Friday, 31 July 2015

PANDANGAN YANG BOLEH DIPERHALUSI,


UMMO
Hadis mengenai kewajipan mentaati pemimpin ini banyak berlegar di Facebook sekarang. So pendapat saya adalah begini:-
1. Dato Seri Najib (DSN) adalah seorang pemimpin yang korup dan mementingkan dirinya dan keluarganya. Tapi memandangkan belum ada bukti dia telah melakukan pembunuhan atau penyeksaan, maka dia belum sampai ke peringkat zalim kerana dia tidak menghalang rakyat melaksanakan perkara yang fardu, sunat dan harus didalam Islam. Jadi hadis ini hendaklah terpakai dimana walaupun jika dia tetap degil selepas sudah dinasihat, maka kita terpaksa bersabar.
2. Bersabar di sini adalah dalan maksud tidak melakukan penentangan anarki yang menyebabkan kerosakan pada negara contohnya melaksanakan perang atau pemberontakan ke atas pemerintah. Jadi bagi diri saya, saya sama sekali tidak akan menyertai apa-apa demonstrasi jalanan apatah lagi merusuh untuk cuba menumbangkan DSN. Saya menyeru semua orang jangan melibatkan diri dalam program BERSIH yang dirancang pembangkang.
3. Tetapi bersabar disini tidak mewajibkan saya untuk turun mengundi dia pula semasa PRU nanti kan? Tiada paksaan dalan Islam memaksa umatnya mengekalkan atau terus mengiktiraf jawatan seorang pemerintah yang mementingkan diri sampai bila bila. Apatah lagi jika memang tempoh pemerintahannya sepatutnya sudah expired pun. Tu sebab walaupun Saidina Hasan dan Husin tidak menentang Muawiyah selepas hasan bersetuju menyerahkan jawatan khalifah pada beliau, tetapi Saidina Husin tidak pula mengiktiraf anak Muawiyah iaitu Yazid sebagai khalifah seterusnya. Malahan Saidina Husin bergerak untuk menuntut Yazid menyerahkan kembali urusan perlantikan khalifah kepada Majlis Syura. Inilah yang membawa kepada peristiwa Karbala.
4. So berdasarkan logik yang sama, apabila parlimen dibubarkan dan PRU diumumkan, jangan ada jemuan dan blongang yang memandai mandai guna hadis taat pemerintah untuk memaksa penyokong UMNO mengundi UMNO yang dipimpin oleh Najib atau Zahid Hamidi. PRU akan datang saya kalau tiada parti baru yang lebih baik dan ikhlas, maka saya tidak akan turun mengundi sebab saya tidak redha mengiktiraf Najib atau Zahid Hamidi atau Hishamudin sebagai pemimpin saya.
5. Saya berpendapat bahawa inilah perkara yang sedang dan akan berlaku kepada UMNO kelak yang mana harus difikirkan oleh kesemua ketua cawangan, ketua bahagian dan ahli ahli berdaftar UMNO. Ya betul hadis itu boleh dipakai untuk menghalang revolusi jalanan dan arab spring di Malaysia, tapi yang pastinya tidak boleh dipakai untuk memaksa pengundi keluar mengundi UMNO. So meaning UMNO confirm kalah laa.. dan anggaplah itu takdir (walaupun Islam sebenarnya tidak juga menghalang untuk berusaha menghalang malapetaka itu berlaku)
6. Jika pemerintahan Malaysia ini jatuh ke tangan "Khalifah Lim Guan Eng" (Kafir harbi) atau "Ayatollah Mohammad Sabu" (Syiah) atau "Saiditina Wan Azizah" (yang diremote oleh Syeikh Al-Juburi Al-Munafiki) maka saya pun tak tahulah siapa yang salah. Adakah blongang dan Jemuan dalam UMNO yang mempertahankan Najib menggunakan hadis-hadis ini atau bekas pengundi UMNO seperti saya yang tidak keluar mengundi pada PRU itu sebab enggan mengiktiraf pemimpin yang mementingkan diri dari rakyat. Rasanya kita semua bersalah dan sebab itu malapetaka itu Allah timpakan ke atas kita semua tak kira pro-Najib atau pro-Mahathir. So memang telah ditakdirkan. frown emoticon
7. Saya cuma nampak satu saja cara yang masih tinggal untuk mengelakkan malapetaka itu iaitu penubuhan parti berkonsepkan 'UMMO' (United Malaysian Muslim Organisation) yang mana tujuannya dari awal bukan untuk menentang UMNO dan PAS, tetapi untuk berusaha menubuhkan kerajaan campuran dengan UMNO, PAS dan ISMA selepas BN kalah nanti bagi tujuan melindungi umat Islam di Malaysia tidak kira bangsa. Syarat utama perbincangan ke arah kerajaan campuran itu ialah pemimpin parti gabungan yang korup hendaklah tidak diberi apa apa jawatan dalam Kerajaan campuran itu.
8. Tapi saya hanya Ronin. Bukan penasihat mana mana parti dan tak ada kabel pada mana mana ahli politik. So cadangan ni pastinya tinggal teks di facebook saja.
p/s: siapa-siapa ada kabel dengan tun atau TSMY tu boleh tak tolong sampaikan salam? mana le tau UMMO boleh dipertimbangkan. Idea ni tak ada copyright punya. hehe
United Malaysian Moslems Organisation atau singkatannya UMMO.
Tujuannya ialah:
1. Membentuk kerajaan perikatan dengam mana-mana parti yang majoritinya orang islam (termasuk UMNO tetapi kecuali PKR) apabila UMNO/BN tewas semasa pilihanraya akan datang.
2. Menghalang kemasukan pengaruh Order Baru Dunia kedalam Malaysia.
3. Berikrar akan menghalang perjanjian TPPA ditandatangani. Daan jika TPPA sudah ditandatangani oleh kerajaan Malaysia sebelumnya maka UMMO berikrar tidak akan mematuhi perjanjian itu jika UMMO membentuk kerajaan perikatan.
4. Berikrar akan mengembalikan ISA yang membolehkan tangkapan dan penahanan tanpa reman dilakukan tapi versi baru yang memberikan peluang kepada tertuduh diwakili peguam dan dibicarakan segera didalam mahkamah khas yang akan bersidang di penjara dimana dia ditahan. Juga jika Mahkamah mendapati beliau dianiaya maka Mahkamah akan memerintahkan kerajaan membayar pampasan yang lumayan.
5. Berikrar mewujudkan undang undang membenteras fahaman wahabi dan syiah di Malaysia.
6. Berikrar akan membenteras organisasi yang memurtadkan umat islam.
7. Meminda hukuman sedia ada bagi kesalahan mencuri di dalam Kanun Keseksaan agar pencuri tegar dan pencuri yang mencuri melebihi RM1000 dipotong jari mereka bagi setiap kesalahan berulang. (Macam Yakuza iaitu start dengan jari kelingking bagi kesalahan kedua dan berakhir di ibu jari).
8. Memansuhkan denda sebagai alternatif hukuman zina didalam enakmen syariah dan sebaliknya memandatorikan sebat.
9. Memastikan setiap tahun bajet negara akan memperuntukkan 30% bagi tujuan militer.

No comments:

Post a Comment