Sunday, 5 July 2015

TUN M SUDAH BERI AMARAN KEPADA NAJIB



18 hrs · 
TUN M SUDAH BERI AMARAN KEPADA NAJIB
Najib menempelak Tun M menganggap kepimpinannya lebih baik, lebih telus lebih berjaya dari Tun M yang pernah menjadi PM selama 22 tahun. Dia lupa segala jasa besar Tun M yang memberi peluang kepadanya menganggotai kabinet Tun sehingga akhirnya menjadi PM, juga dengan restu Tun M. 
Sejak menikah dengan bini orang, Rosmah Mansor, tuah Najib semakin pudar. Malah dia dianggap oleh Tun M dan juga rakyat sebagai PM yang paling lemah dalam sejarah politik Malaysia. Dia sanggup melantik consultant matsalleh Zionis dan cina Lim Kok Weng untuk memberi nasihat kepadanya dengan harapan mereka boleh memapahnya kekal sebagai PM untuk menentang musuh-musuh politiknya, khasnya Tun M.

Dia menjadikan "duit sebagai raja" dalam politik. Dengan umpan duit dia menganggap boleh membeli kesetiaan setiap orang untuk menjulangnya dan bininnya yang super rakus sebagai "penyelamat" bangsa, ugama dan negara.

Hari ini dia menghadapi krisis yang paling sengit dalam kepimpinannya. Dia boleh menggilap tombak berkarat sebagai pahlawan Bugis siapa pun tak peduli. Malah dia menjadi bahan lelucon rakyat kerana mantrakan kepahlawanan Bugis di zaman silam. Dia tidak boleh berpaut pada imej besar Tun Razak, bapanya, kerana dia dianggap sudah jauh menyeleweng dari aspirasi bapanya itu.

Sahabat karibnya Jamaluddin Jarjis mati dalam na'as halikopter. Adik beradiknya sendiri sudah menjauhkan diri darinya kerana tidak sehaluan dengan bininya mama montel yang super rakus. Tun M dan rakyat jelata sudah meramalkan BN dan UMNO khasnya akan kalah teruk pada PRU 14 kalau Najib dan mama montel berkuasa di Putrajaya. 
Banyak orang berpendapat wajar Najib melepaskan semua jawatannya dalam kerajaan buat sementara waktu supaya siasatan terperinci terhadap skandal 1MDB dapat dijalankan oleh berbagai agensi kerajaan dengan bebas.
 Buat sementara waktu rakyat mahu TS Muhyiddin memangku jawatan PM merangkap menteri kewangan sehingga selesai siasatan terhadap Najib dan 1MDB kelak.

No comments:

Post a Comment