Friday, 6 February 2015

MENGAPA HUKUM HUDUD MASIH BELUM SESUAI DILAKSANAKAN DIMALAYSIA

Mengapa Hukum Hudud Masih Tidak Boleh Dilaksanakan Masa Ini Umno Pas Pkr Dap49 comments Sebelum saya memperkatakan hudud dengan lebih lanjut, eloklah kita mengambil pengertian Hukum Hudud dalam Kanun Jenayah Islam ini terlebih dahulu.

Hukum Hudud ertinya hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH dalam Al Quran dan Hadis kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya. Seperti, hukum potong tangan kepada pencuri, hukum dipancung kepala ke atas orang yang tinggalkan sembahyang tiga waktu berturut-turut sesudah dinasihati, hukuman sebat kepada pembuat fitnah, hukuman rotan 80 kali kepada peminum arak, hukuman rejam sampai mati kepada penzina yang sudah pernah berkahwin dan rotan 100 kali kepada penzina yang belum kahwin, dll.

Hukum Ta'zir ialah hukuman ke atas kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadar seksanya oleh ALLAH. ALLAH hanya memulangkannya kepada kebijaksanaan tuan hakim untuk menetapkannya. Dengan syarat pesalah diberi malu sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Contoh-contoh hukum ta'zir ialah diarak keliling bandar dengan diconteng mukanya, dipenjarakan, dipamerkan dengan diikat di tiang tempat orang lalu lalang umum, didenda duit atau disuruh buat kerja berat, dsb.nya

Manakala hukuman qisas iaitu membunuh dibalas bunuh, luka dibalas luka, dsb.nya. Walaubagaimanapun, pemberian maaf oleh pihak yang dizalimi boleh diterima mahkamah dalam perkara ini. Demikianlah erti hukum jenayah Islam itu, bahkan kesalahan-kesalahan yang sudah ditetapkan hukuman itu pun, jika tidak cukup syarat untuk dilaksanakan hudud ke atasnya, maka ia dikenakan hukum ta'zir atau terus dibuang kes. Baik.

Kita telah mengetahui akan pengertian hukum2 jenayah dalam Islam tersebut yang wajib kita imani. Seterusnya... kita kena jawab 4 soalan, seperti kata orang putih.. ‘What’s to do, Where, When and How to do it?” Persoalan 'What and Where', tak perlu tanya lah!. Semua orang tahu, sampai yang tak tahu agamapun, nak menyibuk juga... sampai gempak2 satu negara! Tetapi bila diperkatakan ‘When’ atau bila untuk dilaksanakan, ia mesti membabitkan masa yang dikira sesuai!.

Samada nak buat sekarang juga (sebab Islam tuu dah 1425 tahun – seperti dakwa Orang PAS!), atau nak tangguh dahulu! (kata orang ARQAM, sebab iman kebanyakan orang.. dok menonggeng nyiur sekarang!) Nak tolak terus (sebab tak relevan dengan kehidupan moden, because it's barbaric!), tak boleh! Nanti jatuh kafir! Lihat punya lihat.. terdapat dua keadaan masyarakat yang boleh dan tak boleh menerima pakai hudud ini.

Iaitu pada ketika masyarakat telah baik, atau dalam masyarakat yang jahat. Sudah pasti apabila hudud dilaksanakan pada dua situasi masyarakat tersebut, akan menghasilkan natijah yang berbeza. Masyarakat yang baik (majoriti masyarakat iman berada pada tahap tinggi) sudah pasti memiliki akhlak yang baik dan faham akan hakikat ujian yang didatangkan oleh Allah SWT.

Hukum Hudud yang dilaksanakan pada masyarakat yang seperti ini mendatangkan suasana yang harmoni, aman damai dalam masyarakat. Sedang masyarakat yang jahat (majoriti beriman taqlid/ilmu) memilikki pekerti yang kasar, bengis, pendendam, tidak sabar, tidak redha dan hidup dalam resah gelisah dan gundah gelana sepanjang masa.

Jika hukum Hudud dilaksanakan pasti mencetuskan bala, sumpah seranah, berteriak2 macam orang gila, tidak redha, dsb.nya. Ringkasnya, masa yang sesuai dilaksanakan hudud, ialah pada ketika 'geraf iman' keseluruhan masyarakat berada pada tahap tinggi.

Selepas segala benih2 kebaikan telah disemai, dan semua punca2 kejahatan telah dihapuskan. Dan, kita faham... baik atau jahat sesebuah masyarakat itu bergantung kepada usaha ‘Dakwah dan Tarbiah’ yang dijalankan dalam masyarakat secara giat, berterusan dan istiqamah.

Apa sokongan yang mengatakan, hudud hanya boleh dilaksanakan dalam masyarakat yang baik?. Dalilnya (sebagaimana kata Abuya dalam bukunya ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam):-

1) Mengapa Allah SWT menurunkan ayat2 Al Quran kepada Rasul-Nya secara beransur2 dan tidak sekaligus? Mengapa didahulukan ayat2 Makkiyah dari ayat-ayat Madaniyah? Mengapa pula Rasulullah SAW tidak mulakan perintah “jangan kamu berzina” dan “jangan kamu minum arak”,

Mengapa ayat tentang perintah sembahyang pun turun sesudah sebelas tahun kenabian? Semuanya kerana iman belum masuk ke dalam benak dan sanubari kalbu mereka. (Belum baik lagi la.. tuu!) Mereka belum beriman dan belum taat kepada ALLAH.

Cinta dulu baru datang taat. Tanpa cinta orang tidak akan taat sekalipun pada kedua ibu bapanya. Mereka umat jahiliah yang masih sedap dengan amalan zina dan meminum arak jika terus ditegah nescaya mereka akan menolak seruan Islam itu!.

2) Berkata Hukama’, "Mencegah lebih baik dari mengubat". Mencegah sebelum kena, mengubat selepas kena. Mencegah dengan pendidikan, mengubat dengan Akta, Penjara, Hudud, dll.

Kita belum didik mereka lagi, belum beri faham dengan iman dan Islam... dah nak potong tangan mereka!. Ini yang tak relevan!. Sebab kebanyakan orang yang derhaka kepada ALLAH ini, bukan kerana sengaja, tetapi kerana mereka terbiar!. Tidak diberi faham dan dididik dengan Iman dan Islam, dengan wahyu dan sabda Nabi, secara dekat, serius dan berterusan. Sedang Allah minta kita lakukan 'amar makruf' dulu, kemudian barulah 'nahi mungkar'.

Bukannya ghairah sangat hendak menghukum penjahat sedangkan usaha2 mengajak kepada kebaikan tidak diberi perhatian serius. Kalau dibuat pun cuma untuk lepas tangan. Hasil yang sepatutnya dicapai tidak diambil berat sangat. Saya kira kalau bukan dengan kepentingan politik dan duniawi, kejadian ini tidak berlaku. Sebab orang yang benar2 mencari keredhaan ALLAH tidak akan memilih2 hukum ALLAH. (Hah!.. ini kes berat ni!!)

Islam tidak menyuruh kita menyeksa orang tetapi kita disuruh mengusahakan agar orang jadi baik lebih dahulu. Seksaan hanya dibenarkan ke atas orang yang nyata sengaja merancang dan melaksanakan kejahatan setelah melalui proses dakwah dan tarbiah secara serius dan berterusan.

3) Mengapa Talak Perceraian beransur2 setakat 3 kali? Macamlah seorang yang berhadapan dengan isteri yang derhaka, menceraikannya bukanlah jalan awalnya. Menjatuhkan talaq hanya mungkin sesudah segala usaha2 damai tidak berkesan.

Alangkah kejamnya seseorang yang menceraikan isteri sebelum berusaha mendidiknya. Dan lebih2 lagi kejam jika seorang lelaki yang belum pun kahwin atau baru saja kahwin sudah berfikir bagaimana hendak ceraikan isteri kalau si isterinya itu jahat. Hal ini samalah halnya dengan orang yang baru saja dapat negara atau belum pun dapat negara itu lagi tetapi sudah berfikir macam mana hendak hududkan rakyatnya. Saya yakin dalam Islam, bukan itu caranya. Islam agama selamat. Kedatangannya menyelamatkan umat.

4) Mengapa perlu ada tertib perlaksanaan – Fardhu Ain, Fardhu Kifayah, Sunat Ain, Sunat Kifayah, dll. Mengapa pejuang2 Islam hari ini ghairah sangat hendak tegakkan Hukum Hudud, sebelum hukum2 fardhu ain dan fardhu kifayah yang lain, yang lebih utama, belum dapat dipraktikkan sungguh2 oleh masyarakat. Lebih2 lagilah sepatutnya kebaikan2 itu mesti ditegakkan dulu dalam jemaah Islam.

Kalau makanan asas pun masih diperolehi dari kedai2 bukan Islam (kerana jemaah tidak mampu buka kedai runcit, restoran, klinik bidan, dll) maka jangan diharapkan lah jemaah itu akan benar2 diyakini dan menjadi contoh atau 'role model' kepada masyarakat umumnya.

Selanjutnya Abuya Sheikh Iman Ashaari Muhammat At-Tammimi telah mendefinasikan hudud sebagai, “Hukum Allah yang dilaksanakan dalam masyarakat yang baik, untuk menjaga kebaikan dalam masyarakat, daripada dirosakkan oleh orang2 yang tak makan di ajar”. Ada 2/3 perkara di situ yang memerlukan huraian lanjut:-

a) Apa itu masyarakat yang baik?. Iaitu masyarakat yang telah diproses iman dan takwa mereka. Telah dididik, diasuh dengan istiqamah dan mengenal Allah dengan hati, bukan dengan akal. Takut bukan dibuat2, tetapi apabila disebutkan nama Allah, hati gementar dan berdebar2, dan apabila dibacakan ayat2 Allah, lantas tunduk menyerah diri tanpa cakap banyak dan berdalih2 lagi. Ciri2 kehidupan adalah sabar, pemaaf, redha denga takdir, tamak kepada berbuat kebajikan, dsb.nya.

Masyarakat seperti ini, kalau disuruh tapi tak dibuat, tidak dikira kita berlaku zalim lagi. Sebab dah diperjelas dengan lengkap batas2 iman dan rukun2 Islam yang lain. Tetapi jika masih berlaku jahat.. ini jenis manusia tak makan diajar! Hah!.. inilah orang yang berisiko besar dikenakan hudud! Tentunya manusia jenis ini tidak ramai lagi kedapatan dalam masyarakat jika proses dakwah dan tarbiah telah selesai. (Pada jenerasi yang lain itu, lain pulalah penekanan dakwahnya).

b) Menjaga kebaikan dalam masyarakat. Masyarakat yang baik kehidupan rohani dan jasmani, sudah tentu dapat mencipta Tamadun Lahir dan Batin yang menyeluruh. Tamadun yang terhasil dari dorongan syariat dan sifat taqwa, yang berjalan seiring dengan ibadah seharian. Tamadun Islam yang tercetus bukan dari akal fikiran dan nafsu manusia yang bersifat tamak haloba. Dan bukan dari hati yang ‘tiada kontak’ (berzikir 24jam) kepada Allah SWT.

Seperti juga pembentokan iman, iman yang dibina kena ada benteng kawalan. Kalau tidak asyik runtuh saja.. tak ke bodoh punya kerja!. (Elok2 selepas Ramadhan, terbalik fail pulak!.. dan sehingga Ramadhan yang satu lagi.. dok tangtu, tak meningkat2.. seperti dari iman taqlid, ke iman ilmu, iman ayan, iman hak dan iman hakikat.

Peringkat iman ayan ke atas sahaja yang kita selamat dari neraka! Waliyazubillah!). Maka, begitu juga tamadun lahir dan batin yang dibina dengan susah payah melalui ‘muhajatunnafsi’, mesti ada benteng penahannya dari roboh!. Benteng itulah hudud! Sebab tidak semua kejahatan boleh diselesaikan dengan pendidikan.

Hudud hanyalah sebagai langkah penyelesaian terakhir, apabila semua langkah tidak berkesan Apa yang nak ditekankan di sini, ialah kebaikan2 yang tercetus (tamadun lahir dan batin yang dibina) mesti diadakan/diwujudkan terlebih dahulu, baharulah dibuat peraturan menjaganya, iaitu Hudud!.

Sepertilah orang semai benih tanaman. Setelah disemai, baharulah buat pagar untuk mengelak dari musuh tanaman. Orang tak buat pagar dahulu, baharu semai benih! Seperti juga buat pagar dahulu, baharu buat banglo! Tetapi harus diingat, kalau buat pagarpun sedang lembu2 masih liar dan banyak, tentu dengan pagar2 akan tercabut dirempuh!.

Lebih baiklah kita didik dahulu lembu2 itu, diberi faham bahasa manusia. Dan selepas itu, kalau tak buat pagarpun, tak apa. Nescaya lembu2 akan balik semula ke kandang sendiri apabila tiba hari petang. ‘Point’ kat sini ialah, kita proses dahulu masyarakat dengan ‘Dakwah dan Tarbiah.’ Supaya kalau adapun penjahat jenis tak makan ajar, tidaklah ramai sangat!.

Di kala itu, kalau dia buat jahatpun, terasa dia seorang sahaja yang jahat, dan malu kepada masyarakat yang kebanyakannya sudah baik. Dia akan ambil pengertian sendiri dan mendalam apabila hudud dikenakan ke atasnya. Insyaallah! Lagi pula, kalau sedikit sahaja penjahat yang masih tinggal, hukuman hudud dapat berfungsi dengan baik. Tetapi kalau penjahatpun masih ramai dalam masyarakat, hukuman hudud sendiripun tak boleh nak kontrol penjahat2 nii!.

Seperti juga hukum gantung sekarang, mana orang nak kisah! Tetapi yang pasti, orang2 kaya yang bakhil, bertambah2 kaya dan bongkak lagi sebab perampok2 tak berani nak ‘sakat’ harta benda mereka!

c) “Orang2 Yang Tak Makan Dek Ajar” Perkara ini sepertilah nak menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Mana boleh basmi kemiskinan 100%!. Sedangkan Allah SWT sengaja adakan kaya dan miskin untuk saling berinteraksi dan buat pahala kebajikan antara mereka. (Sila lihat ‘Falsafah Kemiskinan Dalam Islam’. Maaf!. Belum siap lagi).

Demikian juga dengan dakwah dan tarbiah. Secanggih mana sistem pendidikan yang ada, mesti ada jenis ‘orang yang tak makan di ajar’. Ini perkara yang tak boleh di`set’ oleh kita sendiri, tetapi yang penting tanggungjawab kita untuk mendidik dengan penuh hikmah dan kasih sayang telah terlaksana. Nak jadi hantu atau orang, itu diluar bidang kuasa kita manusia.

Yang penting, jangan kita terhukum zalim apabila mengarahkan dia dipotong tangan! Ini tidak!. Belum dididik habis lagi, dah disuruh orang potong tangan kerana mencuri. Seperti juga kita bagi penampor kat anak kita kerana bermain api, sedang kita tak pernah bagi faham habis kat dia bahawa api itu bahaya. Tak ke niaya si anak!.. dan kita pulak dikenal orang sebagai ‘sewel tak betul jalan’.

Kalau berlaku pada ‘public figure’, tak ada wibawa jadi pemimpin langsung!. O.K!. Apabila disebut ‘orang tak makan dek ajar’, maknanya sudah habis ikhtiar kita nak didik dia. Last2 jadi jahat jugak!. Orang seperti ini, kalau dipenjara dan dirotan sekalipun, pasti tidak serik!. Nak serik macamana kalau dia tenggok orang lainpun serupa macam dia!. Tinggal saja lagi dia tak bernasib baik ditangkap Polis!.

Ini perkara psikologi, dan perkara batin ini kita rujuk kepada Allah SWT bagaimana nak selesai. Akal kita manusia tak mampu nak ‘baca hati manusia’ dan fikir perkara yang halus2 seperti ini. Mari kita lihat bagaimana Allah SWT menangani masalah ini secara psikologi. Untuk itu, saya ambil sahaja petikan dari buku Abuya ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud dalam Islam (F&PHDI)’.. sebab malas nak fikir2 dan tulis! Just download dari internet, copy dan edit!

Firman Allah SWT yang bermaksud, "Sesungguhnya dalam qisas itu ada kehidupan, wahai orang yang mempunyai akal." (Al Baqarah: 179) Ukuran kadar hukuman yang ALLAH tentukan itu boleh menghidupkan jiwa dan fizikal manusia. Proses terjadinya perkara itu ialah begini: Hidupnya jiwa dan fizikal ialah bilamana seseorang yang telah dijatuhkan hukuman tiba-tiba dimaafkan oleh pihak yang menuntut bela itu.

Mulanya pesalah sudah kecewa sekali apabila nyawanya akan hilang atau tangannya akan dipotong. Waktu itu jiwa sudah mati sebelum fizikalnya betul-betul dimusnahkan. Tetapi dalam ajaran Islam, biasanya dan sepatutnya, pihak keluarga yang menuntut bela akan rasa bersalah untuk membenarkan mahkamah benar-benar menjalankan hukuman yang berat itu kepada pesalah.

Kerana orang yang bertaqwa itu sangat suka memberi maaf kerana inginkan keredhaan ALLAH. Walaupun mereka juga telah disusahkan oleh pesalah, yang mana patut pesalah juga disusahkan, tetapi si mukmin tidak punya sifat pendendam. Cukuplah pesalah diseksa dengan pembicaraan dan mendengar hukuman yang berat padanya itu. Itupun sudah menyeksakan.

Maka atas pertimbangan itu, pihak yang mendakwa sudah dapat menerima bahawa taqdir yang berlaku adalah ujian ALLAH untuk mereka. Tentu hikmah ALLAH cukup banyak dengan menimpakan kemalangan itu pada mereka. Kalau mereka membalas dendam, ertinya mereka tidak faham maksud baik ALLAH melalui kesusahan itu. Dan menolak peluang mendapat pahala memaafkan, yang amat besar di sisi ALLAH.

Dengan itu akhirnya, seperti yang selalu terjadi dalam sejarah Islam di zaman salafussoleh, pesalah dimaafkan oleh pihak keluarga yang mendakwa. Dalam Islam, pemberian maaf diiktiraf oleh mahkamah terhadap kesalahan sesama manusia. Yakni hukuman ditarik balik. Kalau kena juga cuma hukuman ta'zir yang agak ringan. Apabila pesalah mengetahui yang ia diberi maaf oleh orang-orang yang dia telah bersalah, jiwanya yang mati tadi hidup kembali bersama keinsafan yang mendalam!.

Kalau tadi, dia tidak menangis tetapi seelok dimaafkan pasti dia menangis. Kalau mata tidak berair tetapi hatinya hancur oleh keharuan dan kekesalan. "Aku telah menzalim orang-orang yang cukup baik padaku. Aku telah menyeksa mereka tetapi mereka telah memulangkan nyawaku, tanganku dan kehormatanku.

Mereka telah membela keluargaku dari kehilangan aku dan akibat-akibatnya. Aku insaf wahai Tuhan. Aku bertaubat dan aku berjanji untuk menyelamatkan orang-orang yang telah menyelamatkan aku ini." Demikian lebih kurang hati manusia akan berbicara terhadap dirinya di saat-saat ia dilepaskan dari kematian dan kesusahan yang sudah pasti. Itulah kehidupan yang ALLAH maksudkan. Kata-kata inilah yang dinanti-nanti oleh ALLAH dari hamba-hamba-Nya melalui hukum hudud itu.

Alangkah baiknya ALLAH kerana memberi perhatian kepada hamba-Nya yang bersalah untuk dibaiki-Nya. Jika tidak begitu, si hamba akan dibiarkan untuk hidup dibenci dan mati diseksa. Inilah rawatan psikologi yang diberikan oleh Allah SWT sebagai langkah penyelesaian paling akhir yang patut diberikan kepada seseorang penjahat setelah segala cara2 lain tidak lagi boleh mendidiknya.

Dan perkara ini hanya berlaku dalam masyarakat yang telah terbina iman dan takwa mereka, bukan kepada masyarakat yang rosak akhlak dan bersikap kebendaan. Sementelahan pula hari ini, mana ada hati yang rela memaafkan kesalahan orang lain. Hati umat Islam sudah dirosakkan oleh sekularisme hingga mereka tidak mahu merebut pahala memberi maaf yang sangat ALLAH anjurkan itu.

Sedangkan hukum hudud yang ALLAH turunkan itu ialah kepada masyarakat yang hatinya sudah cinta Akhirat lebih dari cinta dunia. Mereka mengharap untung Akhirat lebih dari kepuasan dunia yang sementara itu.

Sebab itu bila ada orang bersalah pada mereka, mereka mampu memaafkannya. Hasil dari itu pula pesalah turut diselamatkan dari terus jadi jahat. Itulah maksud hudud yang sebenarnya. Maha bijaknya ALLAH, menyembunyikan hukuman yang begitu besar di sebalik kesusahan yang ditentukan-Nya.

Benarlah firman-Nya, "Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya bersama kesusahan itu ada kesenangan." (An-Nasyarah : 5-6) Babak sedih di atas, tak osah mimpilah berlaku dalam masyarakat yang rosak iman dan akhlak.

Saya suka mengambil satu lagi contoh hudud dari sejarah Islam, supaya kita boleh sama2 berfikir samada kebaikan atau natijah yang sama boleh berlaku dalam masyarakat kita, zaman jahiliah kedua ini! Iaitu kisah seorang musafir yang dihukum mati disebabkan kesalahan membunuh, berpunca dari kematian seekor unta. (Kisah menyayat hati ni biasa kita dengar dalam ceramah2 PAS. Tetapi ‘finishing’ atau natijahnya tak dibuat dengan betul!) Sekali lagi, saya ambil cerita ini langsung dari buku Abuya, ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam’.

Kisah ini berlaku pada zaman pemerintahan Sayidina Umar Al Khattab. Ada seorang lelaki bernama Hassan dalam perjalanan musafir telah singgah berehat di bawah sepohon pokok di sebuah kampung. Semasa Hassan tertidur, unta tunggangannya telah merayau-rayau ke kebun tanaman penduduk di desa tersebut.

Tuan punya kebun telah membaling unta hingga mati unta itu. Apabila Hassan terjaga dan didapati untanya sudah mati, maka dalam keadaan yang masih tidak normal (kerana baru bangun tidur), ia terus membunuh lelaki yang membunuh untanya itu. Hassan menyerah diri dan ia dibawa ke mahkamah yang tuan hakimnya ialah Sayidina Umar sendiri. Hassan dikenakan hukuman bunuh.

Hassan menerima keputusan itu, cuma beliau membuat rayuan agar ia dibenarkan pulang ke kampungnya untuk selesaikan urusan hutang dan memberitahu ibu bapanya yang sudah tua serta anak isterinya. Sayidina Umar tidak boleh membenarkan kecuali ada orang yang bersedia menjadi penggantinya sekiranya Hassan tidak datang lagi untuk dihukum. Kerana simpati dengan Hassan, ada seorang Sahabat yang merelakan dirinya untuk menjadi pengganti Hassan.

Maka pulanglah Hassan ke kampungnya untuk mengucap selamat tinggal pada keluarganya. Selesai bertemu dengan mereka, bersegeralah beliau berangkat untuk menerima hukuman bunuh. Oleh kerana perjalanan jauh, tali ras kudanya putus. Hassan hampir terlewat sampai pada tarikh yang dijanjikan. Sayidina Umar telah bersedia untuk menghukum Sahabat yang menggantikannya tadi.

Tetapi sebelum kejadian itu berlaku, Hassan tiba-tiba muncul. Suasana sungguh mengharukan. Terharu dengan kejujuran Hassan, keluarga orang yang kena bunuh telah berlembut hati, lalu memaafkan kesalahan Hassan. Maka tuan hakim menerima pemberian maaf dan membebaskan Hassan dari hukumannya. Hassan tidak jadi dibunuh.

Demikianlah satu kisah mahkamah yang pernah berlaku di zaman salafussoleh, untuk kita melihat kedudukan dan fungsi hudud yang sebenarnya.

Pertama, kita lihat bahawa perlakuan jenayah itu bukanlah satu perbuatan yang sengaja dengan niat dan perancangan jahat oleh orang yang memang jahat. Kes jenayah yang terjadi itu adalah kes yang tidak sengaja, kes terlajak atau perbuatan yang tidak dapat dikontrol nafsunya hingga timbul kisah yang sungguh-sungguh mengharukan. Tetapi demi keadilan, pesalah mesti dibicarakan.

Tuan hakim begitu bertaqwa, adil dan tegas. Bukannya tuan hakim tidak simpati dengan pesalah yang tidak sengaja itu, tetapi dia mesti mendapatkan seorang tebusan untuk menggantikan si pesalah sekiranya pesalah itu melarikan diri dari hukuman. Dan bila didapati pesalah tidak hadir tepat pada masa yang dijanjikan, tuan hakim dengan tegas mahu menunaikan janjinya kepada Sahabat yang menjadi tebusan itu.

Begitu baiknya hati Sahabat berkenaan, bersedia untuk mati demi seorang saudara se-Islam yang lain. Alangkah jujurnya Hassan terhadap keputusan mahkamah. Ia boleh lari dari hukuman kalau ia mahu. Dan betapa lembutnya hati keluarga si kena bunuh untuk memaafkan pesalah.

Demikian ceritera Abuya, dengan penuh takzim. Agak2nya.. kalau peristiwa seperti ini berlaku pada zaman kita ini, boleh dapat kesan yang sama, tak? Jangan dok ngigau siang hari lah!. Mari sama2 kita bedah siasat cerita ini! Ada 4/5 tokoh penting yang menonjolkan keperibadian Islam yang sebenar dalam peristiwa tersebut.

Pertama, seorang pemuda yang diberi peluang untuk ‘melarikan diri’ dengan alasan untuk balik kampung menemui anak isteri dan sanak saudara. Bolehkah kita dapati pada zaman yang bersifat material dan individualistik seorang yang merelakan diri untuk dihukum bunuh?.

Kalau tidak dengan iman dan takwa yang tinggi kepada Allah SWT, nescaya pemuda tersebut tidak akan kembali lagi menerima hukuman!. Juga, betapa mulia dan tingginya iman sanak saudara pemuda tersebut, dan orang2 kampungnya, yang kalau ikut adatnya, boleh saman balik atau minta dibicarakan semula!.

Kerana kesalahan di luar sedar!. Kedua, bolehkah kita perolehi tebusan pada hari ini.. sebagai ‘bunuh ganti’, jika pesalah yang disabit kesalahan tidak hadir pada hari dijatuhkan hukuman?. Tak osah dok haraplah nak dapat orang yang ikhlas untuk memikul masalah orang lain!. Lebih2 lagi pada zaman sekular dan muflis iman sekarang ini. Kenapa perlu jaga tepi kain orang?.

Ketiga, bolehkah kita dapati pada zaman Materialisma dan Sekularisma ini sebuah keluarga atau individu yang sanggup memaafkan kesalahan orang lain terhadapnya?. Yang menyedari, bahawa pahala memberi maaf itu lebih besar ganjarannya di akhirat nanti. Tidak mungkin! Kalau hala ke saman tuu, banyaklah! Boleh dapat RM2 atau RM3 juta, hanya kes saman malu!

Keempat, bolehkah kita dapati dengan mudah seorang hakim yang begitu bertakwa, tegas dan adil dalam menjalankan perintah Allah, sekalipun terhadap keluarganya sendiri! Setakat seorang dua tuu.. boleh cari lah!

Tetapi pegawai2 bawahannya, yang melaksanakan hukuman, macamana?. Iaitu pegawai undang2, tukang sebat, tukang tangkap/saksi yang adil, dll... bolehkah kita dapati dengan mudah di kalangan masyarakat jenis yang beriman dan bertakwa seperti itu? (Kalau tengok di Pakistan tuu.. negara Islam yang berpelembagaan Al Quran dan Sunnah, tukang sebatnya pun pakai seluar pendek! Ada ke patut?. Patut dengan dia2 sekali kena sebat.. kerana tak faham agama!

Mengelirukan orang ramai dengan Islam, sebagaimana di Malaysia akhir2 ini!) Kalau watak2 angun di ataspun, sukar diperolehi di zaman sekular dan materialisma ini, bolehkan anda beri jaminan bahawa hukum Allah itu akan dilaksanakan dengan adil dan saksama sehingga memuaskan hati semua pihak? Kalau setakat agak2 saja, baik tak osah buat!.

Itu bukan ilmu namanya. Itu.. tawakal tanpa berbekal!. Dok berangan2 Allah pasti lulus usaha yang baik itu!. Lebih baik kita buat hukum Ta’zir dahulu, sebelum dijalankan hukum Hudud yang sebenar. Sekurang2nya, kalau tidak buat semua, jangan tinggal semua!. Bila Allah tanya esok, “Kenapa tidak dijalankan hukum yang Aku buat?”. Kita jawablah dengan bijaksana, “Masyarakat masih beriman takliq, ramai yang jahat dan bla..bla..”. Allah pasti kata, ‘Bijak.. bijak. Inilah khalifah Aku... tertib dan berhalus dalam semua perkara’. (Agaknya, le!)

Ringkasnya, kalau zaman salafussoleh dahulu, fungsi Hudud membawa keselamatan hidup di dunia dan akhirat. Tetapi sekarang hudud telah tidak berfungsi menjaga keselamatan!. Hudud membawa porak peranda dalam masyarakat yang jahil agama, yang lemah iman, yang tidak tahan sabar dan faham erti ujian dan takdir Allah SWT.

Last2 sekali, agama Islam dianggap zalim dan barbaric! Maka, fungsi hukum telah berubah. Kalau dulu ianya wajib, sekarang dah jatuh zalim!. Kerana tidak peroleh kesan yang serupa. Dah jadi haru biru dalam masyarakat yang muflis iman! PENUTUP Saya telah mendefinasikan hudud dan keadaan2 masyarakat yang macamana, yang mewajarkan ianya berlaku.

Tibalah masanya saya menceritakan intipati sebenar, sebab hudud diturunkan kepada umat manusia. Sebenarnya Allah SWT minta... Hudud ini tidak dilaksanakan, walaupun telah dikanunkan. Seperti juga hukum perceraian. Walaupun telah disyariatkan, tetapi kalau boleh tak osah buat!. Nak hudud apa dia?.. kalau semua orang baik2 belaka! Kalau yang jahat tuu, sedikit sahaja bilangan mereka.

Malahan boleh dikatakan ‘tidak ada’ seperti di zaman Sahabat dan Solafussoleh. Kalau adapun hanya 2 atau 3 kes sahaja. Itupun kes terlajak!.. ataupun tidak sedar, bukan disengajakan!. Masyarakatpun sedia memaafkan untuk mendapat ganjaran pahala yang besar di akhirat nanti!. Apa dalil yang mengatakan.. Allah minta hudud tidak dilaksanakan?.

Pertama, kita lihat syarat2 nak jatuh hukum hudud itu payah sekali. Iaitu berkehendakkan 4 orang saksi yang ‘Adil’, yang benar2 melihat dengan kepala sendiri.. umpama, “keris masuk ke sarung”. Kalau setakat ‘bergomol’ dalam kain selimut yang tertutup rapat, masih boleh ditolak kesaksiannya. Silap2 gaya, saksi pulak yang kena sebat 80 rotan... kerana dianggap pembawa fitnah! Tak ke niaya? Kedua, pelaksana2 hudud, iaitu hakim, pendakwa, tukang tangkap, tukang sebat, peon, dll, hendaklah terdiri dari orang2 beriman yang adil dan bertaqwa.

Adil di sini bermaksud.. tidak boleh makan berdiri, minum berdiri, kencing berdiri, berjalan tidak pakai sepatu, tidak berkopiah, masuk tandas tanpa tutup kepala, makan minum tidak boleh lazim2 duduk di kedai walau di rumah dekat (walaupun tidak salah, tetapi tidak ada wibawa), dan berbagai lagi. Boleh cari ke orang2 semacam itu... dalam keadaan tidak merancang untuk mengendap, menangkap, dsb.nya?. Lebih2 lagi dalam zaman yang muflis iman dan kemaruk dunia, seperti sekarang ini! Payah!..payah! Ya Allah!.

Kenapa Kamu memayahkan keadaan, dalam keadaan Kamu suruh kami buat Hukum Hudud ini?. Tak relevan betul!. Diberi alat, tetapi tidak disuruh buat kerja!. Nampak sekali, sengaja Allah memayahkan keadaan untuk melaksanakan Hukum Hudud di atas pada masyarakat yang jahat, seperti pada masa sekarang ini.

Kalau pada masyarakat yang baik, No problem!. Untuk mendapatkan saksi dan hakim yang adil, dll tidaklah sukar. Malah, tidak perlu semua itu.. kerana pesalah akan datang sendiri menyerah diri tanpa perlu tangkap2. Demikianlah sedikit sebanyak, yang boleh penulis utarakan berhubung ‘Falsafah Hudud Dalam Islam’. Kalau.. ‘Falsafah Hudud’ pun tidak boleh kita capai, maka, tak perlulah saya bercakap mengenai pelaksanaan atau cara2 nak melaksanakan hudud!.

Bagaimanapun, jika saudara2 masih berkeinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut ‘Falsafah Dan Perlaksanaan Hudud Dalam Islam’, silalah klik ke laman Web ‘Abuya At-Tamimi.dot.com.’ Akhir kata.. Sebenarnya ada DUA tujuan besar Allah SWT turunkan hudud ini. * Pertama, sebagai hukuman ‘alternatif’ atau pilihan kepada manusia. Samada nak dihukum di dunia lagi, atau nak dihukum di dalam neraka bersama ular naga dan kala jengking! *

Kedua, sebagai pendidikan terakhir kepada ‘orang2 yang tak makan di ajar’ untuk dibaiki akhlak mereka oleh ALLAH sendiri, selepas semua ikhtiar manusia untuk jadikan mereka ‘hamba Allah yang sebenar’ tidak berhasil. Maka, untuk mendapat itu semua, kefahaman tentang iman dan Islam itu perlu didahului, disemai dan disubur selalu oleh para2 ulamak yang bijaksana. Sekian. Wallahualam. AbuyaJr.001@APIPI 010101

No comments:

Post a Comment