Tuesday, 23 June 2015

Semua Tertipu Dengan Xavier ! Termasuk Sarawak Report, Tun Mahathir, Najib, 1MDB dan London Stock Exchange .......

Semua Tertipu Dengan Xavier ! Termasuk Sarawak Report, Tun Mahathir, Najib, 1MDB dan London Stock Exchange .......

Wednesday, June 24, 20150 comments

Ramai yang memberi komen tentang berita penangkapan Xavier Justo bekas eksekutif IT PetroSaudi yang ditahan di Thailand atas tuduhan membocorkan maklumat berkaitan 1MDB semalam.

astroawani
Paling awal komen adalah pro Najib ! Kononnya berita itu sebagai satu bukti bahawa apa yang selama ini didedahkan oleh Sarawak Report adalah maklumat yang telah diubahsuai ..... maknakata, semua dakwaan yang dibuat adalah palsu dan semua pertanyaan yang diajukan terhadap Najib dan 1MDB tidak berasas.

Gambaran yang diberikan seolah Xavier inilah satu2nya sumber berita mengenai 1MDB dan semua yang dibocorkannya adalah maklumat palsu.

Hmmmm ....... pandai mereka spin, kan. Tak nak TUNGGU AUDIT! ?

Kita belum lagi didedahkan maklumat mana yang dikatakan telah dipalsukan. Tuduhan adalah kerana membocorkan maklumat ......  Kita pun belum pasti kepada siapakah maklumat itu, baik yang ori maupun yang palsu diberikan.

Apakah pro Najib cuba katakan yang 1MDB sebenarnya tidak punya masalah ?

Yang kecoh2 selama ini semuanya tidak punya asas ?

Yang Najib sendiri boleh tertipu dek maklumat palsu Xavier sehingga keluar kenyataan bahawa  1MDB berdepan masalah hutang yang terlalu besar dan perlu langkah2 menyelamat dengan segera ?

Yang Bank Negara Singapura pun ikut sama tertipu sehingga menghantar laporan kepada Bank Negara Malaysia yang kemudiannya memulakan siasatan ke atas 1MDB ?

Kenapa tidak cakap jer yang Transformasi Wang Tunai kepada Aset kepada Unit juga angkara maklumat palsu Xavier ?

Apakah Kementerian Kewangan juga tertipu dengan maklumat Xavier sehingga terpaksa bail-out 1MDB dengan standby credit hampir RM1 billion beberapa bulan lepas ?

Paling menarik, 1MDB sendiri boleh tertipu dengan maklumat Xavier sehingga terpaksa menjual tanah TRX sebab nak bayar hutang !

Yang pasti, kita boleh lihat sendiri betapa TERDESAK/ desperate nya pro Najib mahu mempertahankan bos mereka dari isu 1MDB.

Di bawah adalah laporan dari London Stock Exchange bertarikh 10 Jun 2015 mengenai Pelan Strategik 1MDB bersama IPIC AbuDhabi dalam menyelesaikan masalah hutang 1MDB -

                                        ***** 


1MDB Debt Settlement Arrangements

On 28 May 2015, International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investments PJS (Aabar), Minister of Finance, Inc., Malaysia (MOF) and 1Malaysia Development Berhad (1MDB) entered into a binding term sheet that provides for the following principal matters:

·    on 4 June 2015, IPIC provided US$1 billion to 1MDB for 1MDB to utilise immediately to settle certain of its liabilities (the Cash Payment);

·    from 4 June 2015, IPIC has assumed the obligations to pay (on an interim basis) all interest due under two IPIC guaranteed 1MDB financings amounting to US$3.5 billion in aggregate principal amount (the Notes);

·    upon the completion of the transfer of assets as described below, IPIC will directly assume liability for all payment obligations under the Notes (the Assumption of Debt) and forgive certain financial obligations of the 1MDB Group to the IPIC Group (the Debt Forgiveness); and

by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.

1MDB and MOF have agreed to perform the obligations contemplated in the binding term sheet and to indemnify IPIC and Aabar for any non-performance, and vice versa.

IPIC has met the Cash Payment and will meet the interim interest payments under the Notes from existing liquidity available to IPIC.

                                                                   *****                                  

Bahasa orang London lebih jelas dan lebih senang difahami dari bahasa Kementerian Kewangan dan 1MDB, kan .... 

Secara ringkas, IPIC akan jelaskan hutang USD1 bil Deutsch Bank, akan tolong jelaskan semua kos faedah pinjaman 1MDB yang IPIC jadi penjamin ( USD3.5 billion ) dan setelah selesai pindahan aset dari 1MDB kepada IPIC sebagai timbalbalasnya, IPIC akan settlekan hutang2 berkaitan aset itu dan juga MAAFkan sebarang hutang 1MDB kepadanya.

Huh ? Tak faham yang akhir tu ? Ini maksud nya - 

by 30 June 2016, IPIC is to have received a transfer of assets with an aggregate value of an amount which represents the sum of the Cash Payment, the Assumption of Debt and the Debt Forgiveness.

Kalau diterjemah bahasa rakyat mudah faham, Langkah Strategik 1MDB itu adalah lebih kepada 1MDB JUAL ASET KEPADA IPIC UNTUK JELASKAN HUTANG.

Kan senang kalau cakap begitu ......

Bukan SEMUA hutang ok.... hutang pokok USD3.5 bil itu tetap kena settle dan begitu juga semua bon2 yang diterbitkan ( dan hutang2 yang kita tidak diberitahu, kalau ada ) Nak settlekan semua itu, kena JUAL ( langkah strategik ) lagi lah aset yang berbaki.

Oh ya, kita pastinya disarankan supaya berhati2 dengan kenyataan dari London Stock Exchange itu kerana ada kemungkinan LSE juga menerima maklumat dari Xavier !


KLiK


Share this article :

1 comment:

  1. Adakah anda memerlukan pinjaman ??
    Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda
    sangat-sangat memerlukan bantuan kewangan? Hammers Kewangan Charter di sini untuk memberikan
    anda jumlah pinjaman yang anda minta dengan syarat anda akan dapat membayar balik pinjaman.
    Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, untuk memohon e-mel kami di
    am_credit@outlook.com
    Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman seperti sekolah
    pinjaman, pinjaman kereta, pinjaman rumah, pinjaman perniagaan, kesihatan / pinjaman perubatan, dan lain-lain
    untuk lebih banyak
    butir-butir atau untuk memohon, e-mel kami di am_credit@outlook.com

    ReplyDelete