Saturday, 20 June 2015
Isu FLOM : Demi Rosmah Najib Menipu di Dewan Rakyat....
Isu FLOM : Demi Rosmah Najib Menipu di Dewan Rakyat....
SUARAKAMI 12:53 BLOGGER
Kewujudan Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) di Pejabat Perdana Menteri membuktikan bahawa Najib Tun Razak telah berbohong kepada Dewan Rakyat bila beliau dikatakan pernah berkata isterinya Rosmah Mansor tidak mempunyai kakitangan sendiri.
"Perdana Menteri berbohong kepada Dewan Rakyat ketika dalam memberi jawapan kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera (Liew Chin Ton), dia mengatakan bahawa tidak ada kakitangan sepenuh masa atau kakitangan kontrak khusus ditugaskan kepada isterinya, Rosmah Mansor.
"Kenyataan Najib ini telah terbukti bohong dengan adanya penemuan bahawa terdapat satu bahagian yang dinamakan sebagai “First Lady of Malaysia Division (FLOM)” di Pejabat Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri dikhaskan hanya untuk melayani Rosmah seperti yang disahkan oleh kakitangan di jabatan itu sendiri.
Najib sanggup menyalah guna kuasa dan kedudukkan demi Rosmah. Sudah tentu kos operasi unit ini di tanggung oleh pembayar cukai. Buatlah siasatan SPRM...POLIS...ini penyalahgunaan kuasa dan pembaziran wang rakyat. SPRM...POLIS...anda semua perlu ingat gaji anda di bayar oleh pembayar cukai. Kini wang pembayar cukai disalahgunakan dan menjadi tanggungjawab anda menyiasat perkara ini....
No comments:
Post a Comment