Thursday, 18 June 2015
Patutlah Mcm2 Cukai Rakyat Kena.....Najib Jamin Hutang 172 Billion Rupanya
Patutlah Mcm2 Cukai Rakyat Kena.....Najib Jamin Hutang 172 Billion Rupanya
SUARAKAMI 23:26 BLOGGER , NEWS
Hutang kerajaan dijamin pada akhir tahun 2014 berjumlah RM172 bilion, atau 14.7 peratus daripada keluaran dalam negeri kasar (KDNK), kata kementerian kewangan.
“Jumlah jaminan yang telah diberikan oleh kerajaan sehingga akhir 2014 adalah sebanyak RM172.0 bilion atau 14.7 peratus daripada KDNK.
“Jaminan tersebut diberikan terutamanya kepada entiti awam yang melaksanakan projek-projek infrastruktur DanaInfra dan Prasarana yang terlibat dalam infrastruktur dan operasi pengangkutan awam.
“Kerajaan Persekutuan dari masa ke masa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat,” katanya.
Menteri kewangan berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada MP Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Fauzi dalam soalannya kepada kementerian itu meminta penjelasan jumlah terkini hutang negara.
Beliau turut meminta sebarang bentuk surat jaminan atau surat sokongan mengenai jumlah hutang itu termasuk nisbah kepada GDP negara.
Kata kementerian itu lagi, sudah menjadi pengetahuan umum bahawa surat sokongan merupakan amalan kerajaan bagi mendapatkan pinjaman untuk syarikat berkaitan kerajaan.
Media telah melaporkan secara meluas mengenai surat sokongan yang dikeluarkan dalam kes kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Kelang dan 1MDB.
Jawapan bertulis itu turut menyatakan satu surat sokongan dikeluarkan sebagai jaminan AS$3 bilion, tanpa menamakan peminjamnya.
Anggota-anggota parlimen percaya kementerian kewangan merujuk kepada anak syarikat 1MDB, 1MDB Global Investment Ltd, yang mengumpulkan bon AS$3 bilion,
“Prestasi bayaran balik pinjaman adalah baik dan mengikut jadual yang ditetapkan tanpa sebarang tunggakan,” kata kementerian itu.

No comments:
Post a Comment