Thursday, 2 July 2015

Najib tak ambil wang kami, kata 1MDB

Najib tak ambil wang kami, kata 1MDB


1MDB hari ini menegaskan bahawa tiada dananya disalurkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Syarikat milik Kementerian Kewangan itu berkata demikian sebagai reaksi kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa hampir AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun dipercayai milik Najib.

“Merujuk kepada laporan media hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat ini tidak pernah memberikan sebarang dana kepada perdana menteri.

“Untuk mencadangkan sebaliknya, seperti dilakukan sesetengah media, adalah amat tidak bertanggungjawab dan percubaan untuk melemahkan syarikat ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

[Baca berita asal]
 

No comments:

Post a Comment