Friday, 6 February 2015

RELEVANKAH HUKUM HUDUD DI MALAYSIA?.

RELEVANKAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA?

DISKUSI SEMASA
RELEVANKAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA?
24/OKTOBER/2011

BERSAMA;
Dr. Maszlee Malik  ( Pensyarah Bahagian Fiqh dan Usul, UIAM
Dr. Siti Zubaidah bt. Ismail. ( Pakar Syariah dan Undang-Undang UM)

9.15 MALAM
DEWAN KULIAH UTAMA(DKU) API.

Moderator : Sdr. Hawari.

DSZ – Moderator -- DMM

Soalan pertama kepada DSZ

Takrif hukum hudud:

Hudud : Had atau limitasi. Para fuqaha yang mengkategorikannya sebagai hudud kerana ada Nas dan Hadis kerana ada potensi yang boleh dilaksanakan oleh manusia di muka bumi Allah.

Takzir : Memberi Rasuah.

Hadis : Laknat Allah ke atas pemberi Rasuah.

Hudud merupakan bentuk hukuman/ 3uqubah. Hukuman bagi kesalahan2 tertentu. Contoh potong tangan bagi kesalahan mencuri.

Hukum Hudud Lain,
  • Potong tangan.
  • Sebat 100 kali
  • Rejam
  • Sebat bagi kesalahan qazaf.
  • Sebat bagi kesalahan minum arak.
  • Bunuh bagi kesalahan bughah(memberontak).
  • Hukuman bunuh bagi kesalahan murtad.
Kenapa ia disebut di dalam hadist Nabi SAW?
Ia adalah haq Allah dan kita mesti tunaikannya. Ia juga bermaksud kesalahan dan kerosakan itu membawa mudharat kepada masyarakat.

Contohnya mencuri yang menyebabkan kecurian harta benda, ketakutan terhadap diri dan harta dan sebagainya.
Sebelum hukuman dijalankan ke atas pesalah, ada syarat2 dan elemen yang perlu dipenuhi sebelum menjatuhkan hukuman tersebut.

Hudud bukan dilihat sebagai sesuatu yang kejam dan zalim ,tetapi semua elemen itu diteliti dan difahami sebelum pelaksanaannya dijalankan.

Soalan kepada DMM,
Adakah hukum hudud itu perlukah dilakukan secara berperingkat-peringkat atau secara keseluruhannya?
TUNISIA
Semalam berlaku pilihanraya di Tunisia selepas Revolusi Arab. Keputusan secara tidak rasmi menunjukkan parti Islam (An-Nahdah yang diasaskan oleh Rashed Ghannoushi) akan memenangi.

Menarik tentang parti An-Nahdhah diketuai oleh pemimpinnya yang tidak memakai tudung. Parti yang telah  mengalami banyak titik hitam dijangka akan menang.

MESIR

Party Huriyat dan Adalah juga tidak membawa motif utamanya, iaitu menegakkan hukum hudud, dikatakannya kerana hukum hudud akan datang secara semulajadi.

DMM menceritakan lebih lanjut tentang parti Salafi dan beberapa parti yang bertanding di Mesir selepas kejatuhan Hosni Mubarak.

Indonesia

Begitu juga PKS, tiada di dalam agenda mereka untuk melaksanakan hukum hudud.

Hudud relevan tak di Malaysia?

Hudud sentiasa relevan sepanjang masa. Malik Imtiyaz pun mengatakan ini ialah hukum Quran. Begitu juga Salim Faruqi.

Ada dua isu tentang perlaksanaan di Malaysia.

Iaitu mekanisme dan cara pelaksanaannya. Dalam kerangka  ‘ legal framework Malaysia ‘ , hudud susah dilaksanakan.

Di dalam PAS, isu hudud menyebabkan sayap ulama PAS bergiat/aktif semula selepas idea Negara Berkebajikan. Ini mencerminkan perlumbaan kuasa di dalam PAS itu sendiri di antara golongan golongan reformist dengan golongan traditionalist di dalam PAS.

Relevan tak relevan, itu bergantung kepada political will.

PAS tidak mampu untuk menjadi badan dominan di dalam Barisan Alternatif.

Contohnya,

Di Jepun, jenayah agak rendah. Begitu juga di UK. Lihat juga contoh di Scandinavian Country, jenayah juga rendah.

Berbanding dengan Indonesia yang pengamalan agamanya kuat tetapi tidak inginkan hudud, berbanding dengan Malaysia yang pengalaman agamanya longgar tetapi inginkan hukum hudud dilaksanakan, ini kembali kepada keselamatan.

Nabi di dalam Sahih Muslim di dalam Kitab al-Fitan, nabi memuji 5 sifat terpuji mereka.

Di UK, polis mereka lebih efisien dan keselematan mereka lebih ketat. Negara yang good-governance itu negara yang lebih bagus.

Dalam tempoh 20 tahun, kenapa Bandar Kota Bharu tidak menjadi mesra-disable dan tidak menjadi bandar yang bersih.

Sepatutnya itu lebih diutamakan terlebih dahulu berbanding cadangan perlaksanaan hukum hudud?

Kita tidak beriman dengan pemikiran modernity ( the end of history). Kita beriman bahawa negara itu sentiasa ada didalamnya amar-makruf dan nahi mungkar. Di dalam Islam tiada kemuncak di dalam perkembangan sesuatu. Itu hanyalah pemikiran Kristian-Evangelis. Islam menghormati kewujudan agama lain dan tugas kita membawa rahmat ke seluruh alam.

Adakah Islam itu hanya pada ruang kekuasaan sahaja, ruang hukuman sahaja, atau melingkupi semuanya.

 Soalan kedua, adakah kita sudah bersedia untuk hukum hudud?

DMM,

Negara-negara yang menjalankan hukum hudud merupakan negara yang korup. Tanpa good-governance, rules of law yang baik, ia akan membawa fitnah yang buruk kepada hukum hudud itu sendiri.

Apabila majoriti inginkan pelaksanaan hukum hudud, bila nakkan majoriti, kita perlukan kebebasan media, kena ada demokrasi dan perdebatan idea yang banyak. Bagaimana majoriti ingin membuat keputusan tanpa mendapat pencerahan terhadap isu itu dengan jelasnya?

Bila kita inginkan perlaksanaan hukum hudud, maka kita juga kena bersedia untuk mendengar kritikan terhadap hudud itu sendiri daripada orang bukan Muslim. Kita tidak memberitahu peluang dan menutup suara orang bukan Muslim di negara kita. Kita tidak yakin dengan idea kita dan orang juga tidak yakin dengan idea kita.

Soalan ketiga, siapa yang bertanggungjawab untuk memutuskan hukuman tersebut kepada pesalah?

Soalan seterusnya, adakah sudah ada enakmen pelaksanaan hukum hudud itu sendiri?

DSZ,
Sebenarnya ramai yang tidak tahu, perlembagaan Malaysia tidak melarang kepada pelaksanaan hukum hudud. Yang menjadi halangannya, ialah Akta Mahkamah Syariah 1984.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2 1993 Negeri Kelantan dan 2001 Negeri Terengganu, ia telah diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan dari Akta Mahkamah Syariah 1984.

Dari segi pengkanunan Undang2, kita sudah ada Enakmen yang telah dibenarkan oleh Mahkamah Syariah. Contohnya penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum arak. Begitu juga di Pahang bagi kes Kartika Dewi.

Hudud Allah dalam erti kata yang luas.  Apabila kebajikan rakyat dijaga, atau pun apabila perkara-perkara basic itu telah dicapai, maka akan berlaku kesedaran di kalangan rakyat dan akhirnya hukum hudud itu akan datang secara semulajadi.

 Rahmat Allah ke atas sesuatu negara itu lebih penting.

Kita sepatutnya sebagai muslim memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah.

Paling penting kita sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukum Allah di dunia ini.

Ada 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang ingin diselaraskan di Malaysia tetapi gagal kerana ia masih belum mencapai kata sepakat atau perbincangan yang penuh. Ada negeri yang ada Enakmen Mahkamah Syariah tetapi ada yang tiada.

Contoh termudah di Kuala Lumpur sendiri.

Kita masih jauh lagi di tahap untuk melaksanakan hukum hudud. Lihat sahaja kekurangan yang ada dan kritikal pada Jabatan Agama. Contoh Mekanisme dan Modul Taubat masih tiada.

Fikri
Alhamdulilah. Selesai.

No comments:

Post a Comment