RINGGIT TAK DITERIMA DI CHINA DAN VIETNAM?
Ini berita yang tersebar hari ini. Kalau betul bermakna ekonomi Malaysia akan menjadi bertambah gawat sebab rakan perniagaan terbesar Malaysia ialah dengan China, dan juga Vietnam. Kalau ringgit Malaysia terus merudum nilainya besar kemungkinan negara-negara lain pun akan bertindak menolak ringgit dan hanya mahu menerima dolar US atau pun matawang lain.Kalau ini berlaku bukankah ekonomi negara turut merosot akibat pertukaran wang asing?
Apakah Najib tidak sedar bahawa pergolakan politik, kebencian rakyat terhadap kepimpinannya yang dikatakan rasuah, salahguna kuasa, pemborosan menyebabkan imej dan ekonomi negata terjejas? Sampai hari ini Najib tidak berani mendedahkan siapakah "penderma" dari Arab Saudi yang memberi RM2.6 bilion masuk dalam akaun pribadi Najib di Ambank sebelum PRU 13. Yang banyak mendongengkan hal "derma", yang ditafsirkan rakyat sebagai rasuah, adalah balaci-balaci Najib yang diupah untuk memapahnya.
Jangan fikir skandal Najib dalam 1MDB sudah selesai kerana SPRM kata ia adalah "derma" dan bukan dari 1MDB. Rakyat yang lebih cerdik dari Najib tidak menerima dongeng itu. Bala 1MDB hanya boleh selesai sekiranya Najib letak jawatan dan dihadapkan ke mahkamah atas beberapa kes jenayah.
Pengganti Najib mesti berani bertindak tegas membenteras rasuah dari atas sampai ke bawah untuk memulihkan kembali maruah dan sokongan rakyat terhadap UMNO sebelum PRU 14. Umum tahu Najib guna wang untuk merasuah ketua-ketua bahagian dan para balacinya untuk menyokongnya. Kekal Najib sebagai presiden merangkap PM maka UMNO akan kulluhum kelak. Ini realiti politik, dan inilah kemahuan majoriti rakyat jelata.
Depa tak bagi dengaq cerita internet. Tahyul depa kata. Suruh dengaq TV3 ja. TV3 boleh pakai. Pengerusi CIMB (adik bradik depa) cakap ekonomi sangat kukuh, cuma nilai ringgit jatuh sebab investor terpengaruh cerita hantu. Yang kena boo pun dah tak rasa malu pasai kita bukan boleh cuit depa pun. Yang bersuara tak kira kasaq atau lembut semua dikira menentang. Ambik semua akta, mana yang tak cukup sesuai semua gubal habih janji depa selamat. Mana yang cukup keras semua kasi pancung habih buang. Bawak penaik semua yang dungu, yang cerdik semua reject supaya tak langkah kepala. Keluaq statement rasmi sesuka hati asalkan interview selesai. Kalau backlash belakang cerita. Nanti baru pikiaq. Zaman Tun dulu pun dia makan banyak jugak, semua orang tau. Tapi sekurang-kurangnya Melayu Cina India semua boleh makan sama-sama. Orang atas makan duit itu perkara biasa. But how much u give back to the people, that will makes the differents.
ReplyDeleteDemi Allah tidak aku halalkan hak aku dan keturunan aku dimakan oleh depa ni.