Tuesday, 7 July 2015

BILA DISEBUT 'PEMBOCOR MAKLUMAT' MAKA MEMANG BENARLAH SEGALANYA BUKAN PALSU.

Polis buru ‘pembocor maklumat’ kepada WSJ

Khalid-Abu-Bakar
KUALA LUMPUR, Rabu – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat pembocoran maklumat perbankan berkaitan dakwaan penyaluran RM2.64 bilion ke akaun peribadi perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Siasatan juga katanya akan dibuat terhadap media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) yang mendedahkan maklumat itu yang juga berkait dengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Kita akan menyiasat tentang pembocoran maklumat perbankan dan menyebarkannya. Kita juga akan siasat Wall Street Journal dalam aspek ini.
“Kita akan siasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Op Selamat, sempena Aidilfitri di Sentral Kuala Lumpur hari ini.
Khalid adalah salah seorang anggota Pasukan Petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana daripada 1MDB.
Selain beliau, tiga lagi anggota pasukan khas itu adalah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Jumaat lalu, WSJ mendedahkan maklumat didakwa daripada ‘penyiasatan kerajaan’ yang mendakwa dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib bagaimanapun menafikannya malah menyifatkan ia sebagai komplot jahat untuk menjatuhkannya.

No comments:

Post a Comment