Friday, 10 July 2015

SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ?

SAH Akaun Rosmah ! Tapi Nafi Ada Kaitan Dengan Dana 1MDB ..... Kita Tanya Ada Masuk Atau Tidak ?

Saturday, July 11, 20151comments

Hmmm.... dua hari offline, banyak perkembangan berlaku ! Terbaru adalah pendedahan SR mengenai sebuah akaun Affin Bank yang didakwa milik Rosmah di mana didedahkan kemasukan beberapa deposit berjumlah RM2 juta yang dilakukan oleh seorang bernama Roslan Sohari.

Mamat itu pula mengaku di FB sebagai Resident Manager at the PMO danMkini turut menyiarkan gambar2 perjalanan beliau diserata dunia yang secara kebetulan turut sama dikaitkan dengan kehadiran Najib Rosmah.

Link antara Roslan dan Najib Rosmah ADA kalau mengikut apa yang disiarkan.

Ramai yang cuba mempertikaikan kesahihan akaun itu sebagai milik Rosmah ..... konon kerana nombor IC yang tertera di dokumen itu bermula dengan  A, memandangkan hanya mereka yang lahir selepas tahun 1964 saja yang IC mereka bermula huruf A ....



Seperti biasalah ...... lain kali dapatkan KEPASTIAN dari tuan punya badan dulu sebelum cepat menuduh apa2 ..... kerana ternyata dari laporan terbaruAstroawani, peguam Rosmah telah mengesahkan bahawa akaun itu memang milik Rosmah !!

“Akaun bank yang dirujuk dalam laporan berkenaan adalah akaun peribadi anak guam saya. Ia telah dibuka pada tahun 1984 ketika anak guam saya berkhidmat dengan Island & Peninsular Sdn Bhd (kini dikenali sebagai I&P Group Sdn Bhd),”

Nampaknya pro Rosmah kena lah bertanya juga kenapa Rosmah boleh memiliki IC lama yang bermula dengan huruf A .... kan ?



“Memandangkan profil klien saya sudah didedah di peringkat nasional dan antarabangsa, adalah diharapkan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) dapat menjalankan siasatan segera dalam tempoh 72 jam dan memaklumkan hasil siasatan tersebut,” 

“Anak guam saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau penyelewengan dana serta menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan dana 1MDB. 
“Laporan tersebut sememangnya berniat buruk, mengancam dan salah serta bertujuan untuk menyerang anak guam saya,” 

.

Peeeergh ..... Rosmah pakai peguam la untuk menjawab dakwaan SR !

TAPI ....... penafian oleh Peguam Rosmah, Noorhajran Mohd Noor menyebut - “Anak guam saya tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah atau penyelewengan dana serta menafikan sekeras-kerasnya kaitan dengan dana 1MDB ".

TheStar turut menyiarkan laporan sama - “My client has not committed any criminal offence or misappropriation of funds and strongly denies any links to the funds being from 1MDB."

Dakwaan oleh SR tentang deposit RM2 juta itu ada sebut tentang dana 1MDB ke ? Atau sekadar mendedahkan deposit2 berkenaan ?


Apa ni ? Kenapa tidak menafikan deposit2 itu ? Kalau ternyata memang wujud transaksi2 yang di dakwa, perjelaskanlah DARI MANA DATANGNYA. 

Tidak ada siapa yang kata deposit2 itu datang dari 1MDB. Ada ke ?


Mungkin ayat ini dari SR ada kaitannya dengan penafian Rosmah -

Sarawak Report can confirm that this particular bank account has now been placed under investigation, because it can be related to enquiries about the possible misappropriation of money linked to 1MDB.

Ayat di atas bermaksud, akaun Rosmah itu sedang disiasat kerana ada kaitan dengan siasatan penyalahgunaan dana 1MDB. 

Tapi dari pembacaan keseluruhan artikel itu, SR hanya bertanya kenapa juta2 tunai masuk akaun Rosmah -Millions In Cash Go Into Rosmah's Account - How Come? 

Entahlah ...... kalau masuk jer Lawyer, pasti ada PERMAINAN KATA-KATA.

Sama jugalah dengan penafian Najib yang berulangkali sebut 
saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri,  padahal WSJ tidak sebut pun Najib guna dana itu untuk apa.

Rakyat cuma nak tahu BETUL ATAU TIDAK ada dana billion2 masuk akaun Najib ? 

Dan sekarang dah tambah satu lagi pertanyaan - Betul ke ada RM2 juta dimasukkan ke dalam akaun Rosmah ? 

                              ***********************
Beberapa perkembangan menarik lain :

-  Akaun PM tak dibeku kerana sudah tutup - Mkini.

PAC akan panggil Jho Low Utusan. Harap2 Jho Low datang la.... Oya, PAC tak nak panggil Najib ?

Yang ini memang menarik - Sumber: Pengarah 1MDB tak dibawa berunding - Mkini.

Keputusan-keputusan itu dibuat melalui resolusi bertulis, dan bukan dengan mengadakan mesyuarat lembaga pengarah, kata satu sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut.

"Pasukan audit menyifatkan ia seolah-olah lembaga itu telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," katanya lagi.


"Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan,"


Sumber itu berkata, pasukan audit juga mendapati syarikat itu tidak mempunyai jawatankuasa pelaburan untuk memastikan kewajaran sebelum membuat pelaburan. 

Syarikat yang aktiviti utamanya adalah MELABUR tapi tidak punya Jawatankuasa Pelaburan ?

Habis tu, SIAPA yang buat semua keputusan 1MDB ? 

Akhir sekali yang paling menarik adalah komen dari Mat Maslan !


"Perdana menteri bodoh mana yang akan mengambil RM2.67 bilion daripada dana agensi kerajaan dan memasukkannya ke dalam akaun peribadi?

 
"Ia tidak munasabah langsung. Jika benar, ia kebebalan yang terlalu amat sangat. TMI.
 
YES, saya setuju dengan Mat Maslan, sememangnya ia satu KEBEBALAN yang terlalu amat sangat !

Malangnya Najib tidak menafikan tindakan paling bebal itu ..... Najib hanya menafikan yang dia  mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri !
  
Kita cuma tanya dia ambil atau tidak ?

No comments:

Post a Comment