Wednesday, 19 August 2015
SUMBANGAN BESAR SEORANG KOMUNIS YANG TAK DIHARGAI
SUMBANGAN BESAR SEORANG KOMUNIS YANG TAK DIHARGAI
James Puthucheary
ANTARA JAMBATAN BENGKOK DAN JASA TUN ABDUL RAZAK
Tidak ramai yang mengetahui seorang komunis memberikan sumbangan besar kepada penggubalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang mereformasikan dasar ekonomi negara dengan drastic, radikal dan berani yang bertentangan dengan ideology pasaran bebas membenarkan campurtangan kerajaan bagi membetulkan ketidak seimbangan ekonomi negara.
Ini tidak akan berlaku sekiranya Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak tidak bersikap terbuka kepada sebarang idea kearah perubahan dinamik dan membataskan pemikiranya dalam menghadapi cabaran dari kaumnya sendiri yang mahu suatu perubahan segera kepada taraf kehidupan mereka selepas peristiwa berdarah 13 Mei 1969.
Dalam keadaan inilah Abdullah Ahmad Setiausaha Politik kepada Tun Abdul Razak telah menemukan Tun dengan beberapa orang intelektual radikal yang pernah ditahan di Singapura kerana fahaman kiri mereka.
Diantara mereka ialah wartawan A. Samad Ismail, Abdullah Majid, Agoes Salim, Dr. Ungku Omar dan James Puthucheary tetapi yang paling menarik perhatian Tun Razak ialah formula yang dikemukakan oleh James berasaskan pada bukunya Ownership and Control In The Malayan Ekonomy yang ditulisnya semasa tahanan politik di Singapura dalam tahun 50an.
Kepada James hanya satu cara untuk membawa orang Melayu ke aliran perdana ekonomi iaitu dengan campurtangan langasung kerajaan memberikan pembiayaan menerusi Perbadanan Berkanun.
Di Singapura Perdana Menterinya Lee Kuan Yew amat bimbang apabila bekas-bekas tahanan politiknya yang berfahaman Marxist yang pernah ditungganginya untuk kepentingan politiknya telah berada di keliling Tun Abdul Razak malah Tun telah melantik James sebagai anggota Majlis Perpaduan Nasional dan dan juga Majlis Perundingan Negara.
LKY terus merasa tergugat sehingga selepas Tun Razak meninggal dunia yang membuatkannya menghasut Hussein Onn yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri supaya menangkap Samad Ismail.
Beliau memberitahu Hussein yang menemuinya selepas kematian Tun Abdul Razak bahawa ada penyusupan komunis dalam media Malaysia termasuk aktiviti Samad Ismail anggota Parti Komiunis Malaya (PKM) dan juga rakan-rakannya dari Singapura sejak tahun 50an.
Lee Kuan Yew memberitahu Hussein bila Razak menjadi Perdana Menteri,Samad telah mendapat tempat dalam UMNO dan menjadi tokoh “powerful" dalam New Straits Times dan Berita Harian dan menghimpun rakan sekutunya di keliling Razak.
Menurut Lee Kuan Yew Hussein Onn bersetuju untuk menangkap mereka (buku Memoir Lee Kuan Yew From Third World to First halaman 272) . Di bawah pengaruh Ghazali Shafie yang membawanya menemui LKY sebaik sahaja Tun Razak meninggal dunia,Hussein percaya kepada hasutan ini.
LKY tidak senang dengan Tun Abdul Razak dan meanggapnya sebagai orang yang tidak boleh dipercayai. Katanya “ The dificullty with Tun Razak however,was that every now and then he would change his mind and reopen an item already agreed upon ( Memoir LKY From Third World to First- Halaman 270).
Perdana Menteri yang cerdik Tun Dr.Mahathir dapat menciumi ketakutan LKY bila mengetahui Samad membawa rakan-rakannya yang merupakan musuh utamanya (termasuk James Puthucheary) mendekati Tun Razak dan membantu beliau bagi penggubalan Dasar Ekonomi Baru selepas peristiwa 13 Mei.
Maka itu sebaik sahaja berkuasa Mahathir membebaskan Samad dan rakan-rakannya yang dituduh sebagai komunis dan kerana perasaan terhutang budinya juga kepada Tun Abdul Razak yang mencalunkannya sebagai Perdana Menteri, maka beliau sangat sentimental mahukan Jambatan Bengkok didirikan sebagai tugu untuk mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kita mempunyai jiran yang serong dan tidak boleh dipercayai.
Jika Tun Razak dan timbalannya Tun Dr. Ismail masih hidup, Samad Ismail dan sekutunya tidak mungkin terinanya kerana mereka mengetahui sumbangan Samad dalam mendekatkan beberapa orang nasionalis kiri untuk merangka suatu dasar kukuh bagi menegakan sebuah masyarakat yang adil di Malaysia.
Tun Dr.lsmail dalam bukunya The Reluctan Politician dengan tegas mengakui sumbangan besar James Putucheary kepada Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang yang mengimbangi antara keperluan rakyat miskin dan ketamakan kaum peniaga, usahawan besar dan pemodal-pemodal asing.
Kata Tun Ismail "It is difficult to dismiss the claim that Puthucheary exerted a strong influence on the formation of NEP. The thrust of his argument was that state intervention through public corporation was required if the imbalance resulting from the colonial economic structure and their lasting effect on inter-ethnic relations were to be rectified”(halaman 216).
James pernah bersama Dr.Mahathir, Samad Ismail, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad ke Persidangan Perpaduan Afro Asia di Ghana pada tahun 1964 dan dalam tahun 1965 menyertai Tun Dr.Ismail ke Algeria.
Saya merasa gembira dalam ceramah pertama saya sebagai Tenaga Adjung Universiti Putra Malaysia(UPM) kepada BA Eksekutif pada 15 Ogos lalu telah dapat menyampaikan pandangan saya kepada siswa-siswa yang ramai terdiri dari kaum India tentang bagaimana besarnya daya intelektual James Puthucheary dalam mambantu memberikan sumbangan kepada affirmative action untuk keadilan social dan ekonomi negara ini.
Bagaimanapun saya sedih jasanya tidak di kenang dan tidak dihargai. Saya sendiri memikirkan bahawa seperti Seniman Agung P. Ramlee dan juga pejuang-pejuang tulin lainnya, James Puthucheary tidak meminta jasanya diingati tetapi jika Anugerah Posthumous Tan Sri boleh diberikan kepada P.Ramlee maka apakah salahnya anugerah yang sama diberikan kepada James Puthuceary walaupun beliau seorang Marxist atau Komunis.
James bukan seorang Melayu dan beliau juga tidak percaya kepada agama tetapi sebagai seorang nasionalis pemikirannya melampaui agama dan bangsa yang terbukti dari pemikirannya dan sajak - sajaknya.
Sebuah dari sajaknya telah mengambil sepotong dari ayat yang sering disebut dalam Al Quran ll Sirat ul Mustaqin yang diciptanya ketika dalam penjara politik di Singapura(1951-1952) bersama A. Samad Ismail, Abdullah Majid, Devan Nair dan beberapa orang lagi nasionalis kiri yang di cap oleh British sebagai English Speaking Intelligentsia.(ESI)
Dibawah ini hanyalah beberapa bait dari sajaknya yang diilhamkan dalam mendengar azan subuh dalam tahanan:
II SIRAT UL MUSTAQIN(THE PATH TO TRUTH)
Azan
The muezzin calls the faithful to Subuh prayer
Allah u Akhbar! Allah u Akhbar!
In Prison cells the faithful face the Ka’aba
Bismillah ir Rahman ir Rahim
Men bitter against oppressing men
Yet with faith in the mercies of merciful Go.
God
Timeleaa yet embodies in time
Nameless yet name and invoked by name
God
Explanation of the inexplicable by thought and time
God
Maker of man yet made by man
A problem without solution
A solution elusive as death to a phonenix
A solution seeking understanding
Untuk mengetahui sepenuhnya tentang James Puthucheary dan juga sajak-sajaknya dapatkan lah buku No Cowardly Past terbitan Strategic Information And Research Centre
Bergambar bersama sebahagian dari siswa Bachelor Ekskutif Universiti Putra Malaysia(UPM).Duduk di kiri sekali Pensyarah Kanan Jabatan Komunikasi Bahasa Moden dan Komunikasi Syed Agil Alsagolf dan disebelahnya ialah Dr.Muhammad Rosli bin Selamat dalam jawatan yang sama.
No comments:
Post a Comment