Monday 2 March 2015

PAS MEMERINTAH CINA SINGAPORE AKAN KAYA.

Kelantan Dalam Sejarah: Dari Batu Asas Kepada Batu Nesan, PASKecundang PRNKelantan 1978

Lawan Gang 16
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato  ‘tangan keramat yang menyelamatkan Kelantan dari tergadai’ oleh Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya dalam Pilihan Raya Negeri  Kelantan 1978. Ini kisah di sebalik pidato itu.
Pada 12hb Februari 1978, perintah darurat di Negeri Kelantan telah ditarik balik oleh Yang DiPertuan Agong. Pengumuman tersebut dibuat oleh Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamed selaku Timbalan Perdana Menteri dalam satu perhimpunan di Dewan Perniagaan Cina di Kota Bharu.
Kelantan telah diletakkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) melalui Akta Kuasa-Kuasa Darurat Negeri Kelantan (1977) sejak 8 November 1977, setelah berlaku rusuhan politik di beberapa jajahan di Kelantan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Rusuhan politik itu berpunca dari perpecahan dalaman parti PAS yang memerintah Kelantan sejak pilihan raya 1959.
Pada 1 Julai 1974, Barisan Nasional didaftarkan dan PAS bertanding dalam pilihan raya umum ke empat pada 24hb Ogos 1974 sebagai komponen BN. PAS menang 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, UMNO 13 dan MCA satu. Muhamed Nasir yang mewakili PAS telah dipersetujui oleh BN sebagai Menteri Besar Kelantan ke tiga sejak pilihan raya 1959.
Bagaimanapun, menjelang September 1977, perasaan tidak puas hati pimpinan PAS Kelantan terhadap Muhamed Nasir memuncak. Ini berpunca dari beberapa tindakan Muhamed Nasir yang menimbulkan rasa tidak senang hati ‘gang 16’ termasuk Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri bin Muda dan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi bin Omar. Kedua-dua, Asri dan Ishak Lotfi adalah bekas Menteri Besar Kelantan.
Muhamed Nasir mendakwa ‘gang 16’ menerusi pentadbiran terdahulu bertindak tanpa memperdulikan kepentingan rakyat Kelantan dan beliau berazam untuk memperbetulkan kesilapan lampau PAS itu.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Antara tindakan Muhamed Nasir ialah, menarik balik pajakan tanah hutan seluas 350,000 ekar yang diberikan kepada Syarikat Timber Mines dari Singapura dan juga membekukan pemberian tanah seluas 240,000 ekar kepada syarikat dari Kanada. Kedua-dua pajakan ini telah diluluskan oleh Menteri Besar PAS terdahulu sebelum mereka menyertai BN.
Pada awalnya, PAS Kelantan telah mengarahkan Datuk Haji Muhamed bin Nasir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sebelum 20hb September 1977. Bagaimanapun akibat dari keengganan Muhamed, beliau telah dipecat sebagai ahli PAS dan satu undi tidak percaya telah dibawa oleh Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS ke atas beliau selaku Menteri Besar.
Ini menimbulkan ketegangan di kalangan penyokong kedua-dua belah pihak. Beberapa siri rapat umum dan perhimpunan raksasa telah dibuat di sekitar Kelantan oleh pihak-pihak berkepentingan bagi menunjukkan kekuatan masing-masing dan juga bagi mendapat simpati serta sokongan.
Pada 15hb Oktober 1977, DUN Kelantan telah meluluskan usul tidak percaya kepada Muhamed Nasir. 20 ADUN PAS menyokong manakala 13 ADUN BN dan seorang ADUN MCA bertindak keluar dewan.
Muhamed Nasir sendiri bertindak keluar Dewan dan kemudiannya telah mengadap Pemangku Sultan Kelantan di Istana Mahkota Kubang Kerian. Beliau difahamkan telah menasihatkan supaya DUN Kelantan dibubarkan bagi membolehkan satu pilihan raya negeri di adakan. Pihak PAS juga difahamkan memohon mengadap bagi meminta seorang Menteri Besar baru dilantik dari kalangan ADUN PAS.
Dalam pada itu rusuhan telah tercetus di Kota Bharu. Pihak Polis dengan bantuan Pasukan Pencegah Rusuhon terpaksa melepaskan gas pemedih mata untuk menyuraikan rusuhan. Empat hari kemudian perintah berkurung di isytiharkan.
Ehsan National Library Board Singapore.
Ehsan National Library Board Singapore.
Bagaimanapun perintah berkurung itu tidak dapat meredakan keadaan. Kedua-dua pihak terus mengambil kesempatan untuk mengadakan provokasi terhadap satu sama lain. Pada malam 22hb Oktober 1977, rumah bekas Timbalan Menteri Besar telah diserang perusuh menyebabkan beliau terpaksa melepaskan tembakan amaran.
Pada 8hb November 1977, YAB Perdana Menteri, Datuk Hussein bin Onn telah membentangkan Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 di Dewan Rakyat. Rang undang-undang tersebut telah dibahaskan selama hampir tujuh jam oleh lebih 20 orang ahli Yang Berhormat. Akhirnya ia dibawa untuk pengundian dan diluluskan dengan 118 menyokong manakala 18 ahli menentang.
Mulai tarikh tersebut, Pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan di letakan dibawah kuasa seorang pegawai persekutuan. Perdana Menteri telah melantik Encik Hashim bin Aman selaku pengarah MAGERAN. Perdana Menteri juga meminta Datuk Haji Muhamed bin Nasir untuk terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar. Muhamed Nasir telah menubuhkan sebuah parti politik baru bernama BERJASA yang turut disertai oleh penyokong-penyokongnya dari PAS.
Dengan penarikan balik perintah darurat pada 12hb Februari 1978, Encik Hashim bin Aman telah menandatangani surat perletakan jawatannya sebagai Pengarah MAGERAN dan menyerahkan tangungjawab mentadbir negeri sepenuhnya kepada Haji Muhamed Nasir, selaku Menteri Besar.
Pada 13hb Februari 1978, Pemangku Sultan telah berkenan membubarkan DUN Kelantan atas nasihat Menteri Besar. Suruhanjaya pilihan raya kemudiannya menetapkan hari mengundi bagi pilihan raya negeri Kelantan pada 11hb Mac 1978.BH 14Feb1978-1
Pilihan raya Negeri Kelantan melihatkan pertandingan sengit di antara PAS, BN dan BERJASA.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan bahawa BN dan BERJASA akan bergabung untuk menubuhkan kerajaan campuran sekiranya PAS gagal mendapat majoriti.
Seramai 321,669 penduduk Kelantan layak membuang undi. Pilihan raya negeri ini amat penting untuk PAS dan juga UMNO. PAS Kelantan yakin akan dapat mempertahankan kerajaan dan percaya krisis dalaman parti ini tidak akan menjejaskan peluang parti tersebut. Sebaliknya PAS mengharapkan keputusan cemerlang bagi membantu mengukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Kedah, Perlis dan Terengganu.
UMNO pula berdepan dengan ujian yang akan menunjukkan sikap orang-orang Melayu terhadap parti itu terutamanya setelah kes pecah amanah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun bin Idris dan pergolakan politik yang melibatkan Menteri-Menteri Besar dan Ketua Menteri di Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Melaka. UMNO mensasarkan BN akan memenangi 18 kerusi, penambahan 4 kerusi dari yang dimenanginya dalam PRU 1974, ketika PAS bersama BN. Bagi menubuhkan kerajaan, UMNO amat bergantung kepada prestasi BERJASA.
Akhirnya pengundi-pengundi di Kelantan telah membuat keputusan yang melihat PAS tersingkir dari tampuk kuasa setelah 20 tahun memerintah Kelantan. Keputusan pilihan raya negeri 11hb Mac 1978 menyaksikan BN memenangi 23 kerusi dan Berjasa 11 di dalam DUN yang mempunyai 36 kerusi.NST 13mac1978-1
PAS hanya memperolehi dua kerusi seolah batu nesan untuknya, satu untuk kepala dan satu untuk kaki jenazah parti PAS.
Pengerusi BN, Datuk Hussein Onn mengumumkan BN akan menubuhkan kerajaan campuran dengan parti BERJASA. Tan Sri Mohamed Yaacob atau lebih popular dengan panggilan ‘Ayah Mat’ dari UMNO telah dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru. Datuk Haji Mohamed bin Nasir pula telah di lantik sebagai senator dan menjadi Menteri dalam Kerajaan Persekutuan.
Yang Dipertua PAS, Datuk Mohamad Asri pula mengumumkan perletakan jawatan enam pimpinan PAS Kelantan termasuk pesuruhajaya PAS Kelantan, Datuk Ishak Lotfi.
Sehingga hari ini, peminat politik Kelantan yang pernah melalui detik-detik bersejarah ini pasti akan mengingati pidato Haji Muhamed Nasir sambil menggenggam penumbuknya,
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 - 1978.
Datuk Muhamed bin Nasir, Menteri Besar Kelantan, 1974 – 1978.
“Tangan keramat inilah yang selamatkan Kelantan dari di gadai…” kata Muhamed Nasir merujuk kepada kerakusan pentadbiran PAS terdahulu memberikan pajakan tanah hutan dan lombong kepada orang asing.
“Saya adalah sebahagian dari rakyat, dan bersama dengan rakyat kita akan hancurkan anasir-anasir jahat ini,
“Setiap inci Negeri Kelantan adalah milik rakyat Kelantan dan hendaklah digunakan untuk manfaat rakyat,” kata bekas Menteri Besar itu.

No comments:

Post a Comment