1MDB mungkin gagal bayar satu lagi hutang jangka pendek RM3.6 bilion
SUARAKAMI 21:17 BLOGGER , FEATURED
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd.
1Malaysia Development Bhd (1MDB) dijangka berdepan satu lagi masalah kewangan selepas dilaporkan mengambil hutang AS$1 bilion (bersamaan RM3.6 bilion) dari konsortium 6 bank pada Oktober tahun lalu.
Selepas 1MDB dilaporkan baru-baru ini terpaksa mengambil hutang baru dari hartawan T. Ananda Krishnan untuk membayar hutang RM2 bilion Malayan Banking Bhd (Maybank) dan RHB Bank Bhd, laporan terbaru majalah kewangan antarabangsa International Financing Review (IFR) mengenai syarikat itu.
"Kolumnis (IFR) Jonathan Rogers mengesahkan 1MDB mengambil satu lagi hutang jangka pendek berjumlah AS$1 bilion dari konsortium 6 bank yang diketuai Deutsche Bank yang perlu dibayar balik menjelang September 2015.
"Hutang AS$1 bilion ini dilaporkan diambil 1MDB dalam bulan Oktober 2014 iaitu di tengah-tengah kemelut hutang 1MDB mula mendapat perhatian umum," .
Masalah aliran tunai yang dihadapi syarikat pelaburan negara itu akan menjadi lebih parah tahun ini kerana 1MDB mengambil beberapa hutang jangka pendek bagi memenuhi komitmen bayaran hutang-hutang lain.
"Lebih membimbangkan, hutang AS$1 bilion (yang nilai dalam ringgit akan terus meningkat akibat kejatuhan matawang ringgit) ini diambil dengan syarat ia akan dibayar dalam bulan September 2015 menggunakan dana yang dikumpul dari penyenaraian aset penjana bebas (IPP) 1MDB yang sehingga sekarang terus bermasalah,"
No comments:
Post a Comment