Friday, 19 June 2015

Najib guna "Kerahsian Kerajaan" sembunyi masalah 1MDB


Najib guna "Kerahsian Kerajaan" sembunyi masalah 1MDB

SUARAKAMI 20:25 NEWS


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas 1MDB yang didakwanya bersembunyi di sebalik "kerahsian kerajaan" untuk melindungi dirinya daripada kritikan beliau terhadap dana pelaburan yang bermasalah itu.

"Untuk semua kritikan saya, 1MDB hanya boleh kata semuanya salah. Tapi tak ada bukti yang diberikan. Jawapannya sentiasa mengenai kerahsiaan urusan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), pendahulu kepada 1MDB, enggan membenarkan telaga minyaknya digunakan sebagai cagaran untuk pinjamannya.

Menurutnya, kerajaan persekutuan menjadi penjamin bagi pinjaman RM5 bilion itu adalah kerana Terengganu menolaknya.

"Mengapa Terengganu menarik diri daripada cadangan awal kerajaan persekutuan supaya pengeluaran masa depan telaga minyaknya menjadi cagaran?

"Tidak ada kertas kabinet dibentangkan mengenai pinjaman 5 bilion itu. Keluarkan kertas itu untuk orang ramai lihat. Sudah tentu anda akan kata kertas kabinet adalah rahsia," tulis Mahathir dalam blognya hari ini.

No comments:

Post a Comment