"THE EDGE" DEDAHKAN RANTAIAN KONSPIRASI "1MDB" MEROMPAK WANG RAKYAT MALAYSIA
Kompleks. Berselirat. Benarlah 1MDB adalah keldai tunggangan untuk menyedut dan menyeludup keluar duit negara.
Baru satu kes iaitu JV 1MDB dan PetroSaudi. Ada banyak lagi yang kita tidak tahu urus niaga melibatkan - contoh 1MDB dan Goldman Sachs; 1MDB dan IPIC.
Apa yang The Edge telah laporkan adalah "evidencing" (percubaan mencantumkan qarīnah) daripada sisa-sisa laporan yang ditinggalkan 1MDB.
Cuba kita guna otak dan fikir dengan waras tuan-tuan dan puan-puan:
Berbaloikah The Edge tulis dan dedahkan seperti ini? Pakcik makcik mana nak faham semua ini? Adakah ianya ditujukan kepada sanak saudara kita di kampung yang tidak ada ilmu dan kefahaman tentang pelaburan dan "high finance"? Adakah dengan menulis dan mendedahkan sesuatu yang kompleks dalam bahasa Inggeris pula, boleh dijadikan modal politik untuk jatuhkan kerajaan berdaulat pimpinan Najib Tun Razak?
Tidak. Tidak. Tidak.
1MDB bukan isu "bread and butter". Kalau The Edge, Sarawak Report nak jatuhkan kerajaan Najib Tun Razak, mereka patut fitnah isu-isu sepele yang membangkit nafsu amarrah rakyat jelata seperti isu minyak, isu GST.
Tetapi mereka tidak lakukan itu. Mereka menulis untuk kita yang ada pendedahan sedikit terhadap ilmu ekonomi dan kewangan tinggi (walaupun tidak sehebat Jho Low) agar kita bingkas bangun dan persoalkan kerajaan Naib Tun Razak yang menunjukkan tanda-tanda kleptocracy yang memualkan.
Najib Tun Razak amat takut akan Sarawak Report sampai menggunakan aparatus kerajaan seperti MCMC untuk menghalang rakyat daripada akses laman sesawangnya.
Hairan bukan? Kalau Sarawak Report dituduh memalsukan bahan bukti berupa dokumen, sudah pasti ianya berbohong. Kalau begitu buat apa nak takut? Zahirkan saja dokumen yang tidak dipalsukan untuk hancurkan kredibiliti Sarawak Report sampai lumat.
Ini tanda-tanda terdesak dan percubaan untuk mengalih tumpuan dan "delay tactics".
Baca laporan The Edge: http://www.theedgemarkets.com/…/how-jho-low-petrosaudi-sche…
---
Apa yang menarik perhatian saya daripada diagram sistematik The Edge ialah penggunaan bank-bank antarabangsa dan penyaluran wang dalam US Dollar. Semua ini seperti yang saya telah syaki boleh dikenakan Akta RICO (http://www.rausyanfikir.com/…/could-rico-act-be-applied-to-…).
Saya yakin semua transaksi ini sudah pun berada dalam perhatian Amerika Syarikat (yang kawal selia aliran US Dollar melalui sistem penghantaran wang atas talian SWIFT) dan Singapura yang masih belum didedahkan (sealed).
Buat apa untuk didedahkan kalau ianya boleh digunakan untuk mengugut Najib Tun Razak demi kepentingan US di rantau kita khusus saat-saat TPPA semakin hampir?
No comments:
Post a Comment