Wednesday, 10 June 2015

Kerajaan Lanjut konsesi PLUS walau syarikat konsesi telah untung 52 billion


Kerajaan Lanjut konsesi PLUS walau syarikat konsesi telah untung 52 billion

SUARAKAMI 10:20 BLOGGER


Kerajaan melanjutkan masa kepada tujuh tahun walaupun pemegang konsesi, PLUS Expressway Berhad akan menamatkan kontraknya pada 2018.

Keputusan yang amat mengecewakan rakyat apabila mereka terpaksa membayar tol walaupun syarikat konsesi telahpun mendapat keuntungan RM52 bilion.

Kerajaan telah membuat satu keputusan yang mengecewakan, di mana syarikat konsesi tersebut bakal menamatkan kontraknya dalam masa tiga tahun lagi, namun ia dilanjutkan masa untuk kaut keuntungan yang berlipat kali ganda.

Bagi saya ini satu rompakan siang hari bagi rakyat,
Pembinaan lebuhraya itu hanya setakat RM6 bilion dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM52 billion , jadi rakyat berhak mendapat tol percuma selepas syarikat tersebut tamat kontrak pada 2018,

Lanjutan masa dan tambahan lorong dari Jalan Duta- Shah Alam-Rawang-Nilai-Seremban, berapakah jumlah kos yang terlibat dan bentuk bayaran kerajaan kepada kontraktor sehingga kerajaan melanjut tempoh konsesi sehingga 7 tahun.

Oleh yang demikian kerajaan perlu memperjelaskan secara teperinci perkara tersebut agar tidak ada kos lebihan yang terpaksa dibayar oleh rakyat nanti.

No comments:

Post a Comment