Tuesday, 14 July 2015

Ada hikmah Allah lanjutkan usia Tun M


Ada hikmah Allah lanjutkan usia Tun M

Faiz Zainudin | July 14, 2015

Kehidupan rakyat akan lebih sengsara jika tiada keberanian Dr Mahathir mengkritik pemimpin dan kerajaan.

Shahbudin-Husin_najib_mahathir_600_1

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia harus mengakui bahawa mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang melakukan sesuatu yang betul untuk kebaikan negara.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, tanpa kehadiran Dr Mahathir yang terus mengkritik kepemimpinan negara dan membangkitkan kesengsaraan rakyat ketika ini, mungkin nasib rakyat akan lebih buruk berbanding sekarang.

Katanya, keberanian Dr Mahathir mengkritik kepemimpinan negara telah membuka mata generasi muda terutamanya untuk lebih agresif bertindak tanpa rasa segan.

“Tetapi dengan Dr Mahathir kekal berani menegur dan bersuara, generasi yang lebih muda menjadi malu untuk jadi penakut atau hanya akur begitu saja,” tulisnya diblog shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin berkata, sekiranya Dr Mhathir tidak melakukan sebarang tindakan dengan menegur pemimpin negara, mungkin rakyat Malaysia tidak akan mengetahui berapa banyak wang yang ada dalam simpanan peribadi pemimpin dan isteri mereka.

“Cuba bayangkan jika sejak bersara pada 2003 dulu, Tun Mahathir hanya diam dan tidak ambil peduli langsung mengenai politik negara?.

“Tanpa adanya keberanian Dr Mahathir yang masih bersisa sekarang, sampai hari ini pun kita tidak tahu berapa banyak wang yang ada dalam simpanan peribadi pemimpin dan isteri mereka.

“Tuhan, panjangkan usia Tun Mahathir sehingga kami rakyat negara ini benar-benar ada keberanian tersendiri,” katanya.

Katanya, sekiranya Dr Mahathir berdiam diri ketika era kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak yang penuh dengan keborosan serta kemewahan, mungkin hutang negara dan penanggungan 1MDB ketika ini akan lebih parah.

No comments:

Post a Comment