Friday, 7 August 2015

NAJIB BAKAL DIBURU SEHINGGA KELUBANG CACING.

HANTU 1MDB TERUS MEMBURU MANGSANYA
Rupa-rupanya pengarah SPRM, Shukri, yang berazam hendak mencari "tangan gaib" sampai ke lubang cacing nampaknya tak kesampaian. Kini dia ditukar serta merta ke JPM supaya dapat diawasi oleh hantu dan puaka di situ. 
Buat masa ini Najib merasai hebat dan paling berkuasa kerana dia telah memecat siapa saja yang dianggap boleh menjejaskan jawatannya sebagai PM yang paling tidak populer hari ini. TS Muhyiddin Yassin dipecat kerana mahu tahu darimana dia memperolehi "derma" sebanyak RM2.6 bilion. Gani Patail, Peguam Negara, dipecat kerana takut dia mengheret Najib ke pengadilan. 
Bila melihat SPRM sudah bertindak terhadap beberapa orang yang ada hubungan dengan syarkat SRC International, syarikat kepunyaan kementerian kewangan, yang menyalurkan RM42 juta dalam akaun pribadi Najib di Ambank Private maka polis diarah menangkap dan merampas berbagai dokumen hasil siasatan SPRM mengenai syarikat itu dan juga 1MDB. Pada waktu polis menggelidah pejabat dan rumah pegawai SPRM bos SPRM dan timbalannya berada di luar negara. Apakah ada suatu "persefahaman" antara pengerusi dan timbalan SPRM dengan Najib dan polis? Rakyat ingin tahu.

Kini dikatakan Zeti Aziz, gavernor BNM juga akan menjadi mangsa kerakusan Najib dan mama montel yang bimbang terhadap "kesetiaan" Zeti terhadap Najib. Sudah ada usaha untuk membongkar rahsia Zeti dan keluarganya yang kononnya mempunyai akaun di British Virgin Island juga. Zeti tentu tahu dan punya bukti kukuh tentang kemasukan duit RM2.6 bilion dalam akaun pribadi Najib di Ambank sebelum PRU 13 sebab, menurut undang-undang perbankan, semua kemasukan atau pengeluaran wang melebihi RM50,000 ke dalam akaun individu mesti dilaporkan ke BNM. Kalau Zeti juga dipecat sebagai gavernor BNM maka Najib akan melantik seorang matyehnya untuk mengetuai BNM yang akan menari "tengo" dengan Najib seperti juga Peguam Negara yang baru ini.

Najib tidak boleh menutup bangkai gajah dengan kuasa yang semakin terhakis. Rakyat sudah muak, meluat dan benci terhadapnya. Mereka hanya menunggu PRU 14 untuk "mengajar" Najib dan UMNO khasnya. Rata-rata berkata mereka akan menolak BN kalau Najib masih berkuasa sampai PRU 14. UMNO menggali kuburnya sendiri kalau tidak prihatin terhadap kepentingan rakyat. Rakyat tahu Najib kini bergelut berkuntau dan bersilat menyalahgunakan kuasa untuk survival politiknya. Bolehkah Najib selamat dari kemurkaan rakyat? Nahe,nahe beb. 
Tali hayat politiknya hanya sampai PRU 14 saja takdirnya dia tidak disingkir dalam tahun ini. Bila hilang kuasa dia, bininya dan para kroninya yang super rakus dan super korup akan dihadapkan ke pengadilan. Jangan terkejut beruk harta mereka juga akan dirampas sebagai hak rakyat. Ke mana saja mereka minta suaka politik sebagai lanun yang diburu mereka tidak akan hidup bahagia lagi. Allah Maha Kuasa dan Allah akan menurun berbagai bala lagi terhadap mereka. Doa dan sembahyang hajat berjuta rakyat tak berdosa lebih makbul dari pemberian BRIM yang merupakan rasuah politik yang dihalalkan dibawah pimpinan Najib

No comments:

Post a Comment