Thursday, 25 June 2015
FGV didakwa buat urus niaga ‘luar biasa’
FGV didakwa buat urus niaga ‘luar biasa’
Faiz Zainudin | June 25, 2015
FGV didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi dan telah membayar deposit walaupun perjanjian belum muktamad.
KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures (FGV) didakwa membeli saham syarikat peladangan dari Indonesia dengan harga lebih tinggi berbanding harga pasaran.
FGV juga didakwa telah membayar deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian belum muktamad, sekali gus didakwa urus niaga luar biasa.
“Harga pasaran semasa sahamnya hanya RP 400 (0.1128 sen) tapi FGV membelinya pada harga RP700 (0.1974 sen) sesaham,” kata Presiden Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman
Dia berkata, tindakan FGV yang telah membayar bayaran deposit melebihi 10 peratus sedangkan perjanjian tersebut belum dimutamadkan antara kedua-dua syarikat, boleh dipertikaikan.
“Bayaran deposit belian lebih dari 10 peratus. Ini diluar daripada ‘normal sale dan purchase agreement’ (SNP).
“Sekiranya deposit belian tidak boleh diteruskan, deposit dipulangkan tanpa apa-apa faedah ini juga diluar ‘normal sale dan purchase agreement’,” jelasnya.
Katanya, disebabkan pembelian yang dibuat FGV terlalu tinggi, satu penyiasatan terperinci perlu dibuat ke atas pihak yang bertanggungjawab.
Dia berkata demikian selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi terhadap Pengerusi dan Ketua Pengawai Eksekutif (CEO) FGV pada Khamis.
Aliman berkata, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu menjawab isu yang melanda FGV seperti mana beliau memberi respon terhadap 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Katanya, sebarang tindakan dan jawapan Perdana Menteri dalam isu ini amat diperlukan kerana FGV merupakan projek beliau.
“Saya dukacita apabila begitu banyak laporan polis dan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibuat terhadap salah laku FGV, namun Najib masih berdiam diri.
“Saya juga hairan kalau isu GST dan 1MDB Najib cepat tampil memberi penjelasan tetapi isu FGV sampai sekarang tidak ada sebarang tindakan sedangkan FGV merupakan salah satu projek beliau,” katanya.
No comments:
Post a Comment