Wednesday, 12 August 2015

ZAHID HAMIDI SEPERTI KADUK NAIK KUNJUNG.


ZAHID HAMIDI KANTOI!
Dia berbusa dengan kuasa lantikan dari PM yang ditimpa bala 1MDB sebagai TPM. Dari segi tradisi UMNO Zahid tidak layak memegang jawatan itu kerana dia hanya seorang naib presiden yang pernah menjadi balaciAnwar dan kini berpaut pula pada Najib. Najib berasa lebih selamat melantik Zahid sebagai TPM kerana pemimpin keturunan Jawa dari Bagan Datok ini dianggap boleh menjadi budak suruhan panglima Bugis yang sesat dari Pekan. 
Ada orang berkata Najib hendak sintuklimau sepupunya, Hishamuddin, sebagai TPM. Bila Hishamuddin pernah membuat kenyataan minta siasatan 1MDB dilaksanakan maka Najib tersentot. Zahid tidak pernah membuat apa2 kenyataan yang melukai hati Najib yang sesak dengan kebimbangan itu Zahid akan enggeh apa saja hasrat Najib seperti dalam tarian kuda kepang. Dia menahan bubu di tempat genting bila melihat Najib sudah mamai di siang hari kononnya tiga juta ahli UMNO di belakangnya tanpa memikirkan segala sumpah seranak, maki hamun dari rakyat termasuk ahli2 UMNO yang diGSTkan Najib.

Sebagai kaduk naik junjung Zahid hendak memperlihatkan wataknya selaku TPM. Dia memberi kenyataan kononnya pertukaran jawatan dua pegawai tinggi SPRM ke JPM itu adalah perkara biasa! Hebat bunyinya. Tiba-tiba sebelum duduk di pejabat baru kedua pegawai tersebut sudah balik ke SPRM semula!. Kantoi Zahid! Nampak sekali dia tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku antara Ketua Setiausaha Negara, JPA dengan dua pegawai SPRM itu.

Sekarang timbul pula isu kononnya syarikat adiknya sedang berunding dengan pihak Putrajaya dan kerajaan Bangladesh hendak membawa masuk 1.5 juta pekerja dari negara jerami tersebut dalam masa tiga tahun. Nah, siapa jadi menteri dalam negeri? Zahid Hamidi. Siapa yang punya wawenang untuk meluluskan projek "hamba abdi" itu? Jabatan Imigresen dan Kem. Buruh. Siapa yang jadi TPM sekarang dan mempunyai kuasa bawah cikit dari PM? Zahid. Bukankah ini ada conflict of interest? Apakah SPRM boleh memejam mata sekiranya berlaku kongkolikong antara Zahid dengan syarikat adiknya? Minta penjelasan dari SPRM mengenai hal ini.

Egonya sebagai TPM terserlah. Mendabik dada dia akan bertindak terhadap para bloggers dan pemegang2 akaun facebook tanpa memberi alasan lagi kerana pihak penguasa tidak dapat membedung fikiran bebas rakyat yang mengecam Najib dengan skandal 1MDB serta tindak-tanduk para balaci Najib yang tidak disenangi rakyat jelata. Rakyat hendak tengok apakah Zahid boleh membedung dan bertindak terhadap penggodam tanpa nama yang memberi masa lima jam saja kepada Najib untuk meletakkan jawatan pada 29 Ogos akan datang. Sekiranya dia engkar pihak penggodam dengan kerjasama para penggodam antarabangsa akan melumpuhkan sistem pentadbiran negara kelak.

Kalau Zahid faham teknologi maklumat sekarang yang super cangih, yang tidak punya sempadan, tentulah dia tidak membuat kenyataan yang memperbodohkan dirinya sendiri. Komunis China paling hebat cuba mengawal penggunaan internet tapi gagal. Sebagai negara demokrasi Najib dan Zahid patut sedar kuasa yang kalian miliki adalah mandat dari rakyat. Rakyat memilih parti kalian sekali dalam lima tahun. Kalian sebenarnya adalah hamba rakyat bukan maharaja yang melantik diri sendiri sebagai pemimpin kerajaan. 
Sebagai budak kampung yang mendapat didikan di sekolah ugama Izzudin di Ipoh wajarlah Zahid kembali menghayati dan melaksanakan perintah Allah, bukan memapah pemimpin yang korup yang tidak berani mendedahkan siapakah "penderma" sebanyak RM2.6 bilion itu.Banyak orang berpendapat hayat politik Najib tidak lama. Kalau dia jatuh dia akan bawa bersamanya segala hampas, kudis buta dan tokak politik dengan segala kabilah kabinet 1MDBnya. Maaf cakap Zahid juga akan diheret bersama Najib mama montel juga kelak.

No comments:

Post a Comment