Tuesday, 11 August 2015

Tun Mahathir Dan Bersih 4 - Mohon Tun Jelaskan Kenapa Demo BELUM LAGI Pilihan Terakhir.

Tun Mahathir Dan Bersih 4 - Mohon Tun Jelaskan Kenapa Demo BELUM LAGI Pilihan Terakhir.

Tuesday, August 11, 20154comments


Ramai yang sudah mula memperkatakan mengenai komen Tun Mahathir tentang Bersih 4, kononnya Tun setuju dengan demo jalanan. Ada baiknya jika kita dengar sendiri apa kata Tun -




Terjemahan dari fb SSTDM 

Tun: Itu mungkin pilihan terakhir. Maksud saya, kita bukanlah bangsa yang ganas. Kita adalah orang yang mengikut pemikiran lebih dari kata hati. Oleh itu, kita tidak boleh selesaikan dengan cara berdemonstrasi kerana ini akan menyusahkan orang lain. Tetapi katakanlah sekiranya tiada cara lain, mungkin… sebagai jalan akhir kita terpaksa selesaikan dengan pilihan itu.


Media: Adakah kita sudah berada di pilihan terakhir?

Tun: Belum.

Jadi anda nilaikan sendiri apakah Tun Mahathir setuju dengan Bersih 4.

Saya tertarik pada jawapan akhir Tun Mahathir yang mengatakan kita masih belum tiba tahap pilihan terakhir. Maknakata, Demo Jalanan masih belum menjadi pilihan terakhir Tun.

Saya sendiri tertanya2 apakah pilihan yang ada pada rakyat jika Najib terus mahu memperbodohkan rakyat dengan alasan Dermanya dan 1MDB serta Najib terus mengelak dari bersemuka dengan rakyat dalam menjelaskan isu 1MDB.

Saya tidak menolak kemungkinan ramai yang beranggapan demo sebagai pilihan terakhir mereka.

Wei, tunggulah Pilihanraya, kan namanya demokrasi.

Well, saya dah jawab soalan itu. Mengikut sistem demokrasi yang kita amalkan, rakyat tidak diberi hak untuk memilih siapa jadi PM, rakyat hanya diberi hak memilih parti yang jadi kerajaan. 

Jadi bagaimana rakyat yang masih mahu BN terus memerintah tapi tidak mahu Najib sebagai PM, apakah mereka ini tidak berhak bersuara ?

Nasiblah, dah itu sistem negara Malaysia. Tak suka, boleh belah ....

Kalau begitulah cara pro Najib jawab, memanglah anda bodoh sombong !

Makanya saya lihat mesyuarat bahagian2 Umno yang kini sedang rancak berlangsung merupakan salah satu cara di mana Umno boleh memujuk hati rakyat pro BN yang bukan ahli Umno.

Ahli2 Umno harus menjadi wakil kepada suara rakyat dalam memperkatakan isu Derma dan 1MDB. 

Jika ahli2 Umno diam dan akur kepada alasan2 bengong yang pro Najib berikan, saya tidak tolak kemungkinan rakyat bukan Umno akan merasakan mereka sudah tidak punya saluran lagi bagi bersuara. Dan kemungkinan pilihan terakhir mereka adalah Bersih !

Sebab rakyat bukan Umno yang tidak puashati dengan Najib tidak nampak jalan lain lagi ! PAC dah kudung. Task Force dah kena pancung. So nak tunggu apa lagi ? ? ?

Ya, Tun Mahathir kata - BELUM LAGI. 

Jadi saya harap Tun yang menjadi wakil suara rakyat dapat jelaskan kenapaBELUM LAGI ?

Ada yang boleh sabar namun ada juga yang tidak boleh sabar membuta tuli. Mereka mahu lihat sesuatu sedang diusahakan.

Nak tunggu apa lagi ?

PS - Di atas adalah rumusan ringkas perbualan saya bersama rakan2. Ramai dah fed-up dengan cara Najib and gang menangani isu2 yang Najib sendiri cetuskan. 

Ada rakan yang cadangkan supaya Umno sendiri anjurkan satu perhimpunan rakyat sempena PAU 2015 supaya rakyat tidak merasakan yang mereka sudah tidak punya saluran untuk bersuara lagi. Saya setuju dengan cadangan ini. 

Sekurang2nya ia mampu absorb tekanan propaganda Bersih 4 yang saya percaya akan lebih agresif semakin kita menghampiri 30 Ogos.

Worse come to worst, kita tunggu saja PRU14 dan kempen Undi Protes ..... dengan kesedaran BN akan tumbang.

Mohon pandangan rakan2 sekelian .... 

PS 2 - Baca juga artikel terkini dari AKadir Jasin, yang juga bertunjangkan permasalahan hilang kenyakinan rakyat terhadap Najib - 

Lima Senario Kesudahan Krisis Politik Mohd Najib

 

Malangnya, bagi rakyat jelata masalah mereka tidak akan dapat ditangani dengan berkesan kerana tumpuan Perdana Menteri adalah untuk menyelamatkan diri beliau dahulu selain hakikat bahawa kerajaan pimpinan beliau telah hilang keyakinan umum.

Di pihak penentang Mohd Najib pula, khususnya anggota perundangan (legislative), mereka sepakat bahawa Mohd Najib perlu disingkirkan demi kelangsungan negara tetapi tidak mempunyai keazaman politik (political will) untuk berpakat menjatuhkan beliau melalui undi tidak percaya.

Sementara di kalangan elit Umno dan BN pula, hipokrasi menjadi kata kunci – di depan puji dan puja di belakang caci dan cerca. Tetapi suara berani ahli akar umbi meminta Mohd Najib mengundurkan diri sudah mula kedengaran di mesyuarat agung tahunan bahagian-bahagian Umno.

No comments:

Post a Comment