Sunday, 12 July 2015
PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin
PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin
Wan Syamsul Amly, Astro Awani
Facebook Twitter Email Google
PM dan isteri tidak patut lengah saman malu - Khairuddin
KHAIRUDDIN: Tangguh saman malu boleh burukkan lagi nama Najib dan Rosmah - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri dan isteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Datin Seri Rosmah Mansor perlu segera membuat laporan polis seterusnya mengemuka saman malu kepada mana-mana pihak yang menuduh mereka terlibat dalam isu dana yang dimasukkan ke akaun peribadi mereka.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, penangguhan laporan polis dan saman malu hanya memburukkan situasi selain menambah pelbagai spekulasi serta tanda tanya masyarakat.
"Saya sarankan kepada Najib dan Rosmah untuk segera buat laporan polis bagi membersihkan nama mereka terhadap tuduhan dana dimasukkan ke dalam akaun-akaun peribadi mereka.
"Ia memberi keyakinan kepada rakyat bahawa mereka berani kerana benar. Jangan lengahkan lagi kerana pelbagai lapisan rakyat sedang membuat berbagai andaian mengenai kebenaran tuduhan-tuduhan tersebut.
"Setakat menafikan itu tidak benar dan fitnah kurang meyakinkan rakyat. Rakyat tidak boleh menerima sebarang penafian secara umum tanpa bertindak membuat laporan polis bagi mensahihkan penafian tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
“ Saya sarankan kepada Najib dan Rosmah untuk segera buat laporan polis bagi membersihkan nama mereka ”
- Khairuddin
Twitter Facebook Email Google Whatsapp
Pendapat terbaru Khairuddin itu turut dimuat naik di dalam catatan di laman Facebooknya.
BACA: Isu 1MDB: 'Serah pada Allah, jangan fitnah satu sama lain' - Rosmah
Sebelum ini, Rosmah menyeru semua pihak supaya tidak membuat fitnah antara satu sama lain pada bulan Ramadan ini.
Pihak berkuasa Malaysia minggu lalu menerusi Pasukan Petugas Khas membekukan enam akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan pemindahan wang tersebut.
Bagaimanapun, Pasukan Petugas Khas berkenaan tidak mendedahkan pemilik akaun terlibat.
BACA: Najib Razak beri masa 14 hari kepada WSJ untuk respon
Dalam pada itu kata Khairuddin, surat guaman yang dihantar Najib kepada The Wall Street Journal (WSJ) adalah sia-sia dan tidak relevan sama sekali.
BACA: Najib Razak mulakan proses undang-undang terhadap The Wall Street Journal
"Apa lagi hendak minta penjelasan? Tuduhan WSJ itu sudah jelas. Seharusnya Najib beri saman malu sahaja.
"Surat peguam itu seolah-olah mahu mengelirukan rakyat. Ia bukan saman tetapi sekadar minta penjelasan," ujarnya.
BACA: 'Saman Sarawak Report dan WSJ boleh bersihkan nama Najib' - Khairuddin
Terdahulu, Khairuddin mendesak Najib menyaman WSJ dan Sarawak Report kerana menerbitkan laporan yang mendakwanya menerima berbilion ringgit yang disalurkan ke dalam beberapa akaun peribadinya.
No comments:
Post a Comment