Thursday, 23 July 2015

Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siapa Yang Gelabah ?

Mengikut Berita2 Resmi Terkini Mengenai 1MDB, Siapa Yang Gelabah ?

Friday, July 24, 20150 comments

Sehari dua ini banyak sangat perkembangan side issues 1MDB, tak reti saya nak komen yang mana satu. Kalau dulu semuanya hanya tertumpu pada jawapan mengenai 1MDB, kemudian diikuti dengan kes Justo, Najib Billion2, Rosmah Juta2, Penghina Nabi Muhammad, Pengkhianat Negara dan Konspirasi, Sekatan Sarawak Report, Tahan Pasport ..... terbaru perkembangan dari Singapura pulak.... adoooi, kalau sehari tak online mesti tertinggal bas.

Berita dari Singapura menyebut pihak Penguasa Kewangan Singapura ( MAS ) membekukan dua akaun bank yang dikaitkan dengan 1MDB pada 15 Julai lalu, disyaki terlibat dalam pembersihan wang haram ( money laundering ). - TMI.

Pulak ..... last kita dengar tentang Money Laundering ni bila ia disebut oleh Polis Thai dan segera disambut oleh media pro Najib kerana dikaitkan dengan Justo dan mereka yang bertemu dengannya di Singapura. Alih2 MAS pula guna isu sama tapi ia melibatkan Falcon Bank yang didakwa memindahkan USD700 juta ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank seperti didakwa oleh WSJ.

Tu dia ..... dari Justo swing kepada Najib balik !

PERSOALAN - Kalau tidak ada masalah, kenapa perlu BEKUkan akaun ? Apakah pihak berkuasa Singapura sesenang itu mahu bertindak hanya bersandarkan lapuran media ?

Mesti ada sesuatu tu ....... 

Oya, yang ini berita dua hari lepas mengenai penahanan  Datuk Shamsul Anwar, Pengarah Urusan Ihsan Perdana berkaitan kes 1MDB. - TMI.

Isnin lalu Jerome Lee Tak Loong, Pengarah Eksekutif Putrajaya Perdana Bhd telah ditahan, dipercayai juga berkaitan 1MDB kerana anak syarikatnya berurusan dengan SRC International.

Kedua Ihsan Perdana dan SRC ada disebut oleh WSJ dalam kes Najib Billion2.

Hmmmm ..... jika anda jadi Task Force atau mana2 badan siasatan ..... apakah perkara pertama yang anda akan cek sebelum memulakan siasatan ?  

Anda akan pastikan terlebih dahulu apakah wujud kes untuk disiasat, kan ? Kena ada satu titik untuk bermula dan menjadi titik tumpuan keseluruhan siasatan seterusnya. Jadi kalau nak siasat dakwaan mengenai adanya deposit billion2 masuk akaun seseorang, apakah yang anda akan cek mula2 sekali ?

Kalau sayalah, saya akan cek dulu penyata bank.... pastikan dulu benarkah akaun itu dimiliki suspek dan cek apakah benar ada deposit2 itu. Maksud saya, kalau tidak ada ditunjukkan deposit2 itu, nak siasat apa lagi ? ? 

Saya harap Task Force pun sama macam itu juga lah .....


                                                   *************************

Ketua Polis dilaporkan bertemu dengan Ketua Polis Thailand di Bangkok hari ini berkaitan kes Justo. - TheStar.

Laaaa....... baru jumpa ? ? ? Habis tu yang selama ini duk pung pang pung pang mengenai apa yang didakwa Justo cakap tu dapat dari mana ? 

Maknanya bukanlah dari siasatan PDRM sendiri ? oh, OK ...

                                                  **************************

Malaymailonline pula melaporkan MCMC masih belum temui sebarang bukti LAGI yang mengaitkan Sarawak Report dengan info palsu.

Mengulas tindakan sekatan ke atas portal itu, MCMC kata itu adalah tindakan pencegahan.  oh, OK ...
Sepatutnya ditanya juga kepada MCMC, atas dasar apa dan maklumat siapa yang digunakan sebagai asas untuk tindakan pencegahan itu ? 

                                                  **************************

Dow Jones yang memiliki WSJ memberitahu peguam Najib, WSJ tidak perlu nak jelaskan apa2 kerana artikel mereka sudah cukup untuk menceritakan pendirian mereka.

"Kami percaya permintaan anda tidak perlu kerana artikel berita dan pendapat bercakap bagi diri mereka sendiri," Mkini


Saya cadangkan peguam Najib hantar satu lagi surat minta Dow Jones jelaskan apa yang mereka cuba jelaskan di atas !

Rakyat cuma nak tahu ADA ATAU TIDAK ADA wang RM2.6 Billion itu masuk akaun peribadi Najib. Itu saja ......


                                                ****************************




TAHNIAH NAJIB ! Anda sudah populer di seluruh dunia ketika ini ! Nakal juga Sinar yang menyiarkan carta artikel popular WSJ hehehe ...

                                                    ***************************

Yang last ini agak menarik walaupun kalau dibaca sepintas lalu macam tak menarik.


TMI

Mula2 baca macam standardlah, pembangkang pastinya mahu laporan awal interim Ketua Audit yang diserahkan kepada PAC itu didedahkan. 

Husni sebelum Raya ada cakap yang laporan itu menyatakan 1MDB suci bersih dan tidak ada deposit billion2 masuk akaun Najib ...... habis tu takkan Tony Pua yang dikenali sebagai antara pembangkang yang paling vokal dalam isu 1MDB sengaja nak ambil risiko tuntut laporan itu dihebahkan ?

Tapi bila lihat gambar diatas, kelihatan apek tu pegang satu salinan Laporan Interim tersebut ...... maknanya dia dah baca. Walaupun dah baca, ahPua masih mahu ia didedahkan kepada umum !

Now that's menarik....

Waktu sama agak menghairankan juga kenapa kerajaan tidak mahu dedahkan kalau benar seperti dakwaan Husni yang laporan itu bakan bersihkan nama Najib dan 1MDB ?

Kan senang kalau didedahkan ? Tak perlulah si Rahman Dahalan susah payah tebal muka nak menonjolkan Penghina Nabi Muhammad yang 5 tahun lepas dia sendiri maki hamun semata2 nak bersihkan nama Najib dan 1MDB !

Entah berapalah Penghina Rasul itu dapat RM sebagai balasan ........ dan entah siapa yang beri.

                                ********************

Cuba skroll balik berita2 di atas ..... itu semua berita2 yang resmi, ok. Bukan spin yang sengaja dibesar2kan tanpa asas atau retorik, contohnya dakwaan konspirasi la, pengkhianat la .... yang lebih banyak berita resmi adalah mengenai apa ?

Siapa yang gelabah ?

No comments:

Post a Comment