NAJIB JANGAN GUNA UGAMA SELINDUNG SKANDAL 1MDB
Secara jujur dan ikhlas saya ingin nasihatkan Perdana Menteri Malaysia agar jangan guna kaedah agama untuk menutup kes skandal 1Mdb. Takut nanti makan diri DS Najib itu sendiri!!
Sesiapa pun tidak menafikan sejumlah kecil dana 1Mdb digunakan untuk bina Masjid Jamek Kampung Baru dan bagi menghantar segelintir imam-imam masjid menunaikan fardhu haji. Alhamdulillah. Ini amalan baik sebab itu tiada siapa pun pertikaikannya.
Masalah di sini, sejumlah besar dana serta kewangan 1Mdb kita tak tahu pergi mana?! Mana duit 1Mdb yang kononnya dilaburkan di kepulauan Cayman sejumlah lebih RM7 billion berada pada masa ini??
Perdana Menteri kata kedudukan kewangan syarikat 1Mdb kukuh memandangkan hutang syarikat tersebut hanyalah rm42 billion manakala asetnya bernilai lebih rm51 billion. Malangnya, syarikat 1Mdb terpaksa berhutang untuk bayar hutang.
Pelbagai pembohongan terpaksa dilakukan oleh Perdana Menteri serta kuncu-kuncu kaki bodek minda lemahnya untuk mengelirukan pandangan rakyat demi untuk mempertahankan imej syarikat yang amat bermasalah serta dibebani dengan hutang piutang ini.
Perdana Menteri terpaksa menipu parlimen pada bulan Mac 2015 dan akhirnya meminda jawapan bertulisnya di dalam Dewan Rakyat yang mulia itu.
Begitu juga dengan politikus yang gemar berbohong iaitu Dato Ahmad Maslan yang menafikan di dalam dewan rakyat bahawa Kementerian Kewangan Malaysia tidak pernah mengeluarkan surat jaminan kerajaan di atas pinjaman syarikat 1Mdb sejumlah rm5 billion tetapi akhirnya terpaksa dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib Parlimen serta terpaksa mohon maaf secara terbuka di Parlimen.
Kini Dato Ahmad Maslan tipu rakyat lagi dengan mengatakan kritikan Tun Dr Mahathir terhadap kerajaan menyebabkan nilai ringgit jatuh susut dengan teruk sekali. Kononnya Gabenor Bank Negara Malaysia yang menyatakan kepada beliau.
Pengerusi 1Mdb TS Lodin Wok Kamaruddin pernah berkata syarikat 1Mdb tiada kaitan dengan kerajaan serta tidak ada kena mengena dengan wang rakyat!!
Semua mereka kata Jho Low tiada kaitan langsung dengan syarikat 1Mdb tapi terbukti di mahkamah London nama Jho Low disebut sebagai mewakili syarikat 1Mdb di dalam transaksi pembelian sebuah hotel di London.
Ada transaksi 1Mdb bayar sejumlah USD700 juta ke dalam akaun syarikat jho low. Bukankah ini menipu lagi?!
Semua pelaburan-pelaburan 1Mdb tak dapat dilaksanakan kerana syarikat ini sedang hadapi masalah yang amat teruk. 1Mdb terpaksa jual aset-asetnya untuk langsaikan hutang piutang mereka.
Berbillion ringgit dana 1Mdb hilang tanpa sebarang jawapan dari Menteri Kewangan Malaysia.
Inilah asas kepada persoalan yang rakyat sedang pertikaikan mengenai urus tadbir dana syarikat 1Mdb yang amat misteri. Sehingga kini, syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Malaysia itu masih gagal untuk audit akaun mereka berakhir Mac 2015!!
Bila salahlaku dan penyelewangan berlaku, apakah rakyat yang bertanggungjawab terhadap bangsa serta negaranya tak boleh atau tidak mempunyai sebarang hak untuk mempersoalnya?
DS Njib kena sedar seandainya segala tanggungjawab dilaksanakan secara amanah serta jujur, yakinilah semua rakyat tidak akan mempertikaikannya langsung. Bila semua mantan menteri-menteri Kewangan Malaysia mempersoalkan mengenai urustadbir dana 1Mdb maka yakinilah sesuatu salahtadbir yang menyalahi undang-undang sedang berlaku!!
Perdana Menteri jangan terlalu guna alasan agama untuk tutup kemungkaran pentadbiran 1Mdb. Jangan nak kelabukan serta alihkan pandangan rakyat dengan mengatakan bahawa 1Mdb telah bina sebuah masjid bernilai rm20 juta dan hantar segelintir imam-imam ke tanah suci Makkah.
Jumlah dana 1Mdb yang dibelanjakan ke jalan Allah swt ini terlalu kecil jika nak dibandingkan dengan jumlah wang 1Mdb yang hilang secara misteri terlalu besar tanpa sebarang bentuk jawapannya!!
Saya amat takut sekiranya Allah swt bakal menurunkan bala yang bakal mengaibkan DS Najib seandainya beliau terlalu gemar menggunakan kaedah agama untuk tutup kemungkaran pentadbiran syarikat 1Mdb!!
DS Najib jangan mempersendakan agama untuk melindungi kemungkaran salah tadbir syarikat 1Mdb ini!!

No comments:
Post a Comment