Friday, 31 July 2015

IMBAS KEMBALI BERITA TAHUN 2002 KINI DIBONGKARKAN KEMBALI PADA 2008 SETELAH BUKTI KUKUH BERJAYA DISELONGKAR KINI, APA LAGI MAHU AZALINA? NEGARA LESBIAN?




IMBAS KEMBALI BERITA TAHUN 2002
KINI DIBONGKARKAN KEMBALI PADA 2008
SETELAH BUKTI KUKUH BERJAYA DISELONGKAR
KINI, APA LAGI MAHU AZALINA? NEGARA LESBIAN?

KANDUNGAN BERITA (SEPERTI YANG DISIARKAN DI BAWAH);


Laporan polis atas dakwaan Azalina lesbian sebelum Jumaat
Yusof Ghani | Oct 30, 02 3:20am
Malaysiakini.com

MT Umno perlu bersihkan nama Azalina
Oct 15, 02 9:40am
Malaysiakini.com

Isu peribadi Azalina jadi sasaran kempen PAS
Yusof Ghani | Jul 11, 02 8:44am
Malaysiakini.com

Azalina is a bad choice, Puteri Umno members told
Yusof Ghani | Sep 23, 02 12:10pm
Malaysiakini.com

Rumours intensify over possible challenge for Puteri Umno chief post
Nash Rahman | May 16, 02 11:38am
Malaysiakini.com

Papers silent, websites ride on Azalina’s controversies
Nash Rahman | Apr 29, 02 11:37am
Malaysiakini.com

Perdana Sari: Kami ada bukti dakwaan Azalina lesbian
Nash Rahman | Apr 27, 02 7:09am
Malaysiakini.com



Laporan polis atas dakwaan Azalina lesbian sebelum Jumaat
Yusof Ghani | Oct 30, 02 3:20am
Malaysiakini.com

Elly Zalilah Yusof, bekas pembantu Azalina Othman Said, akan membuat laporan polis terhadap ketua penaja Puteri Umno itu atas dakwaan Azalina seorang lesbian.

Katanya, beliau akan membuat laporan itu sama ada hari ini atau selewat-selewatnya esok, iaitu sehari sebelum berlangsungnya pemilihan pergerakan tersebut pada 1 Nov ini.

Menurut Elly, beliau dan beberapa penentang Azalina yang lain, dijangka membuat laporan itu di Balai Polis Brickfields ataupun Ibupejabat Polis Bukit Aman.

Beliau berkata, pihaknya telah mengumpulkan segala bukti dan bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya diperlukan.

“Kami bersyukur kerana terdapat beberapa orang ahli Puteri Umno yang bersedia tampil ke hadapan untuk membuktikan salahlaku Azalina,” katanya kepada malaysiakini.

Elly memberitahu demikian ketika diminta mengulas laporan Bernama yang memetik Timbalan Ketua Polis Negeri Tan Sri Jamil Johari sebagai berkata, polis tidak menerima sebarang laporan yang mendakwa kononnya Azalina Othman terlibat dengan kegiatan lesbian.

Kemuka bukti

Sehubungan itu, Jamil berkata, polis akan hanya menyiasat jika ada laporan dibuat oleh mana-mana pihak.

Sehingga ini, kata Jamil lagi, dakwaan terhadap Azalina hanya laporan akhbar.

Mengulas lanjut mengenainya, Elly berkata, pihaknya sedang menanti waktu yang sesuai untuk mengambil tindakan selanjutnya. Elly juga sebelum ini pernah membuat laporan polis berhubung dakwaan salahguna kuasa oleh Azalina dalam menerajui pergerakan itu.

Dalam laporan beliau bertarikh 12 Sept lalu, Elly mendakwa Azalina telah menyalahgunakan kuasanya berhubung pendaftaran empat buah van Puteri Umno atas nama teman wanita dan abangnya.

Selain itu, Elly turut mendakwa mengenai kehilangan wang kutipan untuk tabung derma Afghanistan, kewujudan tiga akaun yang berasingan dan pemberian dua kad keahlian kepada ahli pergerakan itu.

Laporan tersebut masih dalam siasatan polis Bukit Aman dan beberapa orang ahli pergerakan itu telahpun dipanggil untuk membantu siasatan. Bagaimanapun, Elly berkata beliau masih belum dipanggil untuk memberi keterangan.

Maruah

Usaha Elly turut mendapat sokongan padu dari Ummi Hafilda Ali yang juga lantang mempersoalkan moral Azalina.

Ketika dihubungi petang tadi, Ummi gembira dengan jaminan timbalan ketua polis negara itu bahawa polis akan menyiasat dakwaan Azalina lesbian sekiranya ada laporan dibuat.

“Mengenai laporan tersebut, kami hanya menunggu waktu yang sesuai untuk melaporkannya,” kata Ummi, yang pernah meyakinkan Dr Mahathir bahawa bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang homoseks.

Sambil mengulangi pendirian bahawa kegiatan homoseks dan lesbian merupakan perbuatan keji serta tidak bermaruah, Ummi berkata tindakan yang bakal diambil bukanlah sebagai agenda peribadi tetapi sebagai usaha “pembersihan” terhadap salahlaku mana-mana pemimpin Umno yang terbabit.

Jumaat lalu, Dr Mahathir yang juga presiden Umno menegaskan bahawa pemimpin Umno yang didapati terbabit dengan homoseks dan lesbian akan dikenakan tindakan tegas.

Dakwaan lesbian dan salahlaku Azalina telah didedahkan April lalu oleh tabloid Perdana Sari milik penulis Khalid Jaffri, yang juga pernah menulis buku “50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri” yang membawa kepada kejatuhan kareer politik bekas timbalanperdana menteri itu.



MT Umno perlu bersihkan nama Azalina
Oct 15, 02 9:40am
Malaysiakini.com

Majlis Tertinggi Umno (MT) diminta berbuat sesuatu bagi membersihkan nama Azalina Othman Said apabila beliau memegang jawatan ketua pergerakan Puteri Umno dan sekaligus menjadi naib presiden parti itu.

Sehingga ini Azalina mendapat pencalonan daripada 162 daripada 165 bahagian Puteri Umno yang bermesyuarat sehingga ini. Tiga lagi bahagian – Merudu, Sabah, akan bermesyuarat petang ini, manakala Kapar dan Kuala Selangor malam ini.

Jika ketiga-tiganya turut mencalonkan Azalina, maka beliau akan memenangi jawatan itu tanpa bertanding. Mesyuarat pertama Puteri Umno peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 1 Nov depan.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Umno, memandangkan jawatan naib presiden yang bakal disandang oleh Azalina adalah yang ketiga tertinggi dalam parti itu, maka seharusnya MT memberi perhatian serius terhadap perkara itu.

“Ini kerana ianya bukanlah perkara baru dalam Umno. Ianya pernah berlaku terhadap naib presiden parti, Tan Sri Muhammad Muhd Taib dan ketua pergerakan Pemuda Umno, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, yang juga ketika itu merupakan ketua menteri Melaka.


“Dalam kes mereka, Majlis Tertinggi telah ‘menasihatkan’ mereka supaya “bercuti” daripada jawatan dalam parti dan kerajaan sehinggalah siasatan terhadap kes mereka selesai. Selepas itu, selepas selesai kes mereka, masing-masing kembali memegang jawatan dalam parti,” tegas sumber itu lagi.

Penyelewengan

Katanya, perkara yang sama berlaku terhadap bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipecat daripada jawatannya dalam parti dan kerajaan atas dakwaan salahguna kuasa dan liwat.

Sementara itu, seorang pemimpin Umno bahagian berkata, Jawatankuasa Disiplin Umno baru-baru ini menyatakan pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat dakwaan penyelewengan yang dibuat oleh Elly Zalila (kiri) terhadap Azalina kerana ianya sudah menjadi kes polis.

“Bagaimanapun, itu tidak bermakna tuduhan Elly terhadap Azalina tidak berasas. Hakikatnya ialah sementara itu menunggu hasil siasatan polis, pihak MT juga perlu berbuat sesuatu,” tambahnya.

Dalam laporannya kepada polis dan Jawatankuasa Pengurusan Umno, Elly mendakwa wujudnya tiga akaun bagi Puteri Umno, kehilangan wang kutipan untuk mangsa Afghanistan, wujudnya dua keahlian dan pendaftaran empat van milik pergerakan itu atas nama mereka yang tiada kaitan dengannya.

Sambil merujuk kepada kes aduan salahguna kuasa yang dibuat oleh Ahli Undangan Negeri (Adun) Beserah Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman terhadap Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, beliau berkata, sehingga ini tiada khabar berita mengenainya.

Fauzi mendakwa Khalil telah melakukan penyelewengan kuasa dalam pemberian tanah balak kepada pihak tertentu di Pahang sewaktu menerajui negeri itu.

Syak Wasangka

Dalam kes itu, jawatankuasa disiplin Umno memberi alasan yang sama bahawa ianya di luar bidang kuasa mereka kes itu sudah dibawa kepada Badan Pencegah Rasuah, katanya.

“Tanpa MT berbuat sesuatu untuk membersihkan nama Azalina, syak wasangka terhadap kewibawaannya untuk terus memimpin Puteri Umno akan terjejas,” tambahnya.

Beliau juga mempersoalkan kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Megat Junid Megat Ayob (gambar) dalam sebuah laman web pro-Azalina bahawa siasatan ke atasnya (Azalina) tidak menjejaskan kedudukannya jika menang tanpa bertanding bagi jawatan ketua puteri Umno.

Megat dilaporkan sebagai berkata, jika benar dakwaan Elly bahawa beberapa kenderaan didaftarkan atas nama orang lain bukan Puteri, ia bukan satu kesalahan jenayah dan lagi pula ketika itu Puteri Umno hanya berstatuskan penaja.

“Jika benar, biarlah pihak MT Umno membuat kenyataan rasmi mengenainya,” tambah ketua bahagian terbabit.



Isu peribadi Azalina jadi sasaran kempen PAS
Yusof Ghani | Jul 11, 02 8:44am
Malaysiakini.com

PAS melancarkan serangan peribadi terhadap Ketua Puteri Umno Azalina Othman Said sebagai salah satu modal parti itu untuk menakutkan pengundi supaya tidak mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Anak Bukit dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit.

Pelbagai sepanduk dan poster yang mengecam tingkahlaku peribadi Azalina telah diketengahkan sebagai bahan kempen oleh pihak pembangkang, terutama ketika penamaan calon semalam.

Antaranya ialah poster yang berbunyi: “Awas!!! Jauhi Anak Anda Dari Puteri Umno” dan “Awas!!! Dia Datang” yang mendakwa Azalina sebagai seorang lesbian, serta meminta pengundi agar menjauhi anak-anak mereka dari Puteri Umno.

Keratan tabloid mingguan Perdana Sari terbitan penulis kontroversi Khalid Jafri, juga turut ditampal sebelah menyebelah dengan wajah Azalina untuk meyakinkan pengundi di DUN Anak Bukit yang ketua Puteri Umno itu seorang yang tidak bemoral.

Tiga bulan lalu, Perdana Sari telah menyiarkan laporan yang mendakwa Azalina yang berusia 38 tahun itu, mempunyai hubungan dengan isteri seorang ahli perniagaan terkenal.

Isu peribadi
Selain itu, Perdana Sari turut mendakwa bahawa Azalina telah menyalahgunakan wang pergerakan Puteri Umno untuk membeli sebuah kereta mewah yang bernilai kira-kira RM 300,000 sebagai hadiah harijadi kepada kekasihnya itu.

Khalid juga merupakan penulis buku kontroversial ‘50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Menjadi Perdana Menteri’ yang mengandungi dakwaan salahlaku seks terhadap bekas Timbaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam ceramah sulung untuk pilihanraya kecil Anak Bukit malam tadi, Ahli Parlimen PAS Kuala Kedah, Mohamad Sabu menimbulkan kembali isu Azalina itu.

Ceramah tersebut, yang diadakan di pusat gerakan Keadilan dihadiri oleh kira-kira 3,000 penyokong parti itu.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Puteri Umno Kedah, Zuraini Kamal, berkata pergerakan itu sudah menjangka pihak pembangkang akan menggunakan isu Azalina sebagai bahan kempen mereka.

“Sebenarnya pembangkang amat gerun dengan kehadiran Puteri Umno. Oleh kerana mereka tidak ada modal, jadi mereka menggunakan isu peribadi untuk mendapatkan undi,” katanya kepada malaysiakini.

Keluarga angkat
Zuraini juga menganggap tindakan pembangkang membangkitkan isu Azalina sebagai satu bentuk ‘publisiti” untuk Puteri Umno, khususnya sepanjang kempen pilihanraya kecil kali ini.

“Tengoklah, bila (Datuk) Shahnon Ahmad menulis buku Shit, media kerap mengecamnya. Yang untung ialah Shahnon sendiri kerana publisiti yang meluas itu,” kata Zuraini lagi.

Ditanya adakah Puteri Umno akan mengambil tindakan undang-undang terhadap tohmahan kepada Azalina sepanjang tempoh kempen ini, beliau berkata, Puteri akan memantau kempen pihak pembangkang untuk mempertimbangkan tindakan selanjutnya.

“Kita serahkan saja perkara ini kepada Biro Undang-Undang Puteri Umno,” katanya.

Azalina tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan penjelasan.

Dalam perkembangan berkaitan, Puteri Umno mempergiatkan usaha mereka untuk mendapatkan lebih ramai lagi “keluarga angkat” semasa kempen pilihanraya kali ini.

“Kami mensasarkan sekurang-kurangnya 500 keluarga, dan setakat ini kita sudah mendapat lebih 300 keluarga untuk menyertai kempen khidmat masyarakat kami,” kata Zuraini.




Azalina is a bad choice, Puteri Umno members told
Yusof Ghani | Sep 23, 02 12:10pm
Malaysiakini.com

Puteri Umno members were today warned that electing Azalina Othman Said as the wing’s chief would provide the opposition with the fodder to continue attacking the two-year-old wing.

Raihan Suleiman Palestine, one of those aiming to contest for the post at the wing’s inaugural elections this November, said if this happened then the members have only themselves to blame.

“Puteri members at the division level only have about three weeks to make up their minds, and I hope the brave ones in Puteri Umno would not hesitate to stand up and nominate candidates other than Azalina,” she told malaysiakini.

Raihan said she did not want the wing’s members to be humiliated by opposition parties, such as in the recent by-elections in Kedah, following the allegations of sexual misconduct against Azalina.

In April, a Malay tabloid — Perdana Sari — claimed that the 38-year-old lawyer had purchased a luxury car for her lover with party funds.

Azalina was handpicked by Prime Minister Dr Mahathir Mohamad to lead the wing which was formed to attract younger women into the Umno fold.

Nominations
“Unless there are other nominations, Puteri Umno members cannot make full use of the democratic process to pick a better leader,” said Raihan, who is yet to receive a single nomination after 10 divisions concluded their meeting yesterday.

On the other hand, Azalina received 10 nominations while another potential contender Mastina Abdul Hamid also received none. Nomination period is from Sept 16 to Oct 15.

Despite the wing having 165 divisions nationwide, its constitution only requires a person to receive two nominations in order to be eligible to contest the top post.

Both Raihan and Mastina were sacked from the wing’s exco line-up by Azalina early this year.

Although the Umno leadership discourages contest, Raihan said members at the grassroots level should have their own stand.

“If the young Umno members dared to go against party tradition and have a contest, I am sure they will gain respect from others, including the opposition,” she added.

However, she reiterated that the members must be careful of who they choose.

“If Azalina continues to lead Puteri Umno after this election, please don’t blame anyone when the opposition continues to label members as immoral,” she said.

Hear both sides
In a related development, another sacked exco member Elly @ Zalilah Mohd Yusof said she hoped the Umno disciplinary committee will hear her side of the story regarding the reports she lodged against Azalina.

“I am surprised that I have yet to be called to testify on the report which I submitted (to party secretary-general Khalil Yaakob) last week,” she told malaysiakini.

“I hope party leaders would listen to both sides, and not just Azalina alone,” she added.

Elly also lodged a report with the police alleging the wing’s chief of corruption. She also claimed that Azalina resorted to strong-arm tactics to intimidate her political foes.

“Since my report involves corrupt practices, I hope the police will investigate the matter so that justice can be done,” she said, adding that the police have yet to record a statement from her.

In her reports, Elly had accused Azalina of registering four Puteri Umno vehicles under the names of those who have no links to the wing.

She also questioned the alleged discrepancies in the funds collected during a function to help the people of war-torn Afghanistan.

However, Azalina could not be reached for comment.



Rumours intensify over possible challenge for Puteri Umno chief post
Nash Rahman | May 16, 02 11:38am
Malaysiakini.com

The Umno Supreme Council’s decision last Friday to accord the post of vice-president to the person at the helm of the Puteri Umno wing has intensified rumours of a possible challenge to current chief Azalina Othman during the wing’s upcoming election.

Puteri Umno will hold its inaugural election in October after the Special Umno General Assembly next month approves the wing’s constitution.

Talks is circulating that Azalina would be challenged by one of the wing’s six former exco members who relinquished their posts due to differences with the former.

The six are known as the ‘Enam jahanam’ (the wicked six) among Azalina’s supporters.

The Puteri Umno chief, a lawyer turned politician, was embroiled in controversy recently when a tabloid, Perdana Sari, alleged that she was a lesbian and had used the wing’s money to buy her lover a luxury car.

Though coverage of the issue has dwindled in the mainstream media, two pro-Umno websites — Kelab Maya Umno and Selangordaily.com — are still providing extensive reports on the matter.

Both websites which have clearly expressed their support for the leader have been publishing various articles in a bid to clear her name.

Duo interrogated

Among them is the transcript from an alleged meeting between Azalina’s faction and two former exco members, Rohaya Atan and Erma Fatima.

Selangordaily.com reported that the duo were “interrogated” over their “involvement” in a plot to tarnish Azalina’s reputation.

The report said Rohaya had insisted that she would only talk to Azalina personally, or deputy Umno president Abdullah Ahmad Badawi or Umno president Dr Mahathir Mohamad.

Both Rohaya and Erma were said to have earlier received a SMS message from Azalina asking them to meet her.

According to the transcript the duo were later told by a person identified only as Roy that Azalina could not attend and had instructed the others known as Ros, Orkid, Duri and Shila, to proceed with the meeting.

They tried to coax the duo into listing out their dislikes concerning Azalina and even offered to arrange a meeting with Mahathir and Abdullah.

Azalina’s aides also reportedly told the duo that the Puteri Umno chief is willing to step down if they could provide proof about her allegations.

Providing ammunition

The transcript further added that Erma was accused of providing Perdana Sari with the ammunition to attack Azalina.

Erma, a popular actress, was also alleged to have asked another tabloid to publish stories following the suspension of Perdana Sari’s publishing permit. Erma denied the charges.

The Home Affairs Ministry said the suspension was not related to Azalina’s story but to certain explicit photographs published in its latest edition.

Perdana Sari is published by Khalid Jafri, an author who earned fame with his 1998 book 50 Dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM.

The book cited 50 reasons, including homosexuality, as to why ex-deputy premier Anwar Ibrahim could not become prime minister, hit the stands shortly before he was sacked.

Anwar is currently serving a 15-year jail term for sodomy and corruption.


Papers silent, websites ride on Azalina’s controversies
Nash Rahman | Apr 29, 02 11:37am
Malaysiakini.com

Despite the silence maintained by Umno leaders in the mainstream media over Puteri Umno chief Azalina Othman’s alleged corruption and gay affair, websites ‘exposed’ her lesbian affair, as a ‘mosquito newspaper’.
The website accused former Puteri Umno exco members of having a hand in the report, and also criticised them for ‘washing dirty linen in public’.

The report also attacked Perdana Saris chief editor and publisher Khalid Jafri as ‘a paid hack’ out to discredit Azalina by publishing the damaging articles.

Perdana Sari, which hit the streets March 31, carried stories of Azalinas alleged affair in its second, third and fourth issues. Khalid also penned the controversial book, 50 dalil kenapa Anwar tidak boleh jadi PM (50 reasons why Anwar Ibrahim cannot become the PM).

Pro-reformasi and pro-PAS websites have also joined in the fray with a barrage of comments and commentaries. Harakahdaily published several letters to the editor condemning Azalina based on the allegations.

Exclusive interview

The Selangor Daily Dot Com published an ‘exclusive interview’ with Azalinas alleged lover whom the website identified as the wife of a successful businessman and restaurateur in Kuala Lumpur.

In the interview, the supposed lover said she was saddened by the reports but would continue serving Puteri Umno to prove the allegation baseless.

When asked about her husbands reaction to the report, she said he was very upset initially and was considering legal action against the tabloid. However, after discussing the matter with his friends, he decided against it, but would continue to monitor the situation closely.

Luxury fleet

Queried about the Mercedes Benz that was allegedly given to her as a birthday present by Azalina, she replied that her husband has a fleet of more than 10 luxury cars, including three Rolls-Royce.

She told Selangor Daily Dot Com that she bought the Mercedes Benz with her own money.

When asked the identity of her husband, she replied that it was sufficient to say that he is ‘a successful businessman and a close friend of the Sultan of Selangor’.

Asked for the probable reason for the damaging ‘expose', she said it was possibly done out of spite.

She said she had recently filed a report with Puteri Umno against a member.

On her relationship with Azalina, she said it was ‘as usual’ and there was nothing for her to be worried about as ‘nothing is going on between them’.



Perdana Sari: Kami ada bukti dakwaan Azalina lesbian
Nash Rahman | Apr 27, 02 7:09am
Malaysiakini.com

Kingdom Journal, penerbit tabloid mingguan Perdana Sari yang menyiarkan dakwaan salahlaku sek terhadap ketua Puteri Umno, Azalina Othman, mendakwa pihaknya mempunyai bukti untuk membela dirinya di mahkamah.

Menurut seorang pengarang kanan syarikat penerbitan itu, pihaknya mempunyai bukti dalam bentuk foto dan kenyataan bertulis daripada ahli Puteri Umno sendiri bagi menyokong laporannya mengenai salahlaku Azalina itu.

Beliau memberitahu malaysiakini bahawa ahli Puteri Umno berkenaan telah menyatakan kesediaan mereka untuk memberi keterangan di mahkamah.

 Sepertimana yang ditegaskan oleh Khalid Jafri, selaku pemilik dan penerbit majalah berkenaan, kita sudah tahu risiko menyiarkan laporan itu dan juga bersedia untuk memberi buktinya di mahkamah,  katanya lagi.

Khalid adalah juga penulis buku  50 Dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM  yang diterbitkan sebulan sebelum berlangsungnya mesyuarat agung tahunan Umno pada 1998.

Pada 2 September tahun yang sama, Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno atas dakwaan salahlaku seks sepertimana yang didakwa di dalam buku itu.

Musuh bersama
Sejarah lama ini, difahamkan, mendorong Keadilan itu untuk membela Azalina secara terbuka kerana Khalid kini dianggap sebagai  musuh bersama  Azalina dan Keadilan.

Pengarang berkenaan menegaskan demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Wanita Keadilan Fuziah Salleh semalam yang membela Azalina, dengan menyifatkan laporan Perdana Sari itu sebagai  serangan yang mengaibkan dan bersifat terlalu peribadi .

Menurut Fuziah, Wanita Keadilan akan tetap membela seseorang yang teraniaya  walaupun individu tersebut merupakan musuh politik Keadilan .

Laporan yang mendakwa Azalina seorang lesbian disiarkan oleh tabloid Perdana Sari dalam isu kedua, ketiga dan keempatnya.

Tabloid itu yang mula diterbitkan pada 31 Mac lalu, juga mendakwa Azalina telah menyalahgunakan wang tabungan Puteri Umno untuk membeli kereta mewah bernilai RM300,000 untuk kekasihnya itu.

Mengulas lanjut mengenainya, pengarang berkenaan berkata, pihaknya akan menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wanita Keadilan mengenai perkara itu dalam isu Perdana Sari yang akan datang.

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Perdana Sari akan berhenti untuk sementara daripada menyiarkan laporan mengenai Azalina bagi memberi peluang kepada beliau untuk menjawab terhadapnya itu.

Bagaimanapun, sekiranya tidak ada jawapan daripada Azalina, kami akan meneruskan laporan mengenainya dalam Perdana Sari terbitan ketujuh nanti,  katanya.


No comments:

Post a Comment