Wednesday, 22 July 2015

Apa yang telah berlaku ke atas JARING sudah menjadi sejarah.

Apa yang telah berlaku ke atas JARING sudah menjadi sejarah.

Satu soalan yang masih bermain di kepala kita: Kenapa Kementerian Kewangan (di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak) menjual JARING kepada Utusan Printcorp pada nilai yang sangat rendah iaitu RM2 juta sedangkan terdapat bidaan-bidaan yang lebih tinggi sebelumnya?
Utusan Printcorp dahulunya milik Utusan Melayu (M) Berhad sehingga 12 Ogos 2011 sebelum dijual kepada DTSP Consortium Sdn. Bhd. yang mana Pengarah Urusannya ialah Norhisam Mohamed Nor.

DTSP Consortium Sdn. Bhd. mempunyai 60% kepentingan dalam Utusan Printcorp. Pemegang saham majoriti di DTSP Consortium pula dimiliki oleh Gagasan Armada Sdn. Bhd., manakala Gagasan Armada adalah kepunyaan Norhazri Mohamed Nor dan Mohd. Yusri Ton Alias.
Adakah JARING sengaja mahu dimufliskan di samping individu dan syarikat korporat kroni tertentu mengaut keuntungan daripadanya sebelum muflis nanti?

Adakah langkah-langkah Kementerian Kewangan ke atas JARING sebeum ini ke arah mendepani 'petaka' yang akan timbul selepas TPPA ditandatangani oleh Kerajaan Malaysia pimpinan Najib Razak tidak lama lagi?

Selepas kerajaan melaksanakan liberalisasi kepada sektor perkhidmatan pada 2009 termasuk sub-sektor perkhidmatan telekomunikasi, TPPA dijangka memberi kesan lebih bahaya kepada syarikat-syarikat tempatan.

Adakah selepas JARING, syarikat-syarikat lain seperti PROTON akan jadi mangsa cara mudah kerajaan lepaskan tanggungjawab dengan membiarkan syarikat-syarikat tersebut lingkup selepas TPPA ditandatangani?

https://www.digitalnewsasia.com/…/its-a-done-deal-rip-jaring

It’s a done deal: RIP, Jaring
With the court rejecting a stay order on Jaring’s liquidation, all that remains is to see which pieces of the company go to which winning bidders. But there is still the unanswered question of why the Ministry of Finance sold Jaring to Utusan...
DIGITALNEWSASIA.COM

No comments:

Post a Comment