Tuesday, 9 June 2015
Menteri kewangan luluskan, kenapa 1MDB yang jawab?
Menteri kewangan luluskan, kenapa 1MDB yang jawab?
SUARAKAMI 10:35 BLOGGER
Kenapa 1MDB perlu menjawab mengenai pinjaman AS$1.9 bilion (RM7.13 bilion) yang diluluskan Kementerian Kewangan kepada anak syarikat Petrosaudi International (PSI) Limited.
Persoalan ini berikutan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak memberikan jawapan berdasarkan penjelasan daripada pihak pengurusan 1MDB di parlimen 28 Mei lalu.
Soalan ditujukan kepada Menteri Kewangan namun jawapan yang diberi adalah mengikut jawapan dari pengurusan 1MDB. Macam mana Najib ke parlimen tapi bagi jawapan ikut 1MDB?
“Adakah ini akan diberi alasan oleh Menteri Kewangan sekiranya ada yang tidak betul dari jawapan ini?"
“Menteri kewangan yang luluskan pinjaman tersebut, sepatutnya Menteri kewangan tahu apa yang diluluskan beliau. Mengapa 1MDB pula yang menyediakan jawapan untuk Menteri Kewangan.
Atau pinjaman tersebut diluluskan sendiri oleh lembaga pengarah 1MDB tanpa pengetahuan Menteri Kewangan?
Menteri Kewangan perlu menyatakan sebab mengapa pinjaman itu diluluskan sedangkan anak syarikat Petrosaudi itu tidak mempunyai modal berbayar melebihi US$150,000 (RM562,500).
Namun jawapan Najib, ‘Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak pengurusan 1MDB kepada Kementerian Kewangan, pinjaman tersebut diluluskan bagi mengurangkan risiko berbanding dengan pegangan ekuiti dalam syarikat usaha sama tersebut’.
Jawapan yang diberi itu tidak masuk akal kerana ia tidak akan mengurangkan risiko malah menambahkan risiko terhadap 1MDB.
“Sebagai contoh saya pegang ekuiti dalam satu syarikat, segala urusniaga dalam syarikat tersebut perlukan kelulusan dari saya. Saya sebagai lembaga pengarah ada hak dalam syarikat tersebut macam mana nak gunakan AS$1 billion ini.
” Tapi kalau saya tukar jadi pinjaman, saya tidak ada kuasa untuk menghalang atau menghadkan penggunaan wang itu dalam syarikat usahasama tersebut. Ini tidak akan kurangkan risiko, bahkan akan tambahkan lagi risiko,”
Jika apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib Razak itu adalah betul, kenapa pinjaman kepada PetroSaudi ditambah selepas saham diubah kepada pinjaman.
Pada awal pinjaman pertama hanya 1.2 bilion, selepas itu dia beri 500 juta lagi. Selepas itu dia pinjam lagi 330 juta. Jumlah pinjaman adalah 2.03 billion. Jadi kalau mahu kurangkan risiko kenapa pinjamkan semua wang?,
Jika jawapan yang di berikan Najib ini adalah benar dan tepat, maka Malaysia tidak mempunyai pilihan selain menyimpulkan bahawa kita mempunyai Menteri Kewangan yang paling bodoh dan paling tidak berkelayakan dalam sejarah Malaysia.
No comments:
Post a Comment