Thursday, 26 February 2015

ANTARA IMAM AS-SYAFI'E DAN WAHHABIYAH


 - DI-ANTARA AQIDAH IMAM as-SYAFI'E & AQIDAH GOLONGAN WAHHABIYAH

SEBUAH KAJIAN, SUATU PERBANDINGAN

DI-ANTARA AQIDAH IMAM SYAFI'E & AQIDAH GOLONGAN WAHHABIYAH
"DI DALAM PERSOALAN ASMA' WA SIFAT ALLAHU AZZA WAJALLA"
Melontarkan gelaran yang buruk, gambaran negatif, dan tuduhan palsu terhadap golongan yang digelar sebagai Wahhabi oleh aktivis bid’ah (mubtadi’) dan orang-orang yang sealiran dengan mereka kini sudah menjadi resam dalam masyarakat Islam.


"Fitnah yang direka oleh ahli bid’ah bermula apabila generasi muda yang intelek dan ikhlas mula mendekati dan mengamal sunnah sahihah yang dihidupkan oleh golongan yang digelar/dilabel sebagai Wahhabi. Ibadah-ibadah sunnah yang diamal dan dipertahankan oleh golongan ini amat bertentangan dengan amalan tradisi bid’ah yang dipelihara oleh golongan yang sudah sekian lama terperangkap dalam amalan-amalan bid’ah (yang direka-cipta) yang masih dianggap sebagai "bid’ah hasanah" walaupun sudah jelas bahawa ia adalah bid’ah dhalalah (bid’ah yang sesat)."


Tulisan ini membongkar tembelang golongan mubtadi’ (Ahli bid'ah) yang menggeruni kemunculan generasi penghidup sunnah yang digelar/dilabel sebagai Wahhabi. 

Bacalah tulisan ini sehingga selesai

supaya mengetahui hakikat sebenar siapa Wahhabi, siapa Salafi dan siapa yang bermazhab Syafie.

-KANDUNGAN-

- 1 -
Islam Akan Sentiasa Terpelihara

- 2 -
Salah Faham Terhadap Wahhabi Dan Syafie

- 3 -
Siapa Sebenar Menolak Mazhab Syafie?

- 4 -
Fitnah Dilontar Kepada Wahhabi

- 5 -
Di Mana Allah?

- 6 -
Benarkah Allah Di Mana-Mana?

- 7 -
Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah Sepakat bahawa Allah Bersemayam di atas ‘ArasyNya

- 8 -
Allah di Langit

- 9 -
Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah Adalah Sesat

- 10 -
Penyerupaan Yang Menyesatkan

- 11 -
Mazhab Syafie Bukan Mazhab Ibnu Taimiyah Atau Wahhabi






-MUQADDIMAH-

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

إِنَّ الْحَمْدَ ِللهِ ، نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهُ ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا ، وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا ، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ ، وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّد

Wahhabi atau Salafi, dua kalimah ini sudah tidak asing lagi di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia, Singapura, Indonesia, Berunai dan selatan Thailand. Tetapi dua kalimah ini belum diketahui dan difahami dengan betul oleh kebanyakan mereka walaupun sudah menjadi polemik yang berlarutan.

Tulisan ini bukan bertujuan membincang atau mendefinisikan dua kalimah tersebut, tetapi akan mendedahkan salah sangka, salah faham dan salah tanggapan kebanyakan masyarakat Islam yang mengaku sebagai golongan yang bermazhab Asy’ari akidahnya, Syafie fiqhnya dan al-Ghazali akhlaknya.

Tulisan ini akan membuktikan melalui fakta ilmiyah bahawa akidah yang dituduh sebagai akidah Wahhabi adalah merupakan akidah sahihah (akidah yang benar) mengikut manhaj Salaf as-Soleh yang menjadi pegangan Imam Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi dan para ulama muktabar yang bermazhab as-Syafie. Malah tulisan ini akan membuktikan bahawa apa yang dituduh sebagai pegangan Wahhabi maka yang sebenarnya itulah juga pegangan Imam Abu Hasan al-Asy’ari sama ada di bidang akidah, ibadah, fiqh atau akhlak.

Moga-moga dengan terbitnya tulisan-tulisan seperti ini, insya Allah para syaitan jenis jin dan manusia tidak akan mampu menggunakan makar, talbis dan penipuan mereka yang menyeru umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam diakhir zaman menuju jalan kesesatan melalui alasan bid’ah hasanah. Seruan mereka telah menyesatkan ramai manusia yang tertipu dengan amalan-amalan para penyesat yang terperangkap dalam kebatilan bid’ah yang dianggap sebagai sunnah atau disangka bid’ah hasanah. Akibatnya ramai umat yang telah ditipu oleh mereka yang suka memutar-belitkan fakta agama, menafsirkan agama ala aklani, sufi batini dan gaya Muktazilah yang diilhamkan oleh syaitan. Semuanya itu berlaku kerana menuruti keinginan dan tuntutan hawa nafsu dan demi memperolehi kepentingan dunia yang sedikit.

Mudah-mudahan tulisan ini juga dapat memberi sumbangan yang bermakna dalam menyelamatkan akidah masyarakat Islam yang bersungguh-sungguh mencari kebenaran dan menggeruni kebatilan. Amin!

وصلى الله على محمد وعلى آله واصحابه وسلم والحمدلله رب العالين

al-Ustaz Abu Farouq Rasul bin Dahri.

Johor Bahru, Malaysia.

- 1 -

-Islam Akan Sentiasa Terpelihara-

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah mengkhabarkan bahawa agama Islam dan segala ilmunya akan sentiasa terpelihara. Yang akan memelihara dan menjaganya hanyalah orang-orang yang adil.

Tentunya yang paling adil ialah mereka yang digelar golongan Salaf as-Soleh (Lihat: Buku "Manhaj Salaf Akidah Salaf". Oleh Rasul bin Dahri, Terbitan Jahabersa. Johor Bahru)
 serta mereka yang berittiba’ serta mengikut manhaj mereka. Dikatakan begitu kerana hanya kalangan salafi yang mempertahankan agama ini dari dicemari oleh berbagai-bagai bid’ah, khurafat, syirik, kesesatan dan penyelewengan diakhir zaman.

Baginda telah mengkhabarkan perkara tersebut dengan bersabda:

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُهُ ، يَنْفُوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفِ الْغَالِيْنَ ، وَانْتِحَالَ الْمُبْطِلِيْنَ ، وَتَأْوِيْلَ الْجَاهِلِيْنَ

“Akan terus dikendong )dipelihara) ilmu agama ini dari setiap generasi oleh orang-orang yang adil (amanah), mereka sentiasa membasmi agama ini dari segala putar belit orang-orang yang melampau penyimpangannya, kedustaan orang-orang yang berdusta atas nama agama dan penafsiran orang-orang yang jahil”. (Disahihkan oleh Al-Albani. Lihat: Al-Misykah)

Malangnya mereka yang kuat berpegang dan mempertahankan kebenaran yang diambil dan diikuti melalui manhaj Salaf as-Soleh terutama yang dipimpin oleh Imam Syafie dituduh sebagai golongan Wahhabi dan sesat. Tuduhan yang tidak berasas ini semakin hari semakin melampau.

- 2 -

Salah Faham Terhadap Wahhabi dan Syafie

Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada Imam Syafie, Maliki, Hambali, Hanafi dan selain mereka telah bersepakat bahawa Allah bersemayam di ‘Arasy-Nya, tetapi disangka oleh golongan yang mendakwa diri mereka bermazhab Asy’ari bahawa:

“Yang berkeyakinan Allah Bersemayam di atas ‘Arasy-Nya ialah golongan Wahhabi”

Sedangkan semua para ulama besar Salaf as-Soleh yang muktabar mereka bersepakat dan berakidah bahawa Allah bersemayam di atas ‘Arasy-Nya tanpa khilaf.

Siapakah Ulama Salaf yang menegaskan bahawa Allah bersemayam di ‘ArasyNya?

Imam al-Auza'ie rahimahullah, Imam ahli Syam menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابَعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نَقُوْلُ : انَّ اللهَ عَلَى عَرْشِهِ وَنُؤْمِنُ بِمَا وَرَدَتْ بِهِ السُنَّةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى

"Kami dan para Tabi'in semuanya menetapkan dengan kesepakatan qaul kami bahawa: Sesungguhnya Allah di atas 'ArasyNya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta’ala". (Lihat: Fathul Bari. Jld. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani. Dar Ihya at-Turath al-Arabi. Beirut)

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahamahullah menegaskan al-Quran bukan makhluk dan diturunkan oleh Allah yang berada di langit. Beliau menjelaskan:

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas ‘ArasyNya dan mempunyai muka. Al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan al-Quran diturunkan dari langit". (Lihat: Iktiqad Aimmatul hadis hlm. 50-51. Ismaili)

Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah berkata:

"Di atas langit-langit itulah ‘Arasy, maka tatkala ‘Arasy berada di atas langit-langit Allah berfirman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Sesungguhnya Ia istiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy yang berada di atas langit dan tiap-tiap yang tinggi itu dinamakan As-Sama (langit), maka ‘Arasy berada di atas langit. Bukanlah yang dimaksudkan di dalam firman: Apakah kamu merasa aman terhadap Zat yang berada di atas langit? Bukan di seluruh langit, tetapi ‘ArasyNya yang berada di atas langit." (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 48)

Imam Abul Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya berkata:

Sesungguhnya setelah seseorang bertanya: Apa yang kamu katakan berkenaan istiwa? Katakan kepadanya: Kami sesungguhnya berkata bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla bersemayam di atas ‘ArasyNya yang sesuai denganNya sebagaimana firman Allah: }Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘ArasyNya{ (QS. Taha. 5). Firmannya lagi: }KepadaNyalah naik perkataan-perkataan yang baik{ (QS. Fatir. 10). Firman Allah: }Tetapi (yang sebenarnya) Allah telah mengangkat Isa kepadaNya{ (QS. An-Nisa. 158). Firman Allah: }Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian (urusan) itu naik kepadaNya{ (QS. As-Sajadah. 5). Firman Allah: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa dia akan menjungkir- balikkan bumi bersama kamu{ (QS. Al-Mulk. 16). Maka langit di atasnya adalah ‘Arasy, maka apabila ‘Arasy di atas langit-langit maka Allah berfirman: }Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit{ kerana Allah beristiwa di atas ‘Arasy di atas langit….Dan kita lihat sekalian orang-orang Islam mengangkat tangan mereka menghadap langit apabila berdoa kerana Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy yang berada di atas langit-langit, jika sekiranya Allah Azza wa-Jalla di atas ‘ArasyNya pasti mereka tidak mengangkat tangan mereka menghadap langit (menghadap ‘Arasy)”. (Lihat: الابانة عن اصول الديانة oleh Imam Abu Hasan Al-Asy’ari. Hlm. 97-98. Lihat: الأسماء والصفات oleh Al-Baihaqi. Lihat: التوحيد وصفات الرب oleh Al-Imam Ibn Khuzaimah. Lihat: العلو لعلي الغفار oleh Az-Zahabi)

Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah seterusnya menegaskan:

“Telah berkata orang-orang dari golongan Muktazilah, Jahmiyah dan al-Hururiyah:

Sesungguhnya firman Allah bersemayam (Istawa') di atas ‘Arasy-Nya mereka menyatakan sebagai Istaula (bukan istiwa) dan Allah Azza wa-Jalla di setiap tempat

(فى كل مكان)

mereka menentang lenyataan bahawa Allah Azza wa-Jalla di atas ‘Arasy-Nya”. (Lihat: الابانة عن أصول الديانة hlm. 97)

Imam Abu Hassan Al-Asy’ari rahimahullah menjelaskan melalui hadis:

“Dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya sesungguhnya Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Turun Tuhan kami ‘Azza wa-Jalla setiap malam ke langit dunia, lalu berfirman: Adakah sesiapa yang meminta maka Aku akan memberinya, adakah sesiapa yang meminta pengampunan maka Aku akan mengampunkannya, sehinggalah terbit fajar”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 99 – 100)

Imam Abu Hassan Al-Asy’ari rahimahullah menjelaskan lagi:

Sebagaimana telah dipastikan bahawa Allah Azza wa-Jalla beristiwa di atas ‘Arasy-Nya dan menolak semua yang bertentangan dengannya, sebagaimana yang disalin dari Ahli Rawi dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Diriwayatkan dari Nafi’ bin Jabir dari bapanya bahawa Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: Tuhan kita ‘Azza wa-Jalla turun pada setiap malam ke langit dunia kemudian berfirman: Adakah sesiapa yang meminta Aku akan memberinya, Adakah sesiapa yang meminta ampun Aku akan mengampunkannya sehinggalah terbitnya fajar”.(Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 99. Dikeluarkan oleh Ad-Darimi, Ibn Majah 1367. Ibnu Khuzaimah dalam “At-Tauhid” 87. Ahmad 4/16. Al-Ajiri dalam “As-Syariah” 310-311. Isnadnya sahih, rijalnya thiqah dan perawinya termasuk perawi Bukhari dan Muslim)

Seterusnya Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah menekankan:

“Allah ‘Azza wa-Jalla berfiman: {Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas (langit) mereka dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka){ An-Nahl 50. Dan Allah berfirman:} Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap {Fussilat. 11. Dan Allah berfirman:} Kemudian Dia bersemayam di atas ‘ArasyNya, (Dialah) Yang Maha Pemurah, maka tanyakanlah (tentang Allah) kepada yang lebih mengetahui (Muhammad) tentang Dia {Al-Furqan 59. Dan Allah berfirman:} Kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seseorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafaat. Maka apakah kamu tidak memperhatikan? {As-Sajadah 4. Maka semua ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawasanya Allah Ta’ala di langit beristiwa di atas ‘ArasyNya. Dan langit menurut kesepakatan manusia bukanlah bumi. Maka telah menunjukkan bahawa Allah Ta’ala menyendiri dengan kewahdaniatan-Nya beristiwa di atas ‘Arsay dengan istiwa yang sesuai dengan kebesaranNya tanpa berhulul (menyerap) dan berittihad (bersatu)”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Diyanah. Hlm 100)

Imam Syafie rahimahullah menjelaskan melalui riwayat yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib radiallahu ‘anhu:

وَاَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (بَلْ يَدَاهُ مَبْسُوْطَتَانِ) وَاَنَّ لَهُ يَمِيْنًا بِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ (وَالسَّمَوَاتُ مَطْوِيَات بِيَمِيْنِهِ) وَاَنَّ لَهُ وَجْهًا بِقَوْلِهِ (كُلُّ شَيْءٍ هَالِكٌ اِلاَّ وَجْهَه)...وَاَنَّ لَهُ قَدَمًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمِ (حَتَّى يَضَعَ عَزَّ وَجَلَّ فِيْهَا قَدمَهُ) وَاَنَّ لَهُ اُصْبُعًا بِقَوْلِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ (مَا مِنْ قَلْبٍ اِلاَّ هُوَ بَيْنَ اُصْبُعَيْنِ مِنْ اَصَابِعِ الرَّحْمَن) نُثبِتُ هَذِهِ الصِّفَات وَنَنفِي التَّشْبِيْه كَمَا نفِى ذَلِكَ عَنْ نَفْسِهِ تَعَالَى ذِكْرُهُ فَقَالَ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ (السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

"Bagi-Nya dua tangan sebagaimana firman-Nya:

(Tidak demikian), tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka.

Bagi-Nya tangan 
sebagaimana firman-Nya: Langit digulung dengan tangan kanan-Nya.

Allah mempunyai wajah sebagaimana firman-Nya: Setiap sesuatu akan binasa kecuali WajahNya.

Bagi-Nya kaki sebagaimana sabda Nabi saw: Sehinggalah Dia meletakkan wajah dan Kaki-Nya.

Dia mempunyai jari sebagaimana sabda Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam: Tiadalah hati itu kecuali antara jari-jari dari jari-jari Ar-Rahman (Allah).

Kami menetapkan sifat-sifat ini dan menafikan dari menyerupakan sebagaimana dinafikan sendiri oleh Allah sebagaimana difirmankan: (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah Abi Hanifah wa Malik wa Syafie wa Ahmad. Hlm. 46- 47. Cetakan pertama. 1412 -1992. Darul 'Asimah Saudi Arabia)

Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan:

"Dan Allah Ta'ala di atas 'Arasy-Nya (Dan 'Arasy-Nya) di langit”. (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 40)


Imam Syafie rahimahullah seterusnya menjelaskan lagi:

"Kita menetapkan sifat-sifat (mengithbatkan sifat-sifat Allah) sebagaimana yang didatangkan oleh al-Quran dan yang warid tentang-Nya dari sunnah, kami menafikan tasybih (penyerupaan) tentangNya kerana dinafikan oleh diriNya sendiri sebagaimana firmanNya (Tiada sesuatu yang semisal denganNya)". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 42)


Imam Syafie rahimahullah telah menjelaskan juga tentang turun naiknya Allah Subhanahu wa-Ta’ala:

وَاَنَّهُ يَهْبِطُ كُلَّ لَيْلَةٍ اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا بِخَبَرِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

"Sesungguhnya Dia turun setiap malam ke langit dunia (sebagaimana) menurut khabar dari Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam". (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 47)

Berkata Imam Syafie rahimahullah:

"Sesungguhnya Allah di atas ‘Arasy-Nya dan ‘Arasy-Nya di atas langit" (Lihat: Iktiqad Aimmah al-Arba'ah, Abi Hanifah, Malik, Syafie wa- Ahmad. Hlm. 179)

Mereka sepakat dalam meyakini tentang turun-naiknya Allah iaitu berlandaskan hadis:

يَنْزِلُ رَبُّنَا اِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا كُلَّ لَيْلَةٍ حِيْنَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرِ فَيَقُوْلُ : مَنْ يَدْعُوْنِي فَاَسْتَجِيْبَ لَهُ ، مَنْ يَسْاَلُنِيْ فَاعْطِيْهِ ، مَنْ يَسْتَغفرُنِيْ فَاَغْفِرلَهُ

"Tuhan kita turun ke langit dunia pada setiap malam apabila sampai ke satu pertiga dari akhir malam, maka Ia berfirman: Sesiapa yang berdoa akan Aku perkenankan, sesiapa yang meminta akan Aku tunaikan dan sesiapa yang meminta keampunan akan Aku ampunkan". (H/R Bukhari (1141), Muslim (758), Abu Daud (4733), Turmizi (4393), Ibn Majah (1366) dan Ahmad (1/346))

Abdullah bin al-Mubarak rahimahullah pernah ditanya tentang di mana Allah.

وَقِيْلَ لِعَبْدِ اللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ : كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا ؟ قَالَ : بَاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السَابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ

"Ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita boleh mengetahui di mana Tuhan kita? Beliau menjawab: Dengan mengetahui bahawa Dia di atas langit ketujuh di atas ‘Arasy". (Lihat: As-Sunnah. Hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad)

Allah itu di langit berdasarkan hadis sahih:

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِي : وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحُدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بَالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بِشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسِفُوْنَ . لَكِنَّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا ؟ قَالَ : اِئْتِنِيْ بِهَا . فَقَالَ لَهَا : اَيْنَ اللهُ ؟ قَالَتْ : فِى السَّمَاءِ . قَالَ : مَنْ اَنَا ؟ قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ . قَالَ : اَعْتِقُهَا فِاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ.

"Berkata Muawiyah bin Hakam as-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwainiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah, adakah aku harus memerdekakannya!" Jawab Rasullullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasullullah bertanya lagi: Siapa aku? Dijawabnya: Engkau Rasullullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah wanita ini kerana dia adalah seorang mukminah".(H/R Muslim dan Abi Daud)

"Sesiapa mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya dia telah kafir. Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan: Aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi? Berkata al-Imam Abu Hanifah: Sesungguhnya dia telah kafir kerana Allah telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy al Istiwa"(Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani)


"Allah berada di atas langit sedangkan ilmu-Nya di tiap-tiap tempat (di mana-mana), tidak tersembunyi sesuatupun daripada-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hlm. 140)


"Benar, Allah di atas Arasy-Nya dan tidak sesiapapun yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya" (Lihat: Mukhtasar al-Ulum, Hlm. 137. Imam Az-Zahabi. Tahqiq al Albani, Hln. 188)


"Barangsiapa TIDAK menetapkan Allah Ta'ala di atas ‘Arasy-Nya dan Allah istiwa di atas tujuh langit-Nya, maka ia telah kafir dengan Tuhannya". (Lihat: Ma'rifah Ulum al-Hadis. Hlm. 84. Riwayat yang sahih, dikeluarkan oleh al-Hakim)


Berkata lagi Imam Ibnu Khuzaimah (dari kalangan ulama as-Syafieyah):

"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa-'Ala sesungguhnya Pencipta kami Ia beristiwa (bersemayam) di atas ‘Arasy-Nya. Kami Tidak mengganti/mengubah kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (perbuatan kaum) yang menghilangkan sifat-sifat Allah seperti golongan Jahmiyah yang pernah berkata: Sesungguhnya Dia istawla (menguasai) ‘ArasyNya bukan istiwa (bersemayam). Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka, ini menyerupai perbuatan Yahudi tatkala diperintah mengucapkan: Hithtatun (Ampunkanlah dosa-dosa kami), tetapi mereka mengucapkan (mengubah): Hinthah (makanlah gandum)! Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah Yang Maha Agung dan Maha Tinggi maka seperti itulah (perbuatan kaum) Jahmiyah". (Lihat: Kitabut Tauhid Fi Ithbatis Sifat. Hlm. 101. Oleh Ibnu Khuzaimah)


Beliau menjelaskan:

"Tidak boleh mensifatkan Allah bahawa Ia berada di tiap-tiap tempat. Bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Allah di atas langit (yakni) di atas ‘Arasy sebagaimana Ia telah berfirman: Ar-Rahman di atas ‘Arasy, Ia beristiwa.(Surah Taha, 20:5)
 Dan wajiblah memutlakkan sifat istiwa tanpa takwil, sesungguhnya Allah istiwa dengan Zat-Nya di atas ‘Arasy. Keadaan-Nya di atas ‘Arasy disebut pada tiap-tiap kitab yang Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa bertanya (para nabi yang diutus tidak bertanya): Bagaimana caranya (Allah istiwa di atas ‘ArasyNya)?" (Lihat: Fatawa Hamwiyah Kubra. Hlm. 84)

Imam Az-Zahabi, salah seorang ulama besar bermazhab Syafie:

“Sesiapa mengingkari bahawa Allah ‘Azza wa-Jalla di langit, maka dia seorang yang kafir”. (Lihat:مختصرالعلو للعلي الغفار oleh al-Hafiz Syamsuddin az-Zahabi. Hlm. 137).

- 3 -

Siapa Sebenarnya Menolak Mazhab Syafie?

Ada golongan yang sering memutar-belitkan hujjah "Di mana Allah?" melalui ayat-ayat al-Quran yang diolah dan disalahtafsirkan melalui akal, hawa nafsu dan falsafah secara batil.

Antara ayat yang disalahgunakan tentang memahami "Di mana Allah?" ialah:

اَلَمْ تَرَى اَنَّ اللهَ يَعْلَمُ مَا فِى السَّـمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلاَرْضِ ، مَايَكُوْنُ مِنْ نَّجْوَى ثَلاَثَةٍ اِلاَّ هُوَ رَابِعُهُمْ وَلاَ خَمْسَةٍ اِلاَّ هُوَ سَادِسُهُمْ وَلاَ اَدْنَى مِنْ ذَلِكَ وَلاَ اَكْثَرَ اِلاَّ هُوَ مَعَهُمْ اَيْنَ مَاكَانُوْا ثُمَّ يُنَبِّئُكُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٌ

“Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah mengetahui apa yang di langit dan apa yang ada di bumi. Tiada perkataan rahsia antara tiga orang, melainkan Dialah yang keempat. Dan tiada (perkataan antara) lima orang melainkan Dialah yang keenam. Dan tiada (pula) perkataan antara (jumlah) yang kurang dari itu atau yang lebih banyak melainkan Dia ada bersama mereka di manapun mereka berada. Kemudian Dia akan memberitakan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (al-Mujadalah, 58:7)

Keseluruhan ayat ini sehinggalah ke akhir ayat memperkatakan "Pengetahuan Allah atau ilmu-Nya" iaitu "Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah Mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi".

Ayat ini dimulakan dengan pengkhabaran bahawa Allah Mengetahui (ilmu-Nya) tentang apa yang di langit dan apa yang di bumi. Dia Mengetahui bisikan dua orang yang berbisik-bisik atau yang lebih dari dua orang.

Ayat ini diakhiri dengan perkataan tentang ilmu Allah, iaitu firman-Nya: "Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". Ini membuktikan Allah sentiasa bersama kita ilmu-Nya, bukan zat-Nya. (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين Hlm. 80. Redza bin Nu'san Mu'ti)

Imam Ahmad telah menerangkan tentang maksud ayat ini:

اِفْتَتَحَ اْلاَيَة بِالعِلْمِ وَاخْتَتَمَهَا بِالْعِلْمِ

"Dimulakan ayat ini dengan memperkatakan ilmu dan diakhiri juga dengan memperkatakan ilmu". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين Hlm. 80. Redza bin Nu'san Mu'ti)

Menurut Imam Ahmad bahawa yang dimaksudkan:

“Allah bersama hamba-Nya ialah yang bersama ilmu-Nya bukan zat-Nya", Sebagaimana ditafsirkan oleh Ibn Jarir dari Ad-Dahak beliau menjelaskan:

"Dia (Allah) di atas 'ArasyNya dan yang bersama dengan mereka (manusia) ialah ilmuNya”.

Dan seterusnya beliau menjelaskan:

“Bahawasanya Dia menyaksikan mereka dengan ilmu-Nya dan Dia (Allah) di atas 'ArasyNya". (Lihat: الشريعة Hlm. 298. al-Ajiri. Ditahkik oleh Hamid)

Imam Ibn Katsir rahimahullah pula dengan tegas menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya:

وَلِهَذَا حَكَى غَيْرُ وَاحِدِ اْلاِجْمَاعِ عَلَى اَنَّ الْمُرَادَ بِهَذِهِ اْلاَيَةِ مَعِيَّةُ عِلْمهُ تَعَالَى

"Oleh kerana yang demikian, telah menceritakan bukan seorang malah secara ijmak atas kesepakatan mereka bahawa yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah Allah bersama seseorang ilmu-Nya". (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322)

Seterusnya Al-Hafiz Imam Ibn Katsir rahimahullah menjelaskan lagi:

لاَ يَغِيْبُ عَنْهُ مِنْ اُمُوْرِهِمْ شَـيْء ثُمَّ قَالَ تَعَالَى {ثُمَّ يُنَبِّئُهُمْ بِمَا عَمِلُوْا يَوْمَ الْقِيَامَةِ اِنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ عَلِيْمٍ}

"Tidak tersembunyi dari pengetahuan-Nya segala apapun perkara (urusan) mereka, oleh kerana itu Allah berfirman: Kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada Hari Kiamat apa yang mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu". (Lihat: Tafsir Ibn Kathir, jld. 4. hlm. 322)

وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ

"Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada". (QS. Al-Hadid, 57:4).

Menurut Ahli Sunnah wal-Jamaah maksud ayat di surah Al-Hadid 57: 4 ini ialah:

“Allah bersatu dengan mereka Kudrat-Nya, pendengaran, pentadbiran, kerajaan atau dengan makna kerububiyahan-Nya, sedangkan Dia di atas ‘Arasy-Nya dan di atas segala makhluk-makhluk-Nya”. (Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسمائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin)

Sufiyan At-Thauri rahimahullah telah menafsirkan ayat di atas dengan hadis riwayat Imam Bukhari:

"Sesungguhnya (apa yang dimaksudkan oleh) ayat tersebut ialah (yang bersama kita) Ilmu-Nya sebagaimana yang telah diriwayatkan (tentang ayat tersebut) dari Bukhari". (H/R Bukhari فى خلق افعال العباد. Lihat: الشرعة hlm 298. Al-Ajiri. الابانة الكبرى Jld. 1. Hlm. 194)

وَقَالَ الذَّهَبِى : رُوِيَ غَيْرُ وَاحِدٍ عَنْ معْدَانٍ قَالَ : سَاَلْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِى عَنْ قَوْلِهِ تَعَالَى : (وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْنَمَا كُنْتُمْ) قَالَ : بِعِلْمِهِ

"Berkata az-Zahabi: Telah diriwayatkan bukan sahaja hanya dari seorang, dari Ma'dan berkata: Aku telah bertanya kepada Sufiyan at-Thauri tentang firman Allah (Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada) beliau berkata: (Yang bersama ialah) Ilmu-Nya". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm.81. Redza bin Nu'san Mu'ti)

Berkata Ibn Jarir dalam menafsirkan ayat ini:

"Dia melihat kamu wahai manusia! Di mana sahaja kamu berada, Dia mengetahui (apa sahaja) tentang kamu dan mengetahui segala amal kamu.., Dan Dia di atas 'Arasy-Nya dan 'Arasy-Nya di atas langit yang ke tujuh". (Lihat: تفسير الطبري jld. 27. hlm. 125)

Abu Al-Qasim Al-Asfahani rahimahullah berkata:

"Maka jika sekiranya mereka mempersoalkan kamu tentang pentakwilan ayat (dan Dia bersama kamu di mana kamu berada) dan kamu menafsirkan (maksud ayat tersebut yang bersama ialah) Ilmu-Nya? Kami katakan: Kami tidak mentakwilkan kerana sesungguhnya ayat tersebut menunjukkan bahawa yang dimaksudkan yang bersama ialah ilmu-Nya kerana Dia berfirman diakhir ayat tersebut (Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui di atas segala sesuatu)". (Lihat: تفسير الطبري jld. 2. hlm. 186)

Berkata Imam Ibnu Katsir tentang ayat ini:

"Dia (Allah) mengawasi kamu, memerhatikan segala perbuatan kamu di mana sahaja kamu berada sama ada di daratan atau di lautan, dimalam hari atau disiangnya, di dalam rumah-rumah kamu atau di luar rumah. Maka segala-galanya itu dalam pengetahuanNya (ilmuNya) tanpa terkecuali. Segala-galanya adalah di bawah penglihatanNya, pendengaranNya, maka Dia mendengar percakapan kamu, melihat kedudukan kamu, mengetahui semua rahsia-rahsia kamu dan bisikan kamu kerana Dia telah berfirman:

اَلاَ اِنَّهُمْ يَثْنُوْنَ صُدُوْرَهُمْ لِيَسْتَخْفُوْا مِنْهُ اَلاَ حِيْنَ يَسْتَغْشُوْنَ ثِيَابَهُمْ يَعْلَمُ مَا يُسِرُّوْنَ وَمَا يُعْلِنُوْنَ اِنَّهُ عَلِيْمٌ بِذَاتِ الصُّدُوْرِ

"Ingatlah, sesungguhnya (orang munafik itu) memalingkan dada mereka untuk menyembunyikan diri daripadanya (Muhammad)! Ingatlah, diwaktu mereka menyelimuti dirinya dengan kain, Allah mengetahui apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka lahirkan! Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati". (QS. Hud, 11: 5)

Seterusnya Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman:

سَوَاءٌ مِّنْكُمْ مَّنْ اَسَرَّ الْقَوْلَ وَمَنْ جَهَرَ بِهِ وَمَنْ هُوَ مُسْتَخْفِ بِالَّيْلِ وَسَارِبُ بِالنَّهَارِ

"Sama sahaja (bagi Tuhan) siapa di antaramu yang merahsiakan ucapannya dan siapa yang berterus-terang dengan ucapannya itu, dan siapa yang bersembunyi dimalam hari dan yang berjalan disiang hari". (QS. Ar Ra'd, 13:10)

Seterusnya Imam Ibnu Katsir menjelaskan:

"Tiada Ilah (yang wajib diibadahi) selain Dia, tiada Tuhan (Pencipta) selain Dia dan telah thabit di dalam hadis sahih bahawa Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam bersabda kepada Jibril semasa ditanya tentang ihsan, baginda bersabda: Hendaklah kamu menyembah-Nya (Allah) seolah-olah kamu melihat-Nya dan jika kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihat kamu". (Lihat: تفسير ابن كثير. Jld. 4. Hlm. 304)


Bersama dan melihat tidaklah serupa kerana tidak semestinya melihat itu bersama pada zat-Nya.

Berkata Abu Hayyan Al-Andelusi, At-Thauri dan juga Al-Qurtubi:

وَهُوَ مَعَكُمْ اَيْ بِالْعِلْمِ وَالقَدْرِ

"Dia bersama kamu: Yang bersama ilmu-Nya dan kudrah-Nya". (Lihat: البحر المحيط Jld. 9. Hlm. 217. Dan تفسير القرطبى Jld. 18. Hlm. 137)


Semua keterangan di atas menjelaskan bahawa "Allah Maha Mengetahui" apa sahaja yang dilakukan oleh makhlukNya dan apa yang tersemat di hatinya kerana ilmu Allah bersamanya, bukan zatnya.

قَالَ الاَلُوْسِىْ وَاْلاَيَةُ تَمْثِيْلٌ لإِحَاطَةِ عِلْمُ اللهِ بِهِمْ وَتَصْوِيْرٌ لِعَدَمِ خُرُوْجِهِمْ عَنْهُ اَيْنَمَا كَانُوْا

“Berkata Al-Alusi: Semua ayat (yang memperkatakan persoalan di mana Allah, pent.) sebagai pembuktian bahawa ilmu Allah meliputi mereka dan menggambarkan bahawa tidak terlepasnya mereka dari ilmu Allah walaupun di mana mereka berada". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 82. Redza bin Nu'san Mu'ti)

قَالَ الْقَاسِمِي : وَقَدْ بَسَطَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ الْكَلاَمَ عَلَى الْمَعِيَّةِ فِى الرَّدِّ عَلَى الْجَهْمِيّةِ : وَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ فِى كِتَابِ اللهِ جَاءَ عَامًا كَمَا فِى هَاتَيْنِ اْلآيَتَيْنِ اَلْحَدَيْدِ وَالْمُجَادَلَةِ وَجَاءَ خَاصًافِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (اِنَّ اللهَ مَعَ الَّذِيْنَ اتَّقُوْا وَالَّذِيْنَ هُمْ مُحْسِنُوْنَ) وَقَوْلُهِ : (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا اَسْمَعُ وَاَرَى) وَقَوْلِهِ : (لاَتَحْزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) فَلَوْكَانَ الْمُرَادُ بِذَاتِهِ معَ كُلِّ شَيْءٍ لَكَانَ التَّعْمِيْمِ يُنَاقِضُ التَّخْصِيْص فَاِنَّهُ قَدْ عَلِمَ اَنَّ قَوْلَهُ : (لاَ تَحْزَنْ اِنَّ اللهَ مَعَنَا) اَرَادَ بِهِ تَخْصِيْصهُ وَاَبَا بَكْرٍ دُوْنَ عَدُوِّهِمْ مِنَ الْكُفَارِ

"Berkata Al-Qasimi: Imam Ahmad telah membentangkan bantahannya terhadap Jahmiyah tentang kepercayaan (مُعِيَّة) (Allah di mana-mana meliputi semua makhluk). Dan (Berkata Imam Ahmad): Lafaz ma'iyah (مَعِيَّةٌ) di dalam kitab Allah didatangkan secara am sebagaimana di dua potong ayat ini -al-Hadid dan al-Mujadalah - dan ada kalanya didatangkan secara khas sebagaimana firman Allah: (Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan mereka-mereka yang berbuat kebaikan). FirmanNya lagi: (Sesungguhnya Aku bersama kamu berdua, mendengar dan melihat). FirmanNya lagi: (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita). Jika sekiranya yang dimaksudkan di ayat ini bahawa zatnya berserta/bersama setiap sesuatu, tentulah jika dimaksudkan secara umum (bersama makhlukNya) ia bertentangan dengan yang khusus, sesungguhnya telah diketahui bahawa firman Allah (Janganlah engkau berdukacita sesungguhnya Allah bersama kita) jika dikehendaki (oleh Jahmiyyah) secara umum (Allah berserta makhlukNya ini tentulah di samping) bersama Rasulullah juga termasuklah Allah bersama musuh Rasulullah sedangkan Abu Bakar tidak terhitung musuh dari kalangan kuffar (musuh). Begitu juga firman Allah (Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa dan mereka yang berbuat baik) ayat ini khusus tidak termasuk orang-orang yang zalim dan pelaku maksiat". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 82-83. Redza bin Nu'san Mu'ti)

قَالَ اْلإِمَامُ اَحْمَدُ رَحِمَهُ الله : فَلَفْظُ الْمَعِيَّةِ لَيْسَتْ فِى لُغَةِ الْعرَبِ وَلاَ شيْء مِنَ الْقُرْآنِ اَنْ يُرَادَ بِهَا اِخْطِلاَط اِحْدَى الذَّاتَيْنِ بِاْلاُخْرَى كَمَا فِى قَوْلِهِ تَعَالَى : (مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ وَالَّذِيْنَ مَعَهُ) وَفِىقَوْلِهِ : (فَاُوْلَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِيْنَ) وَقَوْلِهِ (اِتَّقُوْا اللهَ وَكُوْنُوْا مَعَ الصَّادِقِيْنَ) وَفِى قَوْلِهِ : (وَجَاهِدُوْا مَعَكُمْ) وَمِثْلُ هَذَا كَثِيْرٌ فَامْتَنَعَ اَنْ يَكُوْنَ قَوْلُهُ (وَهُوَ مَعَكُمْ) يَدُلُّ عَلَى اَنَّ ذَاتَهُ مُخْتَلِطَةٌ بِذَوَاتِ الْخَلْقِ

"Maka lafaz (مَعِيَّةٌ) (Yang bermaksud bersama) yang terdapat dalam Bahasa Arab dan juga di dalam al-Quran tidak pernah diertikan lafaz tersebut (bersama atau berserta) kepada pengertian: "Bercampur/bersatunya dua zat (yang berlainan) antara satu dengan yang lain. Contohnya firman Allah: }Muhammad itu utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya{. FirmanNya: }Maka mereka itu bersama orang-orang yang beriman{. Dan firmanNya: }Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah dan bersamalah dengan orang-orang yang siddiqin{. Ayat seperti yang dicontohkan ini amat banyak. Ayat ini dapat menghalang dari memaksudkan firman Allah (Dia bersama kamu) yang menunjukkan bahawa ZatNya meliputi sekalian zat-zat makhlukNya". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 82-83. Redza bin Nu'san Mu'ti)

Berkata Al-Qasimi rahimahullah:

"Telah menjadi kebiasaan ucapan termasuk dalam tajuk yang lain yang jelas bahawa lafaz (مَعِيَّةٌ) "bersama/berserta" dalam apa bahasa sekalipun menunjukkan berkumpul, berserta dan bersama, jika dilibatkan dengan para hamba tidak dinafikan bahawa ia menunjukkan ketinggian 'Arasy-Nya. Kesimpulannya lafaz ma'iyah (bersama) dalam segala tempat mengikut perkiraan-Nya, berserta semua makhluk Ilmu-Nya, Kudrat-Nya serta Kekuasaan-Nya dan dikhususkan sebahagian mereka dengan pertolongan, kemenangan dan bantuan-Nya". (Lihat: محاسن التأويل. Hlm. 5674. Al-Qasimi)

Semua nas-nas di atas menunjukkan Allah Azza wa-Jalla bersama dengan sesiapa sahaja, tetapi yang bersama adalah ilmuNya bukan zatNya, kerana Allah bersemayam di atas ‘ArasyNya yang berada di atas langit. Inilah keyakinan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh:

َهُوَ اللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَاتَكْسِبُوْنَ

"Dan Dialah Allah (yang disembah), baik di langit atau di bumi, Dia mengetahui apa yang kamu lahirkan dan mengetahui apa yang kamu usahakan". (QS. Al-An'am, 6:3)

Berkata al-Ajiri tentang ayat di atas dalam membantah fahaman Jahmiyah:

وَمِمَّا يَلْبِسُوْنَ بِهِ عَلَى مَنْ لاَ عِلْم مَعَهُ قَوْلُهُ تَعَالَى (وَذَكَرَ اْلاَيَةُ السَّابِقَةُ) قَالَ : وَهَذَا كُلُّهُ اِنَّمَا يَطْلُبُوْنَ بِهِ الْفِتْنَةُ وَهُوَعِنْدَاَهْلِ الْعِلْمِ مِنْ اَهْلِ الْحَقِّ (وَهُوَاللهُ فِى السَّمَوَاتِ وَفِى اْلاَرْضِ يَعْلَمُ سِرَّكُمْ وَجَهْرَكُمْ وَيَعْلَمُ مَا تَكْسِبُوْنَ) هُوَ كَمَا قَالَ اَهْلُ الْحَقِّ : يَعْلَمُ سِرَّكُمْ مِمَّا جَاءَتْ بِهِ السُّنَنُ اَنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ عَلَى عَرْشِهِ وَعِلْمُهُ مُحِيْطٌ بِجَمِيْعِ خَلْقِهِ يَعْلَمُ مَا تُسِرُّوْنَ وَمَاتُعْلِنُوْنَ يَعْلَمُ الْجَهْرَ مِنْ الْقَوْلِ وَيَعْلَمُ مَاتَكْتُمُوْنَ

"Dan apa yang meyelubungi mereka yang tidak berilmu tentang firman Allah lalu berkata: Dan ini pada keseluruhannya sesungguhnya memerlukan penjelasan dari ahli ilmu dan ahli hak, yang mana pada hakikatnya (Dialah Allah Yang disembah), baik oleh mereka yang berada di langit ataupun di bumi, Dia Mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan dan Mengetahui apa yang kamu usahakan iaitu sebagaimana yang dikatakan oleh ahli kebenaran: Dialah Yang Mengetahui rahsia kamu sebagaimana yang didatangkan beritanya oleh sunnah-sunnah bahawasanya Allah 'Azza wa-Jalla di atas 'ArasyNya dan IlmuNya meliputi seluruh makhlukNya, Dia Mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka lahirkan, Mengetahui perkataan yang terang dan Mengetahui apa yang tersembunyi". (Lihat: عَلاَقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين. Hlm. 83-84)

Terdapat beberapa ayat yang menyerupai (maksud) ayat di atas, iaitu firman Allah:

وَهُوَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ اِلَهٌ وَفِى اْلاَرْضِ اِلَهٌ

"Dan Dialah Tuhan (Yang disembah) di langit dan Tuhan (Yang disembah) di bumi". (QS. Az-Zukhruf, 43:84)

Pengertian Ilah ialah: "Tuhan yang berhak disembah/diibadahi" iaitu Tuhan Yang Esa yang disembah oleh makhluk di langit (para Malaikat) sebagaimana Dia juga Tuhan Yang Maha Esa yang disembah oleh makhluk di bumi". (Lihat: الشرعية. Hlm. 298)

Adapun nas-nas di dalam al-Quran atau hadis-hadis sahih yang menjelaskan bahawa Allah di langit: "Allah bersemayam di atas 'Arasy-Nya" telah diulang berkali-kali.

- 4 -

Fitnah Dilontarkan kepada Wahhabi

Ramai dari kalangan ulama Ahli Sunnah yang difitnah oleh aktivis bid’ah, malah mereka sanggup berbohong atas nama ulama.

Antara mereka yang menjadi mangsa selain Imam Syafie ialah Ibn Taimiyah.

Mereka menuduh Ibn Taimiyah dengan berkata:

"Duduknya Tuhan di atas ‘Arasy sama dengan duduknya Ibn Taimiyah di atas kerusinya dan turunnya Tuhan dari langit sama seperti turunnya Ibn Taimiyah dari mimbar dan Tuhan itu dilihat (di sebelah) atas, boleh ditunjuk dengan anak jari ke atas”.

Kata-kata ini diambil dari Ibnu Bathutah, malangnya dia tidak pernah mendengar malah tidak pernah menghadiri majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh Ibn Taimiyah. Menurut catitan sejarah, sampainya Ibnu Bathutah di Damsyik pada hari Khamis 9hb. Ramadan 727H. Ibn Taimiyah dimasukkan ke penjara Damsyik pada awal bulan Sya'ban ditahun yang sama (727H). Tercatit dalam sejarah bahawa Ibn Taimiyah wafat pada malam Isnin 20hb. Zulqaidah 728H.

Ibn Taimiyah dituduh sebagai Wahabbi oleh mereka yang jahil tentang sejarah Ibn Taimiyah dan sejarah Muhammad bin Abdul Wahab, kerana kononnya Ibn Taimiyah menyerupakan Allah dengan makhlukNya (Mujassimah). Tuduhan ini berpunca dari kata-kata Ibn Bathutah, sedangkan Ibn Taimiyah penentang Musyabbihah dan Mujassimiyah sebagaimana penolakan beliau terhadap golongan Qadariyah, Jahmiyah dan Muktazilah. (Lihat: Syarah Hadis Nuzul. Hlm. 2. Zahir as-Syawisy. Cetakan kelima. 1397H-1977M. Al-Maktab al-Islami. Beirut)

Timbul persoalan, bagaimana Ibnu Bathutah boleh melihat Ibn Taimiyah menyampaikan ilmu di atas mimbar Jamek dan boleh mendengar majlis ilmunya sedangkan setibanya Ibnu Bathutah di Damsyik Ibn Taimiyah telah dimasukkan ke dalam penjara? (Lihat: Syarah Hadis Nuzul. Hlm. 2. Zahir as-Syawisy. Cetakan kelima. 1397H-1977M. Al-Maktab al-Islami. Beirut)

Begitu juga, Ibn Taimiyah tidak pernah menyampaikan ilmunya di atas mimbar Jamek sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Bathutah: "Aku menghadiri majlisnya pada hari Jumaat, dia sedang menyampaikan ilmunya di atas mimbar Jamek". Malah Ibn Taimiyah tidak pernah berkhutabah di atas mimbar walaupun Ibnu Bathutah mendakwa: "Dia turun dari tangga-tangga mimbar". Kebiasaannya Ibn Taimiyah hanya duduk di atas kerusi semasa beliau menyampaikan pelajarannya.

Sebenarnya Ibnu Bathutah tidak pernah menulis tentang pelayarannya dengan tangannya sendiri.(Lihat: Syarah Hadis Nuzul. Hlm. 2. Zahir as-Syawisy. Cetakan kelima. 1397H-1977M. Al-Maktab al-Islami. Beirut)

- 5 -

DI MANA ALLAH?

Allah telah mengkhabarkan dengan firman-Nya bahawa Dia mempunyai sifat, zat, nama dan bersemayam di atas ‘ArasyNya. Amat mustahil Bahasa Arab yang jelas yang digunakan oleh Allah Azza wa-Jalla di dalam al-Quran untuk menjelaskan tentang sifat, zat, nama dan tentang bersemayam di atas ‘Arasy-Nya tidak dapat difahami oleh hamba-Nya.

Allah telah menjelaskan dengan firman-Nya bahawa dijadikan al-Quran dalam Bahasa Arab agar mudah difahami oleh para hambaNya.

وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَّسُوْلٍ إِلاَّ بِلِسَانِ قَوْمِهِ لِيُبَيِّنَ لَهُمْ

“Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka”. (QS. Ibrahim 14:4)

لِسَانُ الَّذِيْ يُلْحِدُوْنَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُبِيْنٌ

“Padahal bahasa orang yang mereka tuduhkan (bahawa) Muhammad belajar kepadanya bahasa ‘Ajam, sedangkan al-Quran adalah dalam Bahasa Arab yang terang”. (QS. An-Nahl, 16:103)

إِنَّا جَعَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُوْنَ

“Sesungguhnya Kami menjadikan al-Quran dalam Bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)”.
(QS. Az-Zukhruf. 43:3)

Ayat-ayat di atas menjelaskan bahawa bahasa al-Quran adalah bahasa yang jelas agar kita mudah memahaminya.

Maka sudah pasti firman Allah di bawah ini dapat difahami dengan mudah

Allah berfirman:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy-Nya". (QS. Taha, 20:5)

اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

"Sesungguhnya Tuhanmu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa. Lalu Dia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-A'raaf, 7:54)

اِنَّ رَبَّكُمُ اللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثَمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

"Sesungguhnya Tuhanmu itu adalah Allah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Yunus, 10:3)

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

"Kemudian Dia (Allah) bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Al-Furqan, 25:59)

اَللهُ الَّذِيْ رَفَعَ السَّمَوَاتِ بِغَيْرِ عَمَدٍ تَرَوْنَهَا ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

"Allah adalah Zat yang mengangkat langit tanpa tiang yang kamu lihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Ar-Ra'd, 13:2)

اَللهُ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُمْ مِنْ دُوْنِهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلاَ شَفِيْعٍ اَفَلاَ تَتَذَكَّرُوْنَ

"Allah-lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy. Tidak ada bagi kamu selain daripadaNya seorang penolongpun dan tidak seorang pemberi syafa'at. Maka apakah kamu tidak berfikir?". (QS. As-Sajadah, 32:4)

هُوَ الَّذِيْ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالاَرْضَ فِى سِتَّةِ اَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

"Dialah yang telah menjadikan langit dan bumi dalam enam hari (masa) kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arasy". (QS. Al-Hadid, 57:4)

ءَ اَمِنْتُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ اَنْ يَخْسِفَ بِكُمْ اْلاَرْضَ

"Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang di langit bahawa Dia akan menyungkir-balikkan bumi bersama kamu". (QS. Al-Mulk, 67:16)

اِلَيْهِ يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَالِحُ يَرْفَعُهُ

"KepadaNya (Allah yang di langit) naik perkataan-perkataan yang baik dan amal soleh dinaikkanNya". (QS. Fathir, 35:10)

"Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepadaNya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana". (QS. An-Nisa', 4:158)

يَاعِيْسَى اِنِّيْ مُتَوَفِّيْكَ وَرَافِعُكَ اِلَيَّ

"Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mematikan engkau dan mengangkatmu kepada-Ku!". (QS. Ali Imran, 3:55)

يَخَافُوْنَ رَبَّهُمْ مِنْ فَوْقِهِمْ وَيَفْعَلُوْنَ مَا يُؤْمَرُوْنَ

"Mereka takut kepada Tuhan mereka yang di atas mereka (di langit) dan melaksanakan apa yang diperintahkan (kepada mereka)". (QS. An-Nahl, 16:50)

Telah dijelaskan di dalam al-Quran, mutawatir di sunnah Rasul-Nya serta ijmak para ulama Salaf as-Soleh bahawa Allah Ta'ala di langit. Dia bersemayam di atas 'Arasy-Nya. (Lihat: علاقات الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين)

Sesiapa yang tidak menerima dan menolak berita ini, dia adalah seorang yang kufur terhadap wahyu Allah kerana berita penerangan yang menjelaskan Allah di langit dan bersemayam di atas ‘Arasy-Nya merupakan wahyu dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala.

- 6 -

Benarkah Allah Di Mana-Mana?

Dalam hadis-hadis sahih terdapat banyak keterangan yang menunjukkan bahawa Allah itu di atas langit ketujuh sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam al-Quran. Nabi Muhammad telah menjelaskan bahawa Allah itu di langit. Penjelasan ini juga dengan menggunakan Bahasa Arab yang jelas dan terang. Pastinya ia mudah difahami oleh mereka yang mahu beriman.

Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

قَوْلُهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَبُّنَا الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ تَقَدَّسَ اسْمُكَ ، اَمْرُكَ فِى السَّمَاءِ وَالاَرْضِ كَمَا رَحْمَتُكَ فِى السَّمَاءِ اِجْعَلْ رَحْمَتَكَ فِى اْلاَرْضِ اِغْفِرْلَنَا حُوْبَنَا وَخَطَايَانَا اَنْتَ رَبُّ الطَّيِّبِيْنَ اَنْزِلْ رَحْمَةً مِنْ رَحْمَتِكَ وَشِفَاءً مِنْ شِفَاءِ كَ عَلَى الْوَجَعِ

"Ya Tuhan kami, Tuhan yang di langit! Engkau mensucikan nama-Mu (juga) urusan-Mu yang di langit dan di bumi. Sebagaimana halnya rahmat-Mu di langit itu, maka jadikanlah pula rahmat-Mu itu di bumi. Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kami. Turunkanlah suatu rahmat dari antara rahmat-Mu dan suatu kesembuhan dari kesembuhan yang datang dari-Mu atas penyakit ini, hingga benar-benar sembuh". (H/R Abu Daud. No. 2892. Ahmad 6/21. (Hadis hasan))

عَنِ بْنِ مَسْعُوْد قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلْعَرْشُ فَوْقَ الْمَاءِ وَاللهُ فَوْقَ الْعَرْشِ لاَ يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ مِنْ اَعْمَالِكُمْ . وَفِى الرِّوَايَةِ : وَهُوَ يَعْلَمُ مَا اَنْتُمْ عَلَيْهِ

"Dari Ibn Mas'oud berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: 'Arasy itu berada di atas air dan Allah berada di atas 'Arasy. Tidak satupun dari amal kamu yang tersembunyi dari pengetahuanNya. Dan pada riwayat yang lain: Dia Mengetahui apa yang kamu kerjakan". (H/R Abu Daud, Abdullah bin Ahmad, Tabrani dan Baihaqi (Hadis hasan, sanadnya sahih))

اَلاَ تَامِنُوْنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ

"Tidakkah kamu mahu percaya kepada aku sedangkan aku dipercayai oleh Yang di langit (Allah yang di langit)". (H/R Bukhari No. 4351)

Pengertian (فِى السَّمَآءِ) "Di langit" ialah (عَلَى السَّمَآءِ) "Di atas langit" bukan meliputi semua langit sebagaimana penjelasannya dari hadis:

اِنَّ اللهَ كَتَبَ كِتَابًا فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ

"Sesungguhnya Allah Menulis segala ketentuan yang berada di sisiNya di atas 'Arasy". (H/R Bukhari dan Muslim)

Hadis di atas menjelaskan Allah berada di atas ‘ArasyNya bukan meliputi ‘Arasy. Hadis ini diperkuat oleh firman Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Tuhan Yang Maha Pemurah, bersemayam di atas 'Arasy". (QS. Taha, 20:5)

Ayat ini menjelaskan bahawa Allah di atas ‘Arasy bukan meliputi ‘Arasy atau meliputi seluruh langit.

ثُمَّ اسْتَوَى اِلَى السَّمَآءِ

"Dan Dia berkehendak menuju langit". (QS. Al-Baqarah, 2:29)

Menurut al-Baghawi yang dinukil dari Ibn Abbas dan ramai lagi para mufassir, bahawa apabila memperkatakan tentang (di mana Allah) mereka hanya berpegang pada lahir lafaz "Istawa" (استوى) “bersemayan di atas ‘Arasy dan ‘Arasy-Nya di langit”. Menyerahkan kepada ilmu Allah bagaimananya ke-Tinggian Allah 'Azza wa-Jalla yang sebenarnya. (Lihat: القواعد الْمُثْلَى فى صفات الله واسكائه الحسنى Hlm. 58. Uthaimin) Allah mempunyai zat “Jisim”. Namun, zat Allah Yang Maha Esa tidak menyerupai zat makhluk-Nya, kerana Allah Subhanahu wa-Ta’ala telah firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

Tiada sesuatu yang menyerupai-Nya”.

وَلَمْ يَكُنْ لَه كُفُوًا اَحَدٌ

“Dan tidak ada seseorangpun yang setara dengan-Nya”. (QS. Al-Ikhlas, 112:4)

Berkata Ibn Taimiyah:

مِنَ اْلاِيْمَانِ بِاللهِ : اَلاِيْمَانُ بِمَا وَصَفَ بِهِ نَفَسَهُ مِنْ غَيْرِتَحْرِيْفِ فى كِتَابِهِ ، وَبِمَا وَصَفَ بِهِ رَسُوْلَهُ مِنْ غَيْرِ تَحْرِيْفِ وَلاَ تَعْطِيْل وَغَيْرِ تَكْيِيْفِ وَلاَ تَمْثِيْلِ بَلْ يُؤْمِنُ بِاَنَّ اللهَ سُبْحَانَهُ (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ)

"Beriman kepada Allah ialah beriman dengan apa yang disifatkannya sendiri tanpa tahrif mengikut sebagaimana di dalam kitab-Nya, mengikut sebagaimana disifatkan oleh Rasul-Nya tanpa tahrif, ta'til (meniadakan sifat Ilahiyah, mengingkari keberadaan sifat-sifat tersebut pada Zat-Nya), tanpa takyif (diperbagaimana) dan tanpa tamsil (memisalkan dengan makhluk), sebaliknya beriman bahawa Allah Subhanahu wa-Ta’ala (Tiada sesuatu yang semisal denganNya dan Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat)".(Lihat: Syarah al-Akidah al-Wasitiyah. Hlm. 17-19, Ibn Taimiyah. Cetakan ketiga. al-Maktabah as-Salafiyah, Madinah al-Munawarah. Saudi Arabia)

Ibn Taimiyah berkata tentang golongan berjaya dan menolak Musyabbihah:

"Fahaman (yang selamat ialah) yang pertengahan, bukan golongan Jahmiyah yang menta'til (sifat Allah) dan bukan juga golongan ahli tamsil seperti Musyabbihah". (Lihat: Mujmal Iktiqad Aimmatus Salaf. Hlm. 86, Dr. Abdullah bin Abdulmuhsin at-Turky. Cetakan pertama. 1413 -1993. Muassasah ar-Risalah. Beirut)

Ulama Ahli Sunnah Wal-Jamaah Sepakat bahawa Allah Bersemayam di atas 'Arasy-Nya.

Kesepakatan Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan akidah para Salaf al-Ummah meyakini firman Allah di bawah ini (tanpa tamsil, tasybih, ta’wil, tahrif dan takyif).

Firman Allah:

اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

"Allah bersemayam di atas 'Arasy-Nya"

Ummi Salamah radiallahu 'anha berkata:

"Al-Istiwa (bersemayam) itu tidak majhul (maklum/diketahui), caranya pula tidak diketahui (majhul) namun berikrar (berpegang) dengannya adalah keimanan dan menentangnya (tidak percaya bahawa Allah bersemayam) adalah kufur". (Lihat: علاقة الاثبات والتفويض بصفات رب العالمين hlm. 32. Redza bin Nu'san Mukti. Dikeluarkan juga oleh al-Lalakaii dalam شرح اصول السنة)

Semasa Imam Malik rahimahullah ditanya tentang maksud ayat:

اَلرَّحْمَنٌ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas ‘Arasy.”

Beliau menjawab:

اَلاِسْتِوَاءُ مَعْلُوْمٌ وَالْكَيْفُ مَجْهُوْلٌ وَالاِيْمَانُ بِه وَاجِبٌ وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ

"Al-Istiwa adalah sesuatu yang telah dimaklumi,(mempertanyakan) bagaimana (bentuk, rupa dan keadaannya) adalah mempertanyakan sesuatu yang majhul (tidak diketahui), mengimani perkara tersebut adalah wajib dan mempersoalkannya adalah merupakan suatu yang bid'ah". (Al-Akidah al-Wasitiyah. Ibn Taimiyah. Syarah Soleh Fauzan al-Fauzan. Hlm. 14)

Imam Malik rahimahullah:

Istiwanya Allah di atas 'Arasy-Nya menunjukkan ketinggian-Nya atas segala makhluk dan Dia sentiasa berada dalam ketinggian.

Dalil-dalil dari al-Quran yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضَ وَلاَ يَؤُوْدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمِ

"Dan Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan Dia (Allah) Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Al-Baqarah, 2:255)

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ اْلاَعْلَى

"Sucikanlah nama Rabbmu Yang Paling Tinggi". (QS. Al-A'la, 87:1)

اِنَّ اللهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيْرًا

"Sesungguhnya Allah itu Maha Tinggi lagi Maha Besar". (QS. An-Nisa, 4:34)

ذَلِكَ بِاَنَّ اللهَ هُوَ الْحَقُّ وَاَنَّ مَا يَدْعُوْنَ مِنْ دُوْنِهِ هُوَالْبَاطِلُ وَاَنَّ اللهَ هُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"(Kuasa Allah) yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah, Dialah (Rabb) yang Hak dan sesungguhnya apa saja yang mereka seru selain Allah, itulah yang batil. Dan sesungguhnya Allah, Dialah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Al-Haj, 22:62)

"Yang Maha Mengetahui semua yang ghaib dan yang nyata (yang nampak atau yang lahir), Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi". (QS. Ar-Ra'ad, 13:9)

حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ قَالُوْا الْحَقَّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"Sehingga apabila telah dihilangkan ketakutan dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang telah difirmankan oleh Rabbmu, mereka menjawab: (Perkataan) yang hak (benar). Dan Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung". (QS. Saba', 34:23)

اِنَّهُ عَلِيٌّ حَكِيْمٌ

"Sesungguhnya Dia (Allah Subhanahu wa-Ta'ala) Maha Tinggi lagi Maha Bijaksana". (QS. Asy-Syura, 42:51)

Hadis-hadis sahih yang menjelaskan ketinggian Allah Subhanahu wa-Ta'ala:

1 - عَنْ اَبِيْ هُرَيْرَةَ اَنَّ النَّبِيَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اِذَا قَضَى اللهُ اْلاَمْرَ فِى السَّمَآءِ ضَرَبَتِ الْمَلاَئِكَةُ بِاَجْنِهَتِهَا خَضْعَانًا لِقَوْلِهِ كَاَنَّهُ سِلْسِلَةٌ عَلَى صَفْوَانٍ يُنْقِذُهُمْ ذَلَكَ حَتَّى اِذَا فُزِّعَ عَنْ قُلُوْبِهِمْ قَالُوْا : مَاذَا قَالَ رَبُّكُمْ ؟ قَالُوْا الْحَقُّ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْكَبِيْرُ

"Dari Abu Hurairah radiallahu 'anhu bahawasanya Nabi sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda: Apabila Allah menetapkan perintah di atas langit para malaikat memukul sayap-sayapnya kerana patuh akan firmanNya seakan-akan terdengar seperti gemerincing rantai (yang ditarik) di atas batu rata, hal itu menakutkan mereka (sehingga mereka jatuh pengsan kerana takut). Ketika dihilangkan rasa takut dari hati mereka, mereka berkata: Apakah yang difirmankan oleh Tuhanmu). Mereka menjawab: Firman Al-Hak yang benar dan Dialah yang Maha Tinggi dan Maha Besar". (H/R Bukhari dan Ibnu Majah. Disahihkan oleh al-Albani)

2 - عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِتَّقُوْا دَعْوَةَ الْمَظْلُوْمِ فَاِنَّهَا تَصْعَدُ اِلَى اللهِ كَاَنَّهَا شِرَارَةٌ . وَفِى لَفْظٍ : اِلَى السَّمَآءِ

"Dari Abdullah bin Umar radiallahu 'anhuma berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Hati-hatilah kamu dari doa orang yang teranaiya (dizalimi atau diperlakukan secara tidak adil) kerana sesungguhnya doa mereka naik kepada Allah seperti bunga api. Pada lafaz yang lain, naik ke langit". (H/R al-Hakim, ad-Darimi dan az-Zahabi (disahihkan oleh al-Albani))

3 - عَنْ جَـابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِى خُطْبَتِهِ يَوْمَ عَرَفَةَ : اَلاَ هَلْ بَلَّغْتُ ؟ فَقَالُوْا : نَعَمْ . فَجَعَلَ يَرْفَعُ اِلَى السَّـمَاءِ وَيَنْكُتُهَا اِلَيْهِمْ وَيَقُوْلُ : اَللَّهُمَّ اشْهَدْ

"Dari Jabir bin Abdullah radiallahu 'anhu bahawa Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam bersabda semasa berkhutbah di hari 'Arafah: Apakah aku sudah sampaikan (risalahku)? Para sahabat menjawab: Ya! Kemudian Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam mengisyaratkan jari telunjuknya ke langit lalu bersabda: Ya Allah saksikanlah!". (H/R Bukhari, Muslim, Abu Daud, ad-Darimi dan Ibn Majah (Disahihkan oleh al-Albani))

4 - عَنِ سَـعِيْدِ الْخُـدْرِيِّ اَنَّ رَسُـوْلَ اللهِ صَلَّى عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ قَالَ : اَلاَ تَاْمَنُوْنَنِيْ وَاَنَا اَمِيْنٌ مَنْ فِى السَّمَآءِ يَاْتِنِيْ خَبَرٌ مِنَ السَّمَآءِ صَبَاحٌ وَمَسَاءٌ

"Dari Sa'ed al-Khudri sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah bersabda: Tidakkah kamu mempercayai aku sedangkan aku yang dipercayai oleh ( Zat) Yang berada di atas langit Yang menurunkan khabar (wahyu) pada waktu pagi dan petang?". (H/R Ahmad. 3/4. Bukhari. No. 4351. Muslim, bab az-Zakah. 144. Ahmad, Abu Daud, an-Nasaii dan Baihaqi)

5 - قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اَلرَّاحِمُوْنَ يَرْحَمُهُمُ الرَّحْمَنُ اِرْحَمُوْا مَنْ فِى اْلاَرْضِ يَرْحَمُكُمْ مَنْ فِى السَّمَآءِ

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Orang-orang yang menyayangi akan disayangi oleh Ar-Rahman (Allah). Sayangilah orang yang di bumi, akan disayangi oleh Yang di langit (Allah)". (H/R Abu Daud. 4941, hadis hasan sahih. H/R al-Baihaqi dalam "Asma wa as-Sifat" hlm. 300)

6 - قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : وَالَّذِيْ نَفْسِىْ بِيَدِهِ ، مَا مِنْ رَجُـلٍ يَدْعوْ اِمْرَاَتَهُ اِلَى فِرَاشِـهِ فَاَبَى عَلَيْهِ ، اِلاَّ كَانَ الَّذِيْ فِى السَّمَآءِ سَاخِطًا عَلَيْهَا حَتَّى يَرْضَى عَنْهَا

"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Demi nyawaku yang di tanganNya, tidaklah seseorang lelaki (suami) yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya maka ia (isterinya) enggan mematuhinya kecuali Yang di langit (Allah) akan mengutuknya (memurkainya) sehinggalah ia diredhai oleh suaminya". (H/R Muslim, bab an-Nikah. 121)

7 - اِنَّهُ سَـاعَةٌ تُفْتَحُ فِيْهَا اَبْوَابَ السَّـمَآءِ فَاُحِبُّ اَنْ يَصْعَدَ لِيْ فِيْهَا عَمَلٌ صَالِحٌ

"Sesungguhnya pada waktu itu dibuka pintu-pintu langit, maka aku suka amal-amal solehku diangkat naik pada saat tersebut". (H/R Ahmad dan Turmizi. (Hadis sahih))

8 - كَمْ اِلَهًا تَعْبُدُ الْيَوْمَ ؟ قَال : سَبْعَةٌ . سِتَّةٌ فِى اْلاَرْضِ وَوَاحِدٌ فِى السَّمَآءِ . فَقَالَ : فَاِذَا اَصَابَكَ الضَّرَرَ فَمَنْ تَدْعُوْا ؟ قَالَ : اَلَّذِيْ فِى السَّمَاءِ

"Bertanya Rasulullah (kepada Amran bin Hussin sebelum beliau memeluk Islam): Berapa tuhan yang engkau sembah pada hari ini? Beliau menjawab: Tujuh, enam di bumi dan satu di langit. Baginda bertanya: Diketika engkau ditimpa bahaya maka tuhan yang mana yang engkau seru? Beliau menjawab: Tuhan yang di langit". (H/R Al-Baihaqi dalam "Al-Asma wa-Sifat" hlm. 300)

9 - Zainab radiallahu ‘anha berbangga kerana beliau dinikahkan oleh Allah yang di atas langit yang ketujuh:

زَوَّجَكُنَّ اَهَالِيكُنَّ وَزَوَّجَنِيَ اللهُ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ

"Kamu dikahwinkan oleh ahli-ahli kamu dan aku dikahwinkan oleh Allah dari atas langit yang ketujuh". (H/R Bukhari No. 7420. Baihaqi "Al-Asma wa-Sifat". Hlm. 296)

10 - Semasa kewafatan 'Aisyah, Ibn Abbas radiallahu ‘anhu berkata kepadanya:

كُنْتُ اُحِبُّ نِسَـاءَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ وَلَمْ يَكُنْ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ اِلاَّطَيِّبًا وَاَنْزَلَ اللهُ بَرَاءَ تكِ مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتِ

"Aku sentiasa mencintai para isteri Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam sebagaimana mencintai Rasulullah dan tidak pernah Rasulullah salallahu 'alaihi wa-sallam mencintai sesuatu kecuali kerana kebaikannya dan Allah telah membersihkan engkau dari atas langit yang ketujuh". (H/R Bukhari No. 7421)

11 - قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ : هَذِهِ اِمْرَاَةٌ سَمِعَ اللهُ شَكْوَاهَا مِنْ فَوْقَ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ هَذِهِ خَوْلَةُ بِنْتُ ثَعْلَبَةُ

"Berkata 'Umar bin al-Khattab: Inilah wanita yang didengar oleh Allah pengaduannya dari atas langit yang ketujuh, inilah Khaulah binti Thalabah". (Dikeluarkan oleh al-Baihiqi di dalam sanadnya.Lihat: اجتماع الجيوش الاسلامية hlm. 39. Ibn Qaiyim)

12 - لَمَّا قَضَى اللهُ الْخَلْقَ كَتَبَ كِتَابًا عِنْدَهُ سَبَقَتْ رَحْمَتِيْ غَضَبِيْ فَهوْ عِنْدَهُ فَوْقَ السَّمَآءِ

"Setelah Allah mencipta makhluk, ditulis satu kitab di sisiNya: RahmatKu mendahului kemurkaanKu, maka ia di sisiNya di atas 'Arasy". (H/R Bukhari, 7554. Muslim, bab at-Taubah, 14)

Dalil-dalil di atas menerangkan bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersemayam di atas 'Arasy-Nya. 'Arasy-Nya berada di atas langit yang ketujuh sebagaimana yang telah disepakati oleh jumhur ulama Salaf as-Soleh.

"Allah mempunyai sifat, mempunyai tangan, bersemayam di atas 'Arasy-Nya, mempunyai muka dan al-Quran itu Kalamullah bukan makhluk dan ia diturunkan (dari langit)". (Lihat: اعتقاد ائمة الحديث Hlm. 50-51. Ismaili)

Imam Abu Hasan al-Asy'ari rahimahullah:

Mengingkari keterangan dan penetapan nama-nama, sifat, zat dan perbuatan Allah sebagaimana yang terdapat pada dalil-dalil dari al-Quran, hadis-hadis dan athar yang sahih ini adalah kufur hukumnya.

Imam al-Auza'ie dianggap Imam ahli Syam dizamannya, beliau telah menegaskan:

كُنَّا وَالتَّابِعُوْنَ مُتَوَافِرُوْنَ نُقُوْلُ : اَنَّ اللهَ عَلَىعَرْشِهِ وَنُؤْمِنُوْا بِمَاوَرَدَتْ بِهِ السُّنَةَ مِنْ صِفَاتِ اللهِ تَعَالَى

"Kami dan para Tabi'in sepakat menetapkan dengan qaul kami bahawa:

Sesungguhnya Allah di atas 'Arasy-Nya dan kami beriman dengan apa yang telah dinyatakan oleh sunnah berkenaan sifat-sifat Allah Ta'ala". (Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 406. Ibn Hajar al-Asqalani)

عَنْ عَبْدِاللهِ بْنِ وَهَبٍ قَالَ : كُنْتُ عِنْدَ مَالِكٍ فَدَخَلَ رَجُلٌ فَقَالَ : يَا اَبَا عَبْدَ الرَّحْمَن " اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى " كَيْفَ اسْتَوَى ؟ فَاَطْرَقَ مَالِكُ فَاَخَذَتْهُ الرَّحْضَاءَ ثُمَّ رَفَعَ رَاْسَهُ فَقَالَ : اَلرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَىكَمَاوَصَفَ بِهِ نَفْسَهُ وَلاَ يُقَالُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوْعٌ وَمَا اَرَاكَ اِلاَّ صَاحِبُ بِدْعَة فَاَخْرِجُوْهُ

"Abdullah bin Wahab berkata: Aku pernah bersama Malik maka masuk seorang lelaki lalu bertanya: Wahai Aba Abdul Rahman! "Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy", bagaimana Dia bersemayam? Beliau terus mengingkari dan dengan keadaannya yang marah sambil mengangkat kepalanya berkata: Ar-Rahman (Allah) bersemayam di atas 'Arasy-Nya sebagaimana yang telah disifatkan oleh Allah pada dirinya sendiri dan janganlah ditanya bagaimana dan kenapa kerana telah marfu' tentangnya, dan tidaklah aku ketahui tentang dirimu kecuali seorang pelaku bid'ah, maka keluarkanlah dia". (Lihat: فتح البارى. Jld. 13. Hlm. 407. Ibn Hajar al-Asqalani)

Bertanyakan "Bagaimana Allah bersemayam di atas 'Arasy" dianggap oleh Imam Malik dan Rabi'ah sebagai pertanyaan yang haram dan bid'ah, kerana bertanya tentang apa yang tidak diketahui oleh manusia, dan sesuatu yang tidak diketahui maka tidak mungkin mereka akan memperolehi jawapannya. (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi)

Sesungguhnya memperkatakan sifat-sifat Allah adalah sebahagian dari memperkatakan tentang zat-Nya, sebagaimana akal tidak berdaya mengetahui tentang zat-Nya maka begitu jugalah akal tidak mampu mengetahui tentang bagaimananya sifat Allah. (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi) Beginilah manhaj yang diikuti oleh para Salaf as-Soleh rahimahumullah (tentang memahami sifat dan zat Allah 'Azza wa-Jalla), mereka meletakkan kesempurnaan akal mengikut tempat dan kadar kemampuannya (الدعوة السلفية فى مفهومها الصحيح عقيدة وعبادة Hlm. 92. Sa'udin Mohammad Al-Kasbi) dan tidak mencabuli ayat-ayat dan sabda Nabi-Nya dengan akal dan hawa nafsunya.

قَالَ التُّرْمِزِيُّ : وَهُوَ عَلَى الْعَرْشِ كَمَا وَصَفَ بِهِ نَفْسهُ فِى كِتَابِهِ كَذَا قَالَ غَيْرُ وَاحَدٍ مِنْ اَهْلِ الْعِلْمِ

"Berkata Turmizi:

Ia bersemayam di atas 'Arasy sebagaimana yang disifatkan-Nya sendiri di dalam kitab-Nya. Beginilah perkataan ahli ilmu yang bukan seorang sahaja yang mengatakannya seperti itu". (Lihat: عون المعبود. Jld. 13. Hlm. 42)

- 8 -

Allah di Langit

Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mengikut pemahaman para Salaf as-Soleh, mereka sepakat meyakini bahawa Allah di langit yang ketujuh bersemayam di atas 'Arasy-Nya.

Abdullah bin al-Mubarak semasa beliau ditanya tentang di mana Allah

وَقِيْلَ لِعَبْدِاللهِ بْنِ الْمُبَارَكِ كَيْفَ نَعْرِفُ رَبَّنَا قَالَ بِاَنَّهُ فَوْقَ السَّمَآءِ السابِعَةِ عَلَى الْعَرْشِ

"Dan ketika ditanyakan kepada Abdullah bin al-Mubarak: Bagaimana kita mengetahui Tuhan kita? Beliau berkata: Kita mengetahui-Nya bahawa sesungguhnya Dia di langit yang ketujuh di atas 'Arasy-Nya". (Lihat: السنة hlm. 5. Abdullah bin al-Imam Ahmad)

Jahmiyah tidak dianggap golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah kerana tergelincir dari manhaj Salaf. Mereka tidak mempercayai Allah di langit:

وَقِيْلَ لِيَزِيْدِ بْنِ هَارُوْن : مَنِ الْجَهْمِيَّةُ ؟ فَقَالَ : مَنْ زَعَمَ اَنَّ الرَّحْمَنَ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى عَلَى خِلاَفِ مَا يَقِرُّ فِى قُلُوْبِ الْعَامَةِ فَهُوْ جَهْمِيْ

"Dan ditanyakan kepada Yazid bin Harun: Siapa Jahmiyah? Maka beliau berkata: Sesiapa yang mempercayai bahawa Ar-Rahman (Allah) bersemayam di 'ArasyNya tetapi tidak sebagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Islam, maka itulah Jahmiyah". (Lihat: الابانة الكبرى (ق195/1) Ibn Battah)

Jahmiyah mempercayai Allah bersemayam di ‘Arasy, tetapi tidak percaya Allah di langit, maka sesiapa yang mempunyai keyakinan seperti ini dia adalah Jahmiyah.

Berkata Hamad bin Zaid:

"Jahmiyah ialah mereka yang menyatakan bahawa di langit tidak ada sesuatu (Allah bukan di langit)".(Lihat: ابانة الكبرى Ibn Battah (ق917/1). Lihat:الرد على الجهمية Ibn Abi Hatim. Lihat: السنةhlm. 12. Abdullah bin Ahmad)

Antara ayat yang disalah-tafsir oleh ahli bid'ah dan Jahmiyah ialah:

قَالَ لاَ تَخَافَا ، اِنَّنِيْ مَعَكُمَآ اَسْمَعُ وَاَرَى

"Allah berfirman: Janganlah kamu berdua merasa takut, sesungguhnya Aku berserta kamu berdua, Aku Mendengar dan Melihat". (QS. Taha, 20:46)

Ayat (اِنَّنِيْ مَعَكُمَا) "Sesungguhnya Aku berserta kamu berdua" ialah ilmu-Nya.

Iaitu ilmu Allah berserta kita dan meliputi segala-galanya.

Allah Maha Mengetahui kerana ilmu pengetahuan Allah berada di mana-mana.

Allah berserta kita dengan ilmu-Nya kerana Dia Mendengar dan Melihat kita. (Lihat: العقيدة الاسلامية من الكتاب والسنة الصحيحة hlm. 18)

Namun, Allah bersemayam di atas ‘Arasy-Nya.

Ayat di atas dapat dijelaskan dengan nas-nas di bawah ini:

(اِنَّكُمْ تَدْعُوْنَ سَمِيْعًاقَرِيْبًا وَهُوَ مَعَكُمْ (اَيْ مَعَكُمْ بِعِلْمِهِ

"Sesungguhnya kamu menyeru Yang Maha Mendengar, Yang Hampir Yang sentiasa berserta kamu (iaitu Ilmu-Nya)". (H/R Muslim)

وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ وَيَعْلَمُ مَا فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَا تَسْقُطُ مِنْ وَرَقَةٍ اِلاَّ يَعْلَمُهَا وَلاَ حَبَّةٍ فِىظُلُمَاتِ اْلاَرْضِ وَلاَرَطْبٍ وَلاَيَابِسٍ اِلاَّفِىكِتَابٍ مُّبِيْنَ

"Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia Mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia Mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Loh Mahfuz)". (QS. Al-An'am, 6:59)

Hadis yang menunjukkan Allah di atas 'ArasyNya, 'ArasyNya di langit dan ilmuNya di mana-mana ialah:

قَالَ مُعَاوِيَةُ بْنُ حَكَمُ السُّلَمِى وَكَانَتْ لِيْ جَارِيَةٌ تَرْعَى غَنَمًا لِيْ اُحدٍ وَالْجُوَانِيَةِ فَاطَّلَعْتُ ذَاتَ يَوْمٍ فَاِذَا بِالذِّئْبِ قَدْ ذَهَبَ بَشَاةٍ مِنْ غَنَمِهَا وَاَنَا رَجُلٌ مِنْ بَنِيْ آدَمَ اَسَفَ كَمَا يَاْسفُوْنَ . لَكِنِّيْ صَكَكْتُهَا صَكَّةً فَاَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَظَّمَ ذَلِكَ عَلَيَّ . قُلْتُ : يَارَسُوْلَ اللهِ اَفَلاَ اَعْتِقُهَا قَالَ: اِئْتِنِيْ بِهَا. فَقَالَ لَهَا: اَيْنَ اللهُ قَالَتْ : فِى السَّمَآءِ . قَالَ: مَنْ اَنَا قَالَتْ : اَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. قالَ : اَعْتِقْهَا فَاِنَّهَا مُؤْمِنَةٌ

“Berkata Muawiyah bin Hakam As-Sulami: Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaniyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya. Sedang aku termasuk seorang anak Adam kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka. Kerananya wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku menghadap Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya? Jawab Rasulullah: Bawalah wanita itu ke sini. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. Di mana Allah? Dijawabnya: Di langit. Rasulullah bertanya: Siapakah aku? Dijawabnya: Engkau Rasulullah. Maka baginda bersabda: Merdekakanlah (bebaskanlah) wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah". (H/R. Muslim dan Abi Daud)

Semua penjelasan di atas melalui dalil-dalil dari al-Quran dan hadis-hadis yang sahih mengkhabarkan bahawa Allah bersemayan di 'Arasy-Nya yang berada di langit, maka semua dalil-dalil tersebut adalah juga sebagai hujjah untuk menolak alasan mereka yang mengharamkan seseorang dari bertanya "Di mana Allah berada?" atau (اَيْنِيَّة الله) "Di mananya Allah".

Bertanya kepada seseorang "Di mana Allah" untuk membetulkan akidahnya adalah sunnah, kerana Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam sendiri telah bertanya kepada seorang hamba perempuan dengan pertanyaan: "Di mana Allah?".

Berdasarkan hadis ini, maka siapakah yang lebih berhak diikuti dan wajib dijadikan contoh jika bukan Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam, baginda tidak pernah mengikut hawa nafsunya apabila memperkatakan atau menjelaskan sesuatu tentang agama Allah. Oleh itu, seseorang yang bertanya "Di mana Allah?" tidak boleh dihukum sesat atau menyalahi sunnah.
Ibn Abbas, ad-Dahhak, Malik, Sufiyan ath-Thauri dan ramai lagi berkata:

"Dia (Allah) bersama kamu: Iaitu yang bersama kamu ialah ilmu-Nya". .

Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi amaran dan peringatan yang tegas kepada mereka-mereka yang enggan mengikuti contoh dan mentaati baginda dalam segala urusan agama, sama ada yang berkaitan dengan persoalan akidah, ibadah atau mu'amalah. Baginda bersabda:

كُلُّ اُمَّتِيْ يَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ اِلاَّ مَنْ اَبَى قَالُوْا وَمَنْ يَاْبَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : مَنْ اَطَاعَنِى دَخَلَ الْجَنَّةِ وَمَنْ عَصَانِيْ قَقَدْ اَبَى

"Setiap umatku semuanya akan masuk syurga kecuali sesiapa yang menolak. Mereka bertanya, siapakah yang menolak wahai Rasulullah? Baginda bersabda: Sesiapa yang mentaati aku dia masuk syurga dan sesiapa bermaksiat (menentangku) maka dia telah menolak". (H/R Bukhari no. 782)

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُوْلَ مِنْ بَعْدِ مَاتَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيْلِ الْمُؤْمِنِيْنَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَآءَ تْ مَصِيْرًا

"Dan sesiapa menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang dikuasainya. Kami masukkan ia ke dalam Jahanam dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat kembali". (An-Nisa, 4:115)

Telah disepakati oleh ulama Salaf as-Soleh, bahawa keyakinan mereka yang menyerupakan, mensekufukan, memisalkan, mensetarakan atau mengumpamakan Allah dengan makhlukNya adalah sesat dan boleh membawa kepada perbuatan syirik.

Ia bertentangan dengan ayat-ayat al-Quran, terutamanya ayat di surah asy-Syura "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya", 42:11 dan ayat di surah al-Ikhlas "Dan tidak ada seorangpun yang setara/sekufu dengan Dia (Allah)", (al-Ikhlas, 112:4)

Bagaimana Ulama Salaf menetapkan zat, nama-nama dan sifat-sifat Allah?

1. Mereka mensucikan Allah Subhanahu wa-Ta'ala dari diserupakan dengan segala makhlukNya yang berdasarkan firman-Nya:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ

"Tiada suatu yang semisal dengan-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat". (QS. Asy-Syura, 42:11)

2. Menjauhkan penyerupaan dengan cara ingin tahu, bertanya atau mempersoalkan "Bagaimana" zat dan sifat-sifat Allah. Kerana hanya Allah sahaja yang benar-benar Mengetahui akan sifat dan zat-Nya. Maka larangan dari mempersoalkan sifat Allah berdasarkan firman-Nya:

وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِهِ عِلْمًا

"Sedangkan ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya". (QS. Taha, 20:110)

Manusia tidak mampu mengenal sifat-sifat dan zat Allah kecuali melalui wahyu, kerana Allah berada di atas langit yang ketujuh di atas ‘Arasy-Nya. Hanya Allah Maha Mengetahui segala keghaiban:

عَالِمُ الْغَيْبِ فَلاَ يُظْهِرُ عَلَى غَيْبِهِ اَحَدًا اِلاَّ مَنِ ارْتَضَى مِنْ رَسُوْلٍ

"Dia adalah Tuhan Yang Maha Mengetahui yang ghaib. Maka Dia tidak memperlihatkan kepada seseorang pun tentang yang ghaib itu. Kecuali kepada rasul yang diredhaiNya". (QS. Al-Jin, 72:26-27)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam juga tidak mengetahui apa yang berada dan terjadi di alam ghaib, termasuklah di Loh al-Mahfuz kecuali setelah dikhabarkan oleh Allah Azza wa-Jalla kepada baginda sebagaimana diungkapkan dalam syair al-Bushairi:

فَاِنَّ مِنْ جُوْدِكَ الدُّنْيَا وَضَرَّتُهَا

وَمِنْ عُلُوْمِكَ عِلْمُ اللُّوْحِ وَالْقَلَمِ

"Sesungguhnya kedermawanan-Mu terhadap dunia dan kemudaratannya # Dan bahagian (termasuk) dari ilmuMu adalah ilmu Loh al-Mahfuz dan ilmu al-Qalam. (Lihat: اركان الاسلام والايمان Muhammad bin Jamil Zinu)

Ketidaktahuan atau kejahilan seseorang tentang keadaan alam ghaib telah dikhabarkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِيْحُ الْغَيْبِ لاَ يَعْلَمُهَا اِلاَّ هُوَ

"Dan pada sisi Allah sahaja kunci-kunci semua yang ghaib. Tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri". (QS. Al-An'am, 6:59)

قُلْ لاَ يَعْلَمُ مَنْ فِى السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ الْغَيْبَ اِلاَّ اللهُ

"Katakanlah! Tidak ada seseorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah". (QS. An-Naml, 27:65)

Kesimpulannya: Bahawa segala apa yang telah dijelaskan (di atas), adalah berlandaskan al-Quran, as-Sunnah yang sahih dan mengikut panduan para Salaf as-Soleh radiallahu 'anhum, mereka sekalian beriman dengan segala apa yang telah dikhabarkan oleh Allah tentang diriNya di dalam kitabNya, dan beriman dengan segala apa yang telah dijelaskan oleh RasulNya tentangNya. Mereka beriman dengan keimanan yang selamat, iaitu tidak dilakukan pada sifat, zat dan nama-namaNya tahrif, ta'til, takyif dan tamsil. (Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah)

Imam Ahmad rahimahullah pula berkata:

"Tidak diharuskan mensifatkan Allah kecuali dengan apa yang telah disifatkan-Nya sendiri oleh diriNya atau dengan apa yang telah disifatkan oleh RasulNya dan tidak pula melampaui batasan al-Quran dan al-Hadis". (Lihat: شرح العقيدة الوسطية hlm. 21. Ibn Taimiyah)

- 9 -

Mengingkari Zat, Nama & Sifat Allah adalah Sesat

Terdapat segolongan (firqah) yang digelar golongan "Mu'attilah" (مُعَطِّلَةٌ) "Yang menolak serta membatalkan, zat sifat dan nama-nama Allah"

Mereka (golongan mu’attilah ini) mengingkari dan menafikan sama ada keseluruhan sifat dan nama Allah atau sebahagian darinya. Maka telah disepakati oleh jumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan para ulama Salaful Ummah bahawa golongan ini adalah golongan yang sesat dan terkeluar dari millah Islamiyah. Begitu juga sesiapa yang mengingkari atau menafikan adanya sifat-sifat serta nama-nama Allah yang husna maka dia dihukum kafir atau zindik menurut hukum syara.

Firqah Mu'attilah dan mereka yang sefahaman dengan firqah ini berpendapat dan menuduh sesiapa yang percaya bahawa Allah Subhanahu wa-Ta'ala bersifat (mempunyai sifat) dan mempunyai nama, maka kepercayaan tersebut (menurut mereka) akan membawa kepada persamaan (menyamakan dan menserupakan) Allah Subhanahu wa-Ta'ala dengan makhlukNya. Sesungguhnya Allah Azza wa-Jalla telah membantah pendapat atau keyakinan golongan Mu’attilah yang batil ini sebagaimana yang terdapat di dalam firman-Nya:

سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ

"Maha Suci Tuhanmu Yang mempunyai kePerkasaan dari apa yang mereka (sifatkan) katakan". (QS. As-Safat, 37:180)

Sesiapa yang menolak atau menafikan adanya nama-nama serta sifat Allah, maka sekali lagi perlu ditegaskan bahawa penafian dalam hal serupa ini adalah batil dan membawa kepada kesesatan dan kekafiran.

Pada hakikatnya Allah telah menetapkan sendiri nama-nama, sifat dan zatNya di dalam al-Quran.
Tiada siapa yang berhak dan boleh menafikannya.

Oleh itu, adanya zat, nama dan sifat bagi Allah wajib diimani oleh setiap muslim dan muslimah sehingga tidak boleh dipersoalkan lagi.

Para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh membantah dan menolak sekeras-kerasnya pendapat yang mungkar ini (iaitu pendapat yang membatalkan dan meniadakan sifat, zat dan nama-nama Allah).

Antara mereka yang membantah sekeras-kerasnya ialah Imam Abu Hanifah rahimahullah. Beliau telah mengithbatkan (menetapkan) dan menjelaskan tentang nama-nama dan sifat-sifat Allah Azza wa-Jalla:

وَلَهُ يَدٌ وَوَجْهٌ وَنَفْسٌ كَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ فَمَا ذَكَرَهُ اللهُ تَعَالَى فِى الْقَرْآنِ مِنْ ذِكْرِ الْوَجْهِ وَالْيَدِ وَالنَّفْسِ فَهُوَ لَهُ صِفَاتٌ بِلاَ كَيْف ، وَلاَ يُقَالُ اِنَّ يَدَهُ قُدْرَتَهُ اَوْ نِعْمَتَهُ ِلاَنَّ فِيْهِ اِبْطَالُ الصِّفَة

"Bagi-Nya tangan, muka dan nafs sebagaimana yang diterangkan di dalam al-Quran, maka apa yang diterangkan oleh Allah Ta'ala di dalam al-Quran seperti menyebut muka, tangan dan nafs, maka bagiNya sifat tanpa ditanya bagaimana? Dan tidak boleh dikatakan bahawa tanganNya ialah kudrat (kuasa)Nya atau nikmatnya kerana perbuatan tersebut membatalkan sifat (Allah)". (Lihat: مَنْهَج اهل السنة والجماعة فى توحيد الله تعالى Jld. 1. Hlm. 42. Khalid bin Abdul Latif bin Muhammad Nor)

Persamaan pada nama (nama Allah) dengan nama makhlukNya tidaklah semestinya menunjukkan adanya persamaan di antara Allah dengan makhlukNya, sama ada pada zat atau pada sifat.

Sebagai contoh, walaupun tangan manusia dan haiwan adalah sama pada istilah nama, namun ia tetap berlainan pada rupa, bentuk dan kebolehan tangan tersebut berfungsi.

Begitulah juga dengan tangan Allah Azza wa-Jalla dan semua sifat-sifatNya yang amat sempurna, ia tidak akan sama atau menyerupai tangan dan sifat sekalian makhlukNya kerana telah ditegaskan melalui firmannya tentang ketidak-samaannya nama, zat dan sifat Allah:

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ

"Tiada suatu pun yang serupa dengan-Nya". (QS. Asy-Syura, 42:11)

Abu Hasan Al-Asy’ari ketika ditanya tentang sifat wajah bagi Allah beliau berkata:

نَقُوْلُ ذَلِكَ خِلاَفًالِمَا يَقُوْلُهَ الْمُبْتَدِعُوْنَ ، وَقَدْ دَلَّ عَلَى ذَلِكَ قَوْلُهَ عَزَّ وَجَلَّ {وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُوْ الْجَلاَلِ وَاْلِكْرَامِ}

“Kami mengatakan tentang hal tersebut (sifat muka bagi Allah) yang berlawanan dengan apa yang dikatakannya oleh orang-orang bid’ah (Ahli bid’ah), telah jelas menunjukkan tentang hal tersebut sebagaimana firman Allah: ‘Dan tetap kekal Wajah Tuhammu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan’ (QS. Ar-Rahman 55:27)”. (Lihat: Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah, hlm. 105)

- 10 -

Peyerupaan Yang Menyesatkan

"TIDAK BOLEH KHILAF DALAM PERSOALAN AKIDAH"

"Musyabbihah" .(مُشَبِّهَةٌ) Maksud dari kalimah musyabbihah ialah:

"Yang menyerupakan (sifat dan zat) Allah dengan (sifat dan zat) makhluk-Nya".

Antara firqah (kumpulan/golongan) terbesar yang tersasar sehingga terjebak ke dalam golongan ini ialah para syeikh (para pemimpin) tarikat kebatinan atau kesufian/tasawuf serta para pengikutnya yang mengaku bermazhab Asy’ari akidahnya.Mereka dianggap sesat kerana perbuatan mereka yang mudah dan suka mentakwil(Namun, tidak semua takwil dianggap batil (fasid),menurut Ibn Qaiyim al-Jauzi: Takwil yang diterima ialah takwil makna yang sebenar dari segi zahir ayat. Termasuklah takwil umum yang dianggap ayat yang muhkamah dan ayat mutasyabihah, perintah dan tegahan. Maka takwil yang diterima ialah yang sesuai dengan apa yang digambarkan oleh nas dan dikuatkan oleh Sunnah yang menyokongnya.(Lihat: (الصواعق المرسلة) Juz 1. Hlm. 171mentamsil, (Qias menurut bahasa "Tamsil" iaitu memisalkan/menyerupakan. Mengqias atau mentamsil sifat atau zat Allah dengan sifat atau zat makhluk haram hukumnya, Allah berfirman: فَلاَ تَضْرِبُوْا للهِ اْلاَمْثَالَ "Maka janganlah kamu mengadakan misal-misal/penyerupaan bagi Allah". An-Nahl, 16:74.) mentakyif dan menta'til nama-nama, sifat dan zat Allah.Lantaran yang demikian, akhirnya mereka sama ada menafikan zat dan sifat-sifat Allah atau menyamakan sifat Allah dengan sifat-sifat dan zat makhluk-Nya.

Imam Abu Hasan al-Asy’ari rahimahullah apabila menjelaskan tentang sifat tangan bagi Allah Azza wa-Jalla beliau berkata:

نَقُوْلُ ذَلِكَ بِلاَ كَيْف ، وَقَدْ دَلَّ عَلَيْهِ قَوْلهُ عَزَّ وَجَلَّ {لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ}

Kami menyatakannya tanpa bertanya bagaimana, dan telah jelas menunjukkan tentang firman Allah Azza wa-Jalla: ‘Yang telah Ku ciptakan dengan kedua tanganKu’(QS. Saad 38:75)”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106)

Dibawakan juga oleh Imam Abu Hasan al-Asy’ari hadis sahih:

خَلَقَ اللهُ آدَمَ بِيَدِهِ ، فَمَسَحَ ظَهْرَهُ بِيَدِهِ ، فَاسْتَخْرَجَ مِنْهُ ذُرِّيَتَهُ . فَثَبَتَ أَنَّ لَهُ يَدَيْنِ بِلاَ كَيْف

“Allah menjadikan Adam dengan Tangan-Nya, maka disapu dadanya dengan tangan-Nya, maka dikeluarkan darinya zuriatnya”. (Al-Ibanah an-Usul ad-Dianah. Hlm. 106. (H/R Ahmad dalam Musnad 448-450. Abu Daud No. 4703 dalam As-Sunnah. Turmizi No. 3077. Malik dalam Al-Muata’ 2/897-899. Disahihkan oleh Ibn Hibban dalam As-Sahih No. 15357. Hakim 2/234-235. Hadis Sahih dengan beberapa syahidnya. Maka (melalui hadis ini) telah ditetapkan bagiNya dua tangan tanpa ditanya bagaimana))

Untuk mengelakkan dari terperangkap ke dalam firqah yang sesat yang berpunca dari talbis Iblis, sewajarnya setiap mukmin sentiasa belajar dan melengkapkan diri mereka dengan perisai ilmu yang dipelajari dari para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berjalan di atas manhaj Salaf as-Soleh.

- 11 -

Mazhab Syafie Bukan Mazhab Ibn Taimiyah atau Wahhabi

Imam Syafie dan Imam Ibn Taimiyah kedua-dua mereka menentang khurafat tariqat sufi falsafi, penyelewengan tasawuf dan tariqat kebatinan.

Menurut Imam Syafie:

اَلتَّصَوُّفُ مَبْنِيٌّ عَلَى الْكَسَلِ وَلَوْ تَصَوَّفَ رَجُلٌ اَوَّلَ النَّهَارِ لَمْ يَاْتِ الظُّهْرَ اِلاَّ وَهُوَ اَحْمَقُ

"Tasawuf dibina di atas kemalasan, jika sekiranya seseorang itu menganut tasawuf di awal siang (pagi), tidak akan sempat sampai ke waktu Zuhur,dia sudah jadi bodoh (biul/goblok)". (Lihat: Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat. Hlm. 30. Rasul Dahri. Cetakan pertama 1998 Malaysia. Lihat: Talbisu al-Iblis. hlm. 159. Ditahqiq dan ditashih oleh para ulama al-Azhar as-Syarif kali kedua pada 1368H. Dar al-Kutub al-Ilmiyah. Beirut)

Imam Syafie menyamakan penyelewengan dan khurafat dalam SUFI dengan perbuatan ZINDIK.

Beliau menegaskan:

مَنْ يَدِيْنُ بِهَذَا (التَّصَوُّف) فَهُوَ زِنْدِيْقٌ اَوْ بِتَعْبِيْرٍ اَدَقٍّ صُوْفِيّ فَالصُّوْفِيُّ مَرَادِفَةٌ لِكُلِّ مَا يُنَاقِضُ الاِيْمَان الْحَق

“Sesiapa yang menganut agama ini (sufi) maka dia seorang yang zindik atau dengan kata lain dia adalah sufi yang zindik, maka fahaman sufi samalah seperti setiap fahaman yang menentang keimanan yang hak”. (Lihat: Bahaya Tarikat Sufi/Tasawuf Terhadap Masyarakat, p.47, Rasul Dahri. (Rujuk juga edisi online - di http://bahaya-syirik.blogspot.com)

Imam Syafie amat benci kepada kezindikan sufi lalu beliau berkata:

Saya lari meninggalkan Kota Basrah kerana di sana terdapat golongan zindik (sufi/tasawuf), mereka mengerjakan sesuatu yang baru yang mereka sebut dengan tahlilan. (Talbis Iblis, p.370, Ibn Qayyim al-Jauzi)

Imam Hasan al-Basri rahimahullah amat benci dan memberi ancaman kepada kaum-kaum sufi falsafi yang ghalu kepada syeikh mereka. Beliau berkata:

(أما عَلِمْتَ اَنَّ اَكْثَرَ اَصْحَابُ النَّارِ اَصْحَابُ اْلاَكْسِيةِ ؟ (اَلتَّصَوُّفِ

"Tidakkah engkau ketahui sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka ialah penganut sufi/tasawuf?". (At-Tasawuf. Hlm. 21 Dr. Mustafa Hilmi. Dar ad-Dakwah. Al-Iskandariah)

Jika diteliti, dikaji dan disemak semula kitab-kitab ulama Salaf as-Soleh yang memperkatakan tentang sufi (tasawwuf) atau tariqat kebatinan, mereka mengancam dengan berbagai-bagai ancaman yang keras dan menegaskan tentang sesatnya kebanyakan aliran sufi (tasawuf) atau kaum-kaum tarikat.

Semoga Allah menyelamatkan umat Islam dari bencana aliran sufi dan tariqat yang sesat lagi menyesatkan, maka sama-samalah kita meminta kepada Allah Azza wa-Jalla agar kita dan semua umat Islam diberi kefahaman yang benar tentang akidah, ibadah dan akhlak Islamiyah yang sahih. Amin ya Rabbal ‘Alamin..

No comments:

Post a Comment