Friday, 26 June 2015

Kes Justo: Antara versi menteri dan Polis Thai....


Kes Justo: Antara versi menteri dan Polis Thai....

SUARAKAMI 11:19 BLOGGER


Beberapa menteri terus membangkitkan isu maklumat milik PetroSaudi International (PSI) yang didakwa diubah suai dalam usaha membebaskan 1MDB daripada sebarang salah laku.

Pada masa sama, polis Thai pula menyatakan penangkapan bekas pekerja PSI, Xavier Andre Justo hanya berkaitan cubaannya memeras ugut bekas majikannya menggunakan maklumat dibocorkan, bukan berkaitan siasatan 1MDB.

Sumber daripada bahagian pencegahan jenayah polis Thai berkata, Interpol dan pihak berkuasa Malaysia tidak terbabit dalam siasatan ke atas Justo.



Kata sumber yang enggan dikenali itu, polis Thai menyiasat lelaki Switzerland itu dari aspek peras ugut kerana perbuatan itu disyaki dilakukan dalam bidang kuasa negara berkenaan.

Malam kelmarin Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa, ketika siasatan Justo mengaitkan beberapa individu Malaysia yang memintanya memanipulasi maklumat bocor berkenaan yang diserahkan kepada laman web Sarawak Report.

Kaha Ahmad Zahid, Putrajaya sedang bersedia untuk mengekstradisi beberapa individu jika mendapat permohonan daripada pihak berkuas

No comments:

Post a Comment