MOHON SEMUA RAKYAT BERDOA KEHADRAT ALLAH SWT AGAR TOKOH PEMIMPIN MUNGKAR CEPAT TUMBANG
Keseluruhan rakyat di tanahair kita harus berdoa kehadrat Allah swt agar semua pemimpin-pemimpin mungkar cepat tumbang.
Pada hari ini kita amat sedih melihat ramai daripada anggota jemaah menteri kabinet malaysia dah jadi bangang dan sanggup bersekongkol dengan kemungkaran demi mempertahankan kedudukan mereka semata-mata.
Kadangkala kita dapat dengar ucapan-ucapan berapi mereka seolah-olah bernada pegang teguh kepada ajaran agama islam dan bersifat warak!! Tetapi bila dapat kuasa terus sanggup bersubahat mempertahankan kemungkaran!!
Pelbagai reka-cerita dibuat kononnya isu 1mdb ini tidak mempunyai asas penyelewengan, fakta-fakta penyelewengan dana 1mdb berbillion ringgit ditulis berdasarkan dokumen palsu justo yang ditangkap di thailand, bertukar-tukar alasan untuk menghalalkan kononnya wang sumbangan rm2.6 billion yang masuk ke dalam akaun peribadi najib tun razak itu sah, jho low tak pernah disasat tetapi pegawai-pegawai sprm ditangkap serta ditukarkan, beberapa pegawai bank negara malaysia disoal-siasat serta pelbagai lagi kemungkaran sedang ditutup oleh pemimpin-pemimpin hipokrit yang fasik ini!!
Seandainya, dengan berkat serta izin dari Allah swt kepimpinan najib tun razak tumbang semua kalangan pemimpin-pemimpin fasik ini yang sedang mempertahankan kemungkaran harus ditangkap seterusnya didakwa kerana mereka telah salahguna kuasa!!
Saya juga ingin melihat masa depan politik dan kedudukan kalangan kaki bodek minda lemah berotak udang ini yang amat pentingkan kedudukan serta pangkat mereka yang sanggup berkonspirasi mempertahankan berbagai kemungkaran di negara kita.
Sesungguhnya, kalangan pemimpin-pemimpin hipokrit dan puak fasik ini lupa yang Allah swt itu Maha Mengetahui serta Maha Adil yang tidak pernah mungkir janji khususnya memakbulkan doa-doa dari orang yang teraniaya. (Amin)
No comments:
Post a Comment