Friday, 26 June 2015

MEREKA BEKERJA KERAS UNTUK MENGHAPUSKAN LEGASI SAYA - TUN MAHATHIR


MEREKA BEKERJA KERAS UNTUK MENGHAPUSKAN LEGASI SAYA - TUN MAHATHIR

11:37 AM SUNGAI RAPAT

Ke mana sahaja Tun pergi Tun tetap mendapat perhatian rakyat

“Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan ” , kataTun Dr. Mahathir

"Saya tidak tahu. Kita lihat sekarang ini beberapa ahli propaganda yang bijak bekerja keras. Muka saya pun sudah diconteng arang. Legasi saya juga sudah dimusnahkan," kata Tun.

Insiden 'lampu pecah' di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang menyebabkan paparan muka bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir malap seketika sedikitpun tidak mengundang kemarahan Tun Mahathir.

Insiden lampu yang dipadamkan itu berlarutan sudah lebih dua hari selepas ada sebuah portal memuatnaik kejadian itu barulah lampu tersebut dinyalakan semula.

"Itu hak mereka. Nak pecah ke nak bakar ke itu hak mereka. Kita negara bebas," kata Tun Mahathir lagi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas satu majlis berbuka puasa dianjurkan Pertubuhan Pribumi Malaysia (Perkasa) di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.

No comments:

Post a Comment