Sikap PAS Lebih Teruk Daripada Kafir
Feb 25,2013 - by AIDC
11
Kuala Lumpur: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan sikap pemimpin PAS lebih buruk daripada orang kafir kerana tidak setuju dengan pelbagai dasar dan usaha kerajaan memajukan rakyat.
Katanya, sikap ‘berpatah arang berkerat rotan’ PAS itu bercanggah dengan ajaran Islam sebenar.
Jangan berprasangka buruk
Beliau berkata, Islam mengajar kaedah berpolitik yang selari dengan tuntutan agama dengan mewajibkan umatnya mentaati pemerintah yang dipilih rakyat tanpa menyimpan prasangka buruk.
“Jangan sesekali menyimpan prasangka buruk terhadap kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan kerana itu mendekatkan kita kepada perasaan hasad dengki.
“Tindakan PAS yang sering menolak kebaikan dibuat Kerajaan lebih buruk daripada sifat orang kafir. Sepatutnya mereka menunjukkan akhlak yang baik,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau mengulas kenyataan terbaru Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang menyifatkan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) golongan bodoh.
Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, menyamakan BR1M seperti memberi hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam serta lembu.
Sambil menyifatkan tindakan mereka keterlaluan, Harussani berkata, rakyat akan menilai akhlak pemimpin PAS.
“Biarlah mereka dengan dosa mereka dan orang ramai akan menilai akhlak mereka,” katanya apabila ditanya sama ada penerima BR1M wajar diumpamakan seperti itu.
Katanya, pemberian bantuan oleh Kerajaan tanda komitmen memenuhi janji mengembalikan hak rakyat
Dasar perjuangan Pas hanya satu, Menegakkan Syariat Islam, dimana Islam itu adalah satu cara hidup, Allah jamin hidup bahagia dunia dan akhirat.Siapa menolaknya, nescaya gugur IMANnya.
ReplyDeletePeemimpin Kerajaan Sekarang mendukung Undang Undang Ciptaan Manusia (Barat - British Yg. Kafir). Mereka mengagongkan undang2 Civil bukannya Syariah Islam yag diperintahkan oleh ALLah.
Sebagai umat Islam kita wajib melaksanakan Syariat Islam yg. perintahkan oleh Allah. Apakah taraf kita menafikan perintah Allah. Kita gunakan undang2 ciptaan manusia dalam kehidupan seharian dan undang2 negara,seolah2 kita lebih bijaksana dari MAHA pencipta.
Syariat Islam lengkap menjaga 5 perkara dalam kehidupan manusia. Mengapa kita ubah mengikut selera kita sendiri.Apabila kita ubah Syariat Islam yang diperintahkan oleh Allah, di manakah kedudukan kita disisi Allah.
Mengapa solat 5 waktu x diubah, kerana ini perintah Allah.
Siapa yg. mengubahnya, jatuh sesat atau lebih berat lagi KAFIR
Hukum Zina,Judi,Minum Arak,Riba, bunuh ada hukumannya yang diperintahkan oleh Allah, mengapa mereka mengubahnya?
Siapakah mereka di sisi ALLAH ?
Adakah mereka lebih bijaksana/mengetahui dari Allah.
PELEMBAGAAN kebangaan KERAJAAN
UMNO membentuk Negara. 1957
Article 11: Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warga negara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan UMNO (Drangka oleh Lord Reaid –Kafir British) yang memerdekakan orang Melayu tahun 1957.
Perlembagaan itu lah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara’ dengan undang-undang sivil, undang-undang syara’ akan terbatal.
Article 4 pula menyatakan: “Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara’.
Fikir-fikirkan ................ ulamak kerajaan UMNO dan rakyat yg. menyokong kerajaan UMNO. Siapa kita disisi Allah....wasalam.
Kesannya Mendukung Pelembagaan Yang dicipta oleh KAFIR BRITISH
ReplyDeleteTahun 1997,
Bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja.Tahun 1998 saja,516 orang sudah murtadAisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah,
dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang bertubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kitasendiri.
KUALA LUMPUR 21 Jan. – 2001
Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin.
]
Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.
Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga.Takde apa yang pelik pada dia, duduk dilembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.
Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,
“Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.”
Norashikin dan Nazaruddin. Nor’Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan memakai nama Aishah Felicia Bokhari pada 22 Oktober tahun lalu.
Ibu bapa Nor’Aishah Bokhari, gadis yang kononnya mengisytiharkan dirinya murtad, merayu anak mereka itu agar pulang ke pangkuan keluarga untuk bersama-sama menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti tahun-tahun lalu.
Bapa gadis tersebut, Bokhari Md. Tahir, 62, seorang pesara guru, berkata, beliau terpaksa mengetepikan perasaan malu yang akan ditanggung oleh keluarganya kerana percaya anaknya sehingga hari ini masih lagi kekal menganut agama Islam.
Petikan dari ceramah peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
isu murtad yang dibawa di sini memang agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini
SERTA BERUSAHA MENUKAR PERLEMBAGAAN SKULAR (CIPTAAN KAFIR BRITISH) YANG DIDUKUNG OLEH KERAJAAN SEKULAR (UMNO).
Jabatan Agama Islam Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember 2000.
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ