Rujukan - Matthias Chang - KLiK. dan beberapa artikel lain beliau yang ada sebut 1MDB dan/atau PetroSaudi. Saya tulis mengikut kefahaman saya secara paling ringkas untuk difahami ramai. 

Banyak lagi  PERTANYAAN yang bakal didedahkan bagi mendapatkan PENJELASAN dari 1MDB !

No comments:

Post a Comment