Najib Mengaku Hutang 1MDB Terlalu Besar Dan 1MDB Perlu Diselamatkan ! ?
Tuesday, May 19, 20151comments
Nah, anda dengar sendiri apa Najib kata mengenai PEMULIHAN 1MDB -
0:31 - Kita percaya bahawa langkah2 pemulihan boleh kita lakukan untuk mengurangkan jumlah hutang 1MDB dan inilah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan. Saya yakin MOF boleh bersama2 memastikan pelan pemulihan itu dapat dilaksanakan walaupun kita berdepan dengan begitu banyak kritikan. Lambat laun kita boleh membuktikan bahawa langkah2 menyelamatkan ataupun memulihkan 1MDB boleh mencapai matlamatnya.
KLiK ke Youtube
Kerajaan mengakui bahawa jumlah hutang 1MDB terlalu tinggi ?
Dan kerajaan sedang melakukan langkah2 pemulihan atau menyelamat ?
Menyelamat ? Adakah 1MDB sememangnya dalam keadaan kritikal ? Menyelamat itu tidak samakah dengan bail-out ?
Dan dari segi apakah peranan MOF atau Kementerian Kewangan dalam usaha menyelamat 1MDB ini ?
Tidakkah sebarang usaha menyelamat yang memerlukan suntikan dana awam perlu juga menunggu hasil siasatan forensik audit terlebih dahulu ?
Saya mohon Najib dapat berterus terang dalam isu ini. Tidak perlu tunggu audit kerana ternyata Najib @ kerajaan TAHU sesuatu yang rakyat tidak tahu.
Itu yang rakyat nak tahu apanya .....
Bukankah era kerajaan LEBIH TAHU sudah berlalu ? Ni apa cerita ni ?
No comments:
Post a Comment