Monday, 8 June 2015

1MDB tiada risiko pada negara tapi kenapa hutang tak boleh bayar dan rakyat di cukai


1MDB tiada risiko pada negara tapi kenapa hutang tak boleh bayar dan rakyat di cukai


Hutang besar 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendatangkan risiko sistemik kepada ekonomi negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, walaupun wujud persepsi negatif terhadap kerajaan dari segi pengendalian dana pelaburan negara tersebut.

Wahid memberitahu wartawan yang sistem kewangan negara stabil kerana bank mempunyai modal yang baik dan terdapat kecairan yang cukup dalam pasaran.

Beliau juga berkata, Putrajaya sudah bertemu dengan agensi penilaian kredit Fitch untuk menjelaskan langkah yang akan diambilnya dalam menguruskan 1MDB selepas agensi tersebut memberi amaran syarikat itu menjejaskan rating negara dengan hutangnya yang meningkat.

"Tiada risiko sistemik kepada sistem kewangan negara," kata Wahid kepada wartawan selepas menghadiri National Economic Summit ke-2 di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Mac, laman sesawang perniagaan Bloomberg melaporkan Malaysia sedang menghadapi kemungkinan kemerosotan dalam penilaian Fitch akibat perdagangan makin tidak seimbang dan sementara 1MDB bergelut untuk membayar hutangnya.

Bagaimanapun, Wahid berkata dua lagi agensi penilaian kredit, Moody's dan S&P, memutuskan yang Malaysia adalah stabil.

"Kami sudah bertemu penganalisis (untuk menjelaskan isu tersebut) dan kami serahkan kepada mereka. Bagi peranan kami, kami sudah pun bertemu mereka," kata Wahid.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini hangat dikritik berhubung 1MDB dan bagaimana ia mengumpul begitu banyak hutang.

Pengkritik berkata urusniaga dicurigai serta pinjaman 1MDB menjadi sebab kepada masalah syarikat tersebut, dan mengatakan dana awam lama-kelamaan akan digunakan untuk menyelamatkan syarikat itu.

Sementara itu, Wahid enggan memberi komen tentang kejatuhan nilai ringgit yang merudum dari RM3.75 berbanding 1 dollar AS, angka terendahnya dalam 9 tahun.

"Kadar pertukaran akan meningkat dan menurun, tetapi kita akan fokus kepada fundamentalnya, untuk menstruktur semula ekonomi, mengurangkan defisit dan hutang serta mengekalkan lebihan wang dalam akaun semasa," katanya

No comments:

Post a Comment