Wednesday, 9 August 2017

Zahid Kantoi Lagi Berbohong: Bukti Arkib Negara Tun M Berada Di China Ketika Memali..SEBARKAN

Zahid Kantoi Lagi Berbohong: Bukti Arkib Negara Tun M Berada Di China Ketika Memali..SEBARKAN


Zahid Hamidi menimbulkan isu baru menuduh Tun Mahathir berada di dalam negara ketika peristiwa Memali. Namun terdapat bukti dalam arkib negara Tun Mahathir berada di China ketika peristiwa Memali. Tindakan Zahid cuba mengalih perhatian dari isu beliau berjumpa Tun Mahathir untuk menjatuhkan Najib kini memakan diri sekali lagi.

Dua tahun yang lalu Suara Kami telah menyiarkan artikel tentang Musa Hitam telah berbohong dalam peristiwa Memali dengan mengatakan Tun Mahathir berada dalam negara ketika peristiwa Memali.

Artikel beserta bukti Tun Mahathir berada di China


Kononnya kita digemparkan oleh satu berita dimana Musa Hitam menuduh Tun M berada di Malaysia sewaktu berlakunya kejadian Mamali 19 November 1985.

Kalau benar, kenapa selepas hampir 30 tahun, baru nak habaq? Mc tertarik dengan jawapan yang diberi oleh blog Pengundi Sg Rapat.

Musa Hitam dedahkan Tun Dr Mahathir berada di Malaysia, bukannya berada di China seperti yang dilaporkan dalam media dalam insiden MEMALI pada 19 nov 1985 yang mengorbankan 14 nyawa.

Musa dedahkannya di Forum Diskusi Politik Malaysia, anjuran Kerajaan Kelantan kelmarin dan moderatornya Prof Datuk Dr Mohamamad Agus Yusof.

Menurut Musa Hitam, Tun Dr Mahathir tidak berada di China, tetapi berada di Malaysia bukan setakat hari pertama kejadian sahaja, malah hingga hari ke empat.

Betul ke? Takpa kita baca dulu fitnah ni kat blog ni. Klik sini.

Dah habis baca? 

Malang sekali, ada bukti bahawa pada tarikh 22.11.1985 di Qing Hua University Beijing, Tun Dr Mahathir ada berucap disana, ini membuktikan Tun Dr Mahathir berada Di China.

Malah dalam buku " Five Principles of Chinese Policies" menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir sememangnya di China pada 20 - 28 November 1985!





Rujuk Link Arkid Ucapan PMO klik di SINI

Kegilaan apakah yang melanda Musa Hitam yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Dalam Negeri ketika itu, sanggup menuduh Tun Dr Mahathir sedemikian rupa?

Ini adalah kertas putih yang ditandatangan sendiri oleh Musa Hitam dan dibentangkan di Parlimen tanpa sebarang bantahan dari PAS. Nak baca boleh klik sini 

Yang paling lucu, Prof Agus begitu terperanjat dengan kenyataan Musa Hitam hingga terkeluar perkataan "Oh My God".

Hakikatnya..

Bila berada dipentas bersama dengan ahli politik Pas, Musa Hitam akan bertukar menjadi Pas,..inilah standard orang Melayu berpolitik demi untuk mencari kuasa.

No comments:

Post a Comment