Monday, 27 July 2015

LOKMAN ADAM: JANGAN BIADAB! (MOHD ZAID A.RAHMAN, KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAGOH)

KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN SOUND PENJILAT NAJIB
LOKMAN ADAM: JANGAN BIADAB!
(MOHD ZAID A.RAHMAN, KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PAGOH)
Lokman Adam dalam entri terbarunya "TAN SRI MUHYIDDIN HARUS SIMPATI TERHADAP JENTERA PARTI, HENTI MENANGGUK DI AIR KERUH", mengatakan beliau sedih dan tidak percaya berkenaan isi ucapan YAB TSM semasa merasmikan persidangan umno bahagian cheras malam tadi menyentuh isu 1MDB yang masih belum selesai.
Kita pula lagi tidak percaya, panas hati, rasa mual dan jijik terhadap ulasan beliau (Lokman) selaku salah seorang pemikir JASA terhadap YAB TSM. Apa yang salah dalam ucapan TSM? Yang hanya inginkan penjelasan berkaitan isu yang membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Itulah peranan sebenar seorang Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri yang berani untuk menyatakan kebenaran demi maruah parti dan kerajaan serta memahami denyut nadi permasalahan rakyat.
Tidak mungkin TSM secara peribadi tidak pernah mendapatkan maklumat terus daripada DSN sendiri. Justeru kegagalan DSN membuat penjelasanlah yang membawa kepada permasalahan sekarang ini. Salahkah untuk meminta penjelasan dan mencari kebenaran? Adakah dengan berdiam diri dan menunggu, kita dapat memastikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan sekarang ini akan pulih? Apakah maksud sinar kebenaran tentang 1MDB yang semakin nampak yang dicanang oleh Lokman? Mana sinar yang dimaksudkan? Apa yang kita nampak hanyalah kegelapan bagai si buta mencari arah dalam menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul dikalangan rakyat. Sepatutnya orang yang menguruskan 1MDB yang disiasat, dipecat atau ditangkap tapi orang lain pula sebaliknya.
Kenyataan Lokman berkaitan TSM mendapatkan maklumat daripada The Edge seolah-olah TSM seorang yang bodoh dan dungu. Sedangkan Nazir Razak(adik bongsu DSN) yang arif dalam selok belok perniagaan, dalam akaun media sosialnya mengakui bahawa The Edge adalah tunjang informasi kepada komuniti perniagaan dan berperanan dalam memastikan industri perniagaan mendapat maklumat secara jujur dan kompetetif. Sekiranya benar maklumat yang disiarkan dlm The Edge berkaitan 1MDB itu tidak benar, maka ambillah tindakan mahkamah dan saman untuk membuktikan kebenaran. Bukan dengan cara menggantung permit sebagai jalan penyelesaiannya.
Mengenal sisi Lokman dan kritikannya kepada TSM, kita percaya semua orang telah maklum siapakah beliau sebenarnya. Dalam sejarah politik dan perjuangannya penuh dengan pengkhianatan. Beliau mengkhianati UMNO apabila menjadi pengikut totok Anwar Ibrahim dalam PKR dan pernah menjadi setiausaha pemuda PKR. Pada suatu ketika Datuk Seri Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia teruk dicerca dengan pelbagai tomahan dan fitnah oleh Lokman.
Namun setelah pelbagai fitnah, penghinaan, provokasi dan kerosakan yang dilakukan kepada umno semasa bersama Anwar Ibrahim kini beliau berpaling tadah dan mengkhianati pula anwar dengan menyertai semula umno apabila kecewa tidak mendapat layanan seperti yang diharapkan. Hanya dengan mengatakan dia melakukan kesilapan dan baru mengetahui kebenaran yang sebenarnya berkenaan Anwar maka kita orang umno menerimanya dan membuka pintu seluas-luasnya untuk beliau aktif berceramah dan membina pengaruh dalam umno. Allah Maha Mengetahui, dengan takdir Nya, Lokman tidak menang jawatan NKP umno Malaysia. Kalau dulu menjadi anjing Anwar dalam PKR, hari ini dia punyai tuan yang baru apabila diletakkan sebagai panel pemikir JASA yang sewenang-wenangnya bercakap dan mengkritik pemimpin tertinggi umno dan kerajaan termasuklah Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak pernah berlaku dalam sejarah wujudnya JASA.
Lokman pernah juga mengkritik kepimpinan DSN semasa kempen pemilihan NKP Umno Malaysia melalui The Star Online apabila DSN menaikkan harga minyak (mengurangkan subsidi) dengan memberikan cadangan-cadangan tidak munasabah seperti meminta kerajaan mengurangkan perbelanjaan, memotong gaji menteri dan sebagainya dalam usaha murahan melobi jawatan NKP tersebut yang kononnya dia mewakili dan memahami isi hati anak muda. Nasib baik Allah menyebelahi kita dan beliau tidak mendapat jawatan tersebut.
Namun, hari ini dia menjadi orang yang paling lantang mempertahankan DSN, siapa sahaja yang menyerang dan mengganggu DSN akan menjadi musuhnya sehingga sanggup mencerca Timbalan Pesiden UMNO.
"…CUKUP-CUKUPLAHLAH TAN SRI, HENTIKANLAH USAHA TAN SRI INI, TIDAK BOLEHKAH TAN SRI BERSABAR……ADAKAH TAN SRI TAKUT KEBENARAN AKAN MUNCUL DAN PELUANG TAN SRI UNTUK JADI PERDANA MENTERI AKAN HANCUR BERKECAI……SAYA TAK NAMPAK PROSES PEREMAJAAN ITU AKAN BERLAKU JIKA PRESIDEN DIGULINGKAN DAN DIGANTIKAN DENGAN SEORANG TIMBALAN YANG 6 TAHUN LEBIH TUA DARI PRESIDEN SEKARANG……CUKUP-CUKUPLAH MENANGGUK DI AIR KERUH."
Amat menjengkelkan, bagaimana seorang pemikir JASA dibenarkan menghina Timbalan Presiden UMNO sedemikian rupa dan ini sesungguhnya merupakan suatu penghinaan bukan sahaja kepada TSM tetapi juga kepada seluruh ahli umno sebenarnya. Atau mungkin JASA telah bertukar fungsinya sekarang ini untuk menjadi alat survival politik individu tertentu.
Benarlah seperti yang saya terbaca dalam satu kenyataan menurut seorang bekas pemimpin PKR dalam sebuah laman sosial berkenaan Lokman… "..jangan engkau terlanggar lutut Lokman sebab otak dia dekat lutut…..". Inilah akibatnya jika disuruh monyet menjaga rumah...Kalaupun membela anjing walaupun berlesen, tolong pastikan ianya diikat supaya tidak menggigit dan mengganggu orang lain.

No comments:

Post a Comment